Hari ini hari dimana Liyanna akan keluar bersama Fahim. Dia hanya mengenakan sepasang abaya yang berwarna putih berserta dengan shawl yang turut berwarna putih dia hanya mencalit sedikit bedak dan lipstick di bibirnya, sejujurnya dia memang tidak berminat dengan make up kerana baginya make up ni sangat cerewet cukup dengan memakai bedak dan lipstick saja sudah cantik
"Amboi happy nya anak dara seorang ni"
"Jangan nak merepek"
Liyanna menjeling kearah Mia yang sedang bersandar di muka pintu biliknya berserta dengan senyuman mengejek
"Kau nak keluar dengan dia pergi mana?"
"Entah dia tak ada pula cakap nak keluar pergi mana"
Mia mengangguk sebagai jawapan
"Ok lah aku dah nak pergi bye, duduk elok-elok"
"Ish aku tahu lah. Macamlah aku tak pernah tinggal seorang diri"
"Aku cuma pesan"
Tanpa menghiraukan Mia, dia terus melangkah turun ke bawah. Heels berjenama YSL yang berada diatas rak kasut itu diambil sebelum dia membuka pintu rumahnya. Dari situ dia sudah melihat kereta BMW M4 milik Fahim yang elok terparking dihadapan rumahnya
"Awalnya dia datang kata pukul 8:00 sekarang ni baru 7.45"
Setelah menutup pintu rumahnya dia terus melangkah kearah pintu pagarnya untuk dibuka. Pintu pagarnya dikunci sebelum dia mengetuk perlahan cermin kereta Fahim
"Hai, lama dah ke awak tunggu?"
"Nope, I have been here since 10 minutes ago"
"Masuklah"
Fahim menjemput Liyanna untuk melangkah masuk kedalam perut keretanya tanpa menunggu lama Liyanna terus memasuki perut kereta itu
"Ok should we?"
"Yeah sure, tapi kita nak pergi dekat mana?"
"Erm, kita pergi breakfast dulu lepastu kita pergi shopping can we?"
"Sure, nice idea"
Liyanna tersenyum nipis kearah Fahim. Di matanya Fahim kelihatan sangat segak hari ini dengan memakai baju t-shirt putih berlengan pendek berjenama polo berserta seluar slack yang turut berwarna putih.
'Macam berjanji lah pula nak pakai warna putih hari ini'
"Dah puas ke scan?"
Terus tersentak badan Liyanna apabila Fahim bersuara tanpa memandang kearahnya. Ish kantoi lah pula!
"Erk s-sorry"
**
Selepas sahaja mereka berdua menjamu selera Fahim terus pergi ke lokasi tujuannya iaitu shopping. Entah apa yang Fahim ingin beli sehinggakan meminta untuk dia menunggu di kerusi yang disediakan disitu
"Haih sakitnya kaki ni"
Liyanna mengurut buku lalinya yang kelihatan sudah bertukar menjadi warna merah mana taknya dari tadi lagi dia berjalan tanpa berhenti
"Haih ni lah nasib bila pakai heels"
Tanpa menghiraukan buku lalinya dia terus duduk menegak untuk melihat kelibat Fahim takut-takut Fahim sudah selesai membeli. Awalnya pelik juga kenapa Fahim ingin memasuki kedai emas namun dia hanya berfikir mungkin Fahim ingin membeli hadiah kepada Datin Fakhira.
Setelah beberapa minit dia menunggu, baru lah dia melihat kelibat Fahim yang sedang berjalan menuju kearahnya berserta paperbag ditangannya
"Sorry lama"
"It's ok, dah siap ke?"
"Dah, jom aku hantar kau balik"
Suasana didalam kereta hanya bertemankan bunyi radio Fahim pula lebih selesa mendiamkan diri sambil fokus dengan pemanduannya, Liyanna pula sedang memikirkan ayat untuk mengajukan soalan kepada Fahim. Hatinya tidak tenang selagi tidak mendapat jawapan dari Fahim tentang perkara tadi
"Erm Fahim"
"Hm"
Fahim menggumam perlahan tanpa memandang kearah Liyanna. It's ok Liyanna dah terbiasa.
"Nak tanya awak boleh?"
"Hm"
Haih ada juga aku hempuk dengan heels ni orang tanya bukan main panjang namun yang dijawabnya 'hmm' saja
"Awak beli cincin ke tadi"
"Haah, kenapa?"
Entah kenapa hati Liyanna seakan berdebar selepas mendengar jawapan dari Fahim
"Oh, untuk siapa?"
"Bakal isteri"
Entah kenapa Liyanna terasa hatinya bagai dicucuk dengan paku. Dia juga bingung kenapa hatinya sakit sedangkan dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Fahim. Liyanna tersenyum kekok kearah Fahim
"O-ohh"
Haih masa ni juga lah dia nak terkena penyakit gagap. Tanpa dia sedari Fahim tersenyum senget apabila melihat wajahnya yang kelat
'Seems like someone has been jealous'
Votes and comments❤️
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)