ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 14

3.2K 127 2
                                        

"Liya, kau ni kenapa dari tadi lagi aku panggil kau tapi tak menyahut pun"
Liyanna yang sedang termenung itu terus tersentak apabila Mia tiba-tiba muncul disebelahnya

"Oh ye eh, maaflah aku tengah syok termenung"
Liyanna menggaru belakang kepalanya yang terasa gatal
"Tengah termenung sebab broken ke cik kak"

Liyanna mengerutkan keningnya sambil memandang kearah Mia yang jelas sedang tersenyum senget memandang kearahnya
"Apa maksud kau?"
"Aku perasan kau ni asyik termenung je selepas balik keluar dengan Fahim tadi"
Cis minah ni perasan rupanya

"Mana ada"
"Kau tak payah nak tipu aku lah wahai Liyanna Amaira kau dengan aku tu bukannya baru kenal nak dekat 3 tahun dah kita kenal. Kau ada masalah ke kalau ada Kau boleh share dengan aku mana tahu aku boleh tolong"
Liyanna tersenyum nipis kearah Mia. Inilah sebab dia suka berkawan dengan Mia kerana gadis itu selalu mengambil berat terhadapnya walaupun mereka bukan adik beradik namun Liyanna tetap menganggap Mia sebagai darah dagingnya

"Tak adalah cuma aku terfikir something"
"Terfikir apa?"
Liyanna mengeluh seketika sebelum dia membuang pandangan kearah pemandangan di jendela
"Sebelum tu aku nak tanya kau kenapa aku rasa sakit hati bila aku tahu someone tu dah berpunya even aku tak ada perasaan untuk dia?"

Mia bingung dengan soalan yang diajukan oleh Liyanna namun dia tetap menjawab soalan sahabatnya itu
"Erm aku tak pernah bercinta jadi aku tak tahu nak cakap macam mana cuma yang aku boleh cakapnya kau ni sebenarnya suka dekat dia right? Tapi kau masih lagi terperangkap dengan masa lalu kau sebabtu kau bingung dengan perasaan sendiri dan takut untuk berharap"
Liyanna terdiam sambil menghadam setiap kata-kata dari Mia

"Kenapa kau dah jatuh cinta dengan Fahim ke?"
"Entahlah tapi bila dia cakap yang dia dah ada girlfriend hati aku sakit dan tak boleh nak terima perkara tu"
"Tak apa aku faham, mungkin Allah nak yang lebih terbaik untuk kau"
Liyanna senyum nipis sambil memandang kearah Mia

**

'Ting'

Liyanna yang sedang khusyuk menyiapkan slide untuk pembentangan di kelasnya itu terus memandang kearah telefonnya apabila terdengar bunyi satu notifikasi
"Siapa pula ni"

Unknow Number
-Liyanna Amaira right?

Me
-Yes, may i know who are you?"

Unknown Number
-Your Fahim

Terus tersentak apabila melihat nama yang terpampang di skrin telefonnya itu

Me
-Maksud awak, Tengku Mohd Fahim?

Unknown Number
-Yeah Amore, don't forget to save my number

Me
-Okey

Fahim Milik Girlfriendnya
-Kau free tak esok?

Me
-Free je kenapa?"

Fahim Milik Girlfriendnya
-Esok teman aku boleh?

Liyanna mengerutkan keningnya apabila mendengar soalan dari Fahim. Haih mamat ni macam tak ada orang lain dia nak ajak teman, ajak lah girlfriend dia ke

Me
-Teman nak pergi mana?

Fahim Milik Girlfriendnya
-Taman

Me
-Pergi taman nak buat apa?

Fahim Milik Girlfriendnya
-Jumpa girlfriend aku, aku nervous nak pergi seorang diri

'Krakk'

Bunyi macam pasu yang pecah namun bukan pasu akan tetapi hati Liyanna yang berderai dan hancur namun dia masih membalas mesej Fahim untuk menutup rasa cemburu yang kian hadir dalam hatinya

Me
-Hahh!? Saya tak nak pergi nanti girlfriend awak ingat yang saya ni penyondol

Tipu Liyanna walhal dia ingin mengelak diri dari pergi kerana tidak ingin melihat wajah teman wanita Fahim kerana dia tahu yang dia bakal cemburu

Fahim Milik Girlfriendnya
-Tak apa aku dah cakap dekat dia yang aku bawa kawan

Hahh!? Terus membulat mata Liyanna apabila melihat balasan Fahim. Apasal mamat ni laju buat kerja

Me
-E-erk tapi....

Fahim Milik Girlfriendnya
-Please kau seorang je harapan aku

Me
-Ok fine tapi lepas balik awak kena belanja saya makan deal!?

Nak tak nak Liyanna mengalah juga dengan pujukan Fahim kerana dia tahu yang dia bakal termakan juga dengan pujukan Fahim dan dia bakal menghadap  perasaan cemburu pada esok hari

Fahim Milik Girlfriendnya
-Anything for you Amore

Bagaimana pula dengan reaksi Fahim adalah gembira kerana Liyanna termakan dengan pujukannya. Tak sia-sia dia menurunkan ego demi seorang gadis yang dia tekad untuk menjadikan permaisuri hatinya













































DO VOTES AND COMMENT!
❤️❤️

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang