"HELO, kau kat mana?! Cepatlah datang. Lama kita orang tunggu ni," tengkingnya. Buang masa orang sahaja perempuan ini. Orang tengah serabut, dia tambahkan lagi keserabutan.
"Jap, aku nak sampai dah ni. Tak reti sabar ke?" balas perempuan tersebut.
"Isy!" Telefon dilemparkan ke atas meja kayu di depannya. Dua orang rakan lelaki yang menanti jawapan itu, memandangnya dengan kening terangkat.
"Apa perempuan tu kata?" soal salah seorang daripada mereka.
"Dia kata on the way. Perempuan tu mana tahu cara tepati masa. Kerja dia, keluar berfoya-foya saja. Yang serabutnya kita bertiga. Dasar perempuan tak guna. Huh!" balas lelaki itu.
Klak!
Bunyi pintu yang baru ditolak menjadi tumpuan mereka bertiga. "Tu, baru sampai."
Mereka menjelingnya tajam.
"Apa pandang-pandang? Tak boleh nak tengok aku hidup aman sikitlah korang ni." Beg tangannya dihempaskan di meja. Dengan kasar dia melabuhkan punggung di sofa buruk tepinya.
"Nak apa?"
Aidil memandang perempuan di hadapannya itu dengan kening yang berkerut. Dia tidak percaya. Apa? Perempuan itu menyoalnya mahukan apa. Dia tidak tahu ke, disebabkan dialah, dirinya menjadi buruan polis ketika ini. Sudah tiga hari dia tidak keluar daripada rumah buruk ini.
"Kau tanya aku nak apa?! Seriuslah? Disebabkan kau, sekarang ni aku jadi pelarian! Apa yang kau nak buat sekarang ni? Aku tak nak masuk penjara untuk kali kedua!" marah Aidil. Dia tidak mahu tertangkap buat kali kedua. Sudah serik!
"Relakslah. Baru jadi buruan. Bukannya dah kena gari lagi sekali, kan?" Perempuan itu ketawa kecil.
"Kau!" Aidil meluru ke arahnya. Tetapi ditahan oleh dua orang rakannya dari depan.
"Eh, kau jangan sampai aku bongkarkan rancangan kau dekat Seroja. Kau ingat kau tu hebat sangat ke hah?!" ugut Aidil. Dia cukup geram dengan perempuan itu. Dia bolehlah bersantai di rumah mewah yang ibunya berikan. Tetapi, mereka ini hanya menjadi kuli yang hanya tinggal di rumah sewa kecil begini. Sesuka hatinya sahaja mahu mengarah mereka bertiga.
"Hei, kau jangan main-main dengan aku! Kalau aku tahu rancangan ni terbongkar, aku tak akan teragak-agak untuk tamatkan riwayat hidup kaulah!" Perempuan itu menjerkah Aidil. Lelaki itu ingat, dia perempuan yang lemah ke?
Aidil menarik kedua-dua tangannya yang dipegang oleh Daniel dan Shah. Dia kembali duduk bertentangan dengan perempuan itu. Tangan disilangkan. Menunggu jawapan daripadanya.
"Aku nak kau orang stay low untuk dua tiga bulan ni. Polis tengah aktif cari kau orang sekarang. Jadi, kau orang tak boleh buat apa-apa. Biar aku sahaja yang lakukan," ujarnya kepada Aidil, Daniel dan Shah.
"Kalau nak keluar mana-mana, pastikan pakai pelitup muka. Kalau kena tangkap, aku tak nak bertanggungjawab." Sambungnya lagi.
"Huh! Macamlah selama ni kau ambil kisah pasal kita orang," kata Shah yang berdiam diri sahaja sejak tadi. Dia menggulingkan bebola matanya ke atas. Daniel hanya mengangguk bersetuju.
"Isy, ikut cakap aku! Dahlah, malas aku nak duduk rumah panas ni lama-lama. Aku cau dulu," tuturnya sebelum menghilangkan diri.
"Menyampah aku dengan perempuan tu. Kalau bukan sebab duit, memang dah lama aku bantai."
SELENDANG bercorak bunga-bunga kecil dililit kemas di kepala. Ditarik sedikit kain di bahu untuk memastikan ia terletak kemas dan cantik. Siap memakai tudung, Seroja memakai pelembap bibir sedikit. Beg tangan dicapai sebelum menutup pintu bilik. Dia mahu turun mencari Afif di bawah. Mesti lelaki itu menunggunya lama.

ANDA SEDANG MEMBACA
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
Action"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki i...