'PRANG!'
Mawar tersedar dari lena. Matanya hanya terbuka sedikit sahaja digosok. Bunyi kuat tersebut berjaya bangunkan dia dari mimpi indah.
Jam dinding dikerling. 3.15 a.m.
Mahu tak mahu, Mawar mencapai tudung sarung di kepala katil sebelum disarungkan pada kepala. Dia turun dari katil.
Perlahan-lahan langkahnya dibawa ke luar bilik. Gelap. Tiada apa-apa yang dapat dia lihat selain serpihan kaca yang entah dari mana munculnya.
Mawar menggaru kepala yang tidak gatal. Sebenarnya dia tak tahu suis utama dekat mana. Sebelum tidur, dia biar aje lampu ruang tamu terbuka. Lagipun Aiman yang pesan untuk buat begitu sebelum dia pulang.
Terjengket-jengket Mawar cuba menjauhi setiap kaca yang bertaburan di atas lantai. Dari tadi dia cuba berfikiran positif, 'mungkin pembantu rumah yang Aiman kata hari tu datang singgah?' walaupun ianya sebenarnya tak logik.
Kau bagitahu aku sekarang, pembantu mana yang rajin sangat nak datang ziarah 'orang baru' pukul tiga pagi?
Ada. Pembantu gila.
"Aak... aakk..." Bulu roma meremang. Mawar menoleh memandang dapur. Dia yakin suara tu datang dari arah sana.
'Mawar, jangan buat kerja gila. Baik kau masuk dalam bilik dan call Aiman guna telefon rumah.' Mawar mengangguk kecil. Baru sahaja hendak berjalan masuk ke dalam bilik semula, bunyi itu kembali kedengaran.
Pergerakannya kembali bertentangan. Curiosity killed the cat.
Seperti biasa, otak kata lain, kaki berkehendak lain.
Perlahan-lahan Mawar menapak ke dapur. Suara tersebut sudah tiada, hanya meninggalkan suasana sepi dalam rumah itu.
Sampai sahaja di dapur, Mawar seakan berhenti bernafas buat seketika. Benarlah, ada orang di sini. Dia nampak kaki orang di dapur namun bukan di atas lantai.
Tetapi terapung.
Keadaan dapur terlalu gelap, dia langsung tidak nampak apa-apa selain kaki itu. Mawar cuba memberanikan diri membuka lampu dapur disebelahnya.
'PAP!'
Darah seperti berhenti mengalir dalam badan. Dia mahu menjerit tetapi suara seakan tersekat di kerongkong. Matanya membulat besar. Apa yang dia nampak bukan perkara biasa.
Jasad tanpa nyawa sedang memandang tepat ke arahnya dengan mata terbeliak. Kedua biji mata seakan mahu terkeluar dari tempatnya dengan darah yang tidak henti mengalir. Tubuhnya longlai dengan adanya graviti. Lehernya pula terbelit dengan tali.
Dia mati gantung diri. Di dalam rumah ini. Tepat dihadapannya.
Kaki terasa longlai. Tubir matanya terasa hangat. Jangan menangis Mawar, jangan.
Otaknya teringat akan pesan Aiman.
"Kalau apa-apa jadi, telefon aku. Aku akan terus datang. Aku akan ada dengan kau."
Dengan kudrat yang masih ada, Mawar cuba untuk berlari ke dalam bilik. Dia langsung tidak menoleh kebelakang. Kaca yang bertaburan di atas lantai tadi tidak lagi dia hiraukan. Biarlah kaca-kaca itu dia pijak semasa berlari. Yang pastu dia mahu cepat sampai ke dalam bilik. Otaknya tak henti mengulang kembali wajah tanpa nyawa tersebut dalam fikiran. Wajah terasa semakin pucat. Sakit dikaki dia hiraukan.
Nafasnya tidak lagi keruan. Masuk sahaja di dalam bilik, terus pintu dikunci. Mawar berlari mendapatkan telefon rumah yang berada di atas meja bersebelahan dengan katilnya.
Nafasnya kian tidak teratur. Dia sukar bernafas. Air mata sudah laju merembes. Tangannya menggigil semasa menekan nombor yang tentera pada kertas yang Aiman berikan padanya semalam.

ANDA SEDANG MEMBACA
HELLO, AIMAN AL-QAYS
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ [FIRST STORY OF 'HELLO' SERIES] Penipuan yang berpaksikan rasa bersalah, tetap akan dibenci. Sebuah niat yang ikhlas ternyata menerbitkan rasa kesengsaraan dalam diri seseorang. Dia mangsa, dia...