"Sstt...."rintih Hannah perlahan.
"Sakit?"tanya Tengku Rayden sambil melihat luka yang berada di belakang tubuh sang gadis.
Hannah hanya mengangguk perlahan.
Tempat luka di bahagian belakang badan Hannah kelihatan sangat jelas apabila Tengku Rayden berada betul-betul berasa dekat dengan Hannah.
"Sakit sikit je,cuba tahan sikit"pesan Tengku Rayden yang masih lagi sedang fokus menyapukan ubat luka di bahagian yang terluka.
"ARGH!"jerit Hannah.
"AKU KATA TAHAN,TAHAN LAH SIKIT!JANGAN NAK MENJERIT PULAK!"marah Tengku Rayden.
Hannah mengetap kuat bibirnya.
Tangannya memegang erat sisi selimut hospital yang melitupi separuh badannya itu.
"Sstt..."rintih Hannah lagi apabila ubat sapu luka disapu di bahagian bibir lukanya.
"Tahan sikit,kejap lagi okaylah ni.Sejak bila isteri aku ni tak pandai nak tahan sakit,hm?"tanya Tengku Rayden dengan penuh selamba sambil masih lagi setia menyapukan ubat luka.
Hannah masih lagi terdiam.
"Apa dia cakap?isteri?"getus hati kecilnya.
Perlakuannya terhenti seketika apabila tersedar akan apa yang telah keluar daripada mulutnya.
"Ehem!maksud aku,tahanlah sikit.Kalau kau gerak-gerak kang nanti luka ni tak sembuh pula"dalih Tengku Rayden.
Hannah hanya mengangguk kecil.
Tengku Rayden meniup perlahan-lahan di tempat luka tersebut agar ubat sapu cepat mengering.
Setelah siap menyapu ubat luka di belakang tubuh sang gadis dan di bahagian lain,Tengku Rayden melabuhkan ciuman sejenak di ubun-ubun kepala Hannah lalu mulai bangkit untuk meletakkan kembali ubat sapu luka yang dia ambil tadi.
"Kau tak lapar?"tanya Tengku Rayden.
"Tak"balas Hannah.
Tiba-tiba kedengaran bunyi perut berkeroncong minta diisi dengan makanan berbunyi.
Tengku Rayden memandang Hannah yang masih lagi tidak mahu mengaku.
"Betul tak lapar?kalau tak lapar,kenapa perut kau berbunyi?"sergah Tengku Rayden sambil menaikkan sebelah keningnya.
"Nanti say..."
"Nanti-nanti!sampai bila kau nak tahan lapar macam tu?kau tak payah nak berangan eh nak makan lepas aku balik,malam ini aku tak balik.Aku tidur sini"tutur Tengku Rayden.
Membuntang seketika mata bundar Hannah apabila mendengar bahawa Tengku Rayden tidak akan pulang kembali ke rumahnya pada malam ini.
"Tidur sini?tapi tuan nak tidur dekat mana?dekat dalam wad ni bukannya ada katil lain selain daripada katil saya"balas Hannah dengan kebingungan.
Tengku Rayden mendengus kasar.
"Sofa kan ada.Aku tidur je lah dekat atas sofa tu,kenapa?kau ingat orang macam aku ni tak pernah tidur dekat hospital ke?"sindir Tengku Rayden sambil mengambil beg makanan yang dibawa olehnya tadi.
"Maksud saya bukan macam tu,tuan..."sangkal Hannah sambil menggeleng kepalanya perlahan.
"Dahlah cakap banyak tu...kang ada yang aku buat betul-betul patahkan kaki nanti"ugut Tengku Rayden sambil mengeluarkan bekas makanan itu.
Hannah terus menutup separuh tubuhnya dengan selimut hospital.
Bahaya ni!
"Tadi Mak Nah ada suruh aku bawakan bubur nasi ni lepastu ada lah entah apa yang dia suruh bawa ni"bebel Tengku Rayden sambil membelek-belek bekas makanan yang diberi oleh Mak Nah tadi sebelum dia datang ke hospital.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...