"MAK NGAH!" jerit Adib memanggil Seroja yang baru berjalan melepasi pintu gelangsar lapangan terbang.
Sudah hampir pukul 12 malam, budak itu masih aktif. Terujalah itu dapat berjumpa dengan ayahnya hari ini.
Seroja menghampiri Afifah yang memegang tangan Adib erat. Sebelah lagi tangannya, dipegang oleh Syabil. Kerja nak lari saja budak kecil ini. Terpaksa mereka berdua pegang. Sudahlah ramai orang di sini.
"Assalamualaikum," kata Seroja sebelum bersalaman dengan Afifah dan Syabil. Dia menunduk, mencium pipi pau Adib.
"Eee, rindunya mak ngah dengan dia!" Dicubit geram pipi tersebut. Adib hanya ketawa.
"Pak ngah!" Adib menjerit memanggil Afif pula. Lelaki itu baru tiba kerana dia ke tandas sebentar tadi.
Afif melutut di hadapan Adib. Dipeluk ketat anak saudaranya sehingga Adib meronta-ronta untuk dilepaskan. Syabil menolong Afif menarik bagasi. Afifah pula mengambil beg dari tangan Seroja.
"Dah jom, masuk kereta. Lambat sampai rumah nanti," ujar Syabil sebelum mendukung Adib. Adib melentokkan kepala di bahu Syabil. Tangan kecilnya melingkar di belakang leher lelaki itu.
Afifah menggosok sekejap kepala Adib. Anaknya itu sudah mengantuk, tetapi tidak mahu melelapkan mata. Takut sangat jika ayahnya itu hilang daripada pandangan mata.
Seroja dan Afif pula hanya melihat situasi itu dengan senyuman lebar. Tangan mereka bertaut. Lalu, sama-sama berjalan mendekati kereta Syabil.
"Kau orang nak pergi makan dulu tak?" soal Syabil. Mereka bertiga pun belum mengisi perut lagi. Tadi, bas Afifah sampai pada pukul 7. Mereka bertiga hanya sempat menjamah makanan ringan sahaja. Tidak sempat mahu makan makanan berat kerana Syabil ada kerja ketika itu.
"Abang dengan kak long tak makan lagi ke?" Soalan Syabil dibalas dengan soalan.
"Belum, kami tak sempat nak pergi makan sebab abang Seroja sambung kerja sekejap tadi." jawab Afifah.
"Ohh, kalau macam tu... jom je lah. Seroja pun lapar ni." Seroja memandang Afif. Mahu mendengar jawapan daripada lelaki itu.
"Aku ikut je," balas Afif yang berada di sebelah Syabil. Dia sedang meriba Adib di kerusi depan. Budak itu mahu duduk bersama dengan Syabil sebentar tadi. Tapi, dilarang Afif. Tak akanlah rakannya itu mahu memandu sambil memegang anak saudaranya.
"Okey, kita pergi cari makan dekat Kampung Baru. Sana banyak sikit makanan waktu-waktu macam ni," ujar Syabil.
Dia selalu lepak dengan Naufal di sana jika mereka berdua bekerja sehingga lewat malam. Banyak lagi kedai yang dibuka sehingga lewat malam di situ. Senang untuk mereka mencari makanan.
30 minit berlalu, mereka tiba di kedai masakan panas yang menyediakan bermacam aneka makanan tempatan. Kuih-muih pun ada pada waktu begini. Mereka berempat memesan nasi ayam dan air yang sama.
Adib bermain dengan kad kerja Syabil di dalam poket baju. Dia membiarkan saja kanak-kanak itu berbuat demikian. Dikucup ubun-ubun Adib banyak kali. Wanginya Adib. Dia suka bau budak kecil. Orang kata, itu bau syurga. Bau yang cukup menenagkan dia.
"Kau selesaikan kes apa tadi?" Afif membuka bicara. Seroja dan Afifah pula bersembang tidak mengendahkan mereka berdua. Apa yang isterinya dan kakaknya bualkan pun, dia tidak tahu.
"Kes kecil je. Pasal rompakan dekat dengan Pasar Seni. Suspek dah ditahan. Cumanya, tadi aku kena balik ke balai untuk siapkan laporan. Kakak kau pula sampai lambat sebab sesak waktu dekat Perak katanya. Sebab tu tak sempat nak cari makan. Kalau tidak, aku dah bawa dia orang pergi makan dekat restoran makanan arab yang baru buka tu."

ANDA SEDANG MEMBACA
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
Action"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki i...