"Kau nak pergi mana Liya?"
"Jogging kejap, Aku rasa badan aku ni dah makin gemuk lah sekarang"
Mia memandang Liyanna dengan wajah yang menjengkelkan
"Cis, kau cakap pijak semut pun tak mati"
Liyanna menjeling kearah Mia, orang cakap kurus kan kata acah pula haihh
"Kau nak ikut tak?"
"Tak nak, malas"
"Ok cau dulu"
Liyanna terus membuka langkah untuk menuju ke Taman yang hendak ditujuinya. Dia hanya pergi ke taman itu dengan berjalan kaki kerana taman itu bukannya jauh mana dengan rumah dia lagipun dia malas nak start enjin kereta sambil-sambil berjalan boleh lah dia cuci mata sekali. Eh gatal nye kau Liyanna!
**
"Fuh penatnya"
Liyanna mengeluh sambil mengelap peluh yang merincik di dahinya dengan menggunakan kain yang tersangkut di lehernya
"Baru 2 round dah lelah haihh"
Liyanna melabuhkan punggung diatas kerusi yang memang sudah sedia ada di Taman itu.
Telefon yang berada di dalam poket seluarnya diambil lalu dia mengambil gambar pemandangan tasik yang sangat menyenangkan itu.
Sedang dia ralit mengambil gambar pemandangan tasik itu tiba-tiba matanya terpandangkan satu gerai yang menjual aiskrim, Matanya terus bersinar, dia terus membuka langkah untuk ke gerai askrim itu namun langkahnya terhenti apabila dia teringat yang dia masih lagi dalam proses menguruskan badan sekarang ni ataupun dalam erti lain 'On Diet' Dia mengeluh seketika
"Hm, aku ni dahlah craving nak aiskrim tapi lupa pula tengah diet, ish tak apa lah aku nak makan sikit jee"
Setelah beberapa minit dia berdiri disitu untuk mempertimbangkan keputusannya, dia membuat keputusan untuk membeli aiskrim tersebut sikit je dia janji tak makan banyak. Tanpa menunggu lama dia terus melangkah ke gerai aiskrim itu
"Saya nak aiskrim vanilla kon satu makcik"
"Jap ye dik"
Air liurnya hampir meleleh apabila melihat penjual aiskrim itu menghulurkan aiskrim vanilla itu kepadanya
"Rm 3 ye dik"
"Ok jap"
Dia terus mengambil duit di dalam poketnya. Eh mana beg duit aku.
Eh jap....
Aduh dia lupa yang dia datang tanpa membawa beg duitnya dia hanya membawa telefon berserta air kosong didalam botolnya. Liyanna rasa ingin menghantuk je kepalanya di tiang besi yang berada di sebelahnya. Tu lah Liya cuai sangat patutnya sebelum datang beli kena cek dulu dalam poket ada duit ke tak ada ni tak kena tanggung malu sorang-sorang
"E-erk..."
Baru saja Liyanna hendak bersuara tiba-tiba kedengaran satu suara garau muncul ditepinya
"Bayarkan untuk dia sekali makcik"
"E-eh tak payah susah-susah encik"
Apabila jejaka itu memandang kearahnya Liyanna rasa hendak tercekik tatkala melihat wajah yang tidak asing baginya
"Kau ada duit ke nak bayar"
"Err hehe t-tak ada"
"Nah ambil ni"
Liyanna menyambut huluran aiskrim dari Fahim sebelum dia tersenyum nipis
"Terima kasih awak, Nanti saya ganti balik ya"
"Hm"
**
"Jogging ke?"
"Haah"
Liyanna menjawab soalan Fahim tanpa memandangkan kearah tuan empu punya soalan.
Khusyuk sangat makan aiskrim sampaikan orang yang duduk sebelah dia pun tak ambil kisah.
"Jogging lepastu makan makanan manis"
Terus tersedak Liyanna apabila mendengarkan ayat sinis dari jejaka itu. Macam nak perli dia pun ada tapi memang nak perli pun hahaha
"Dah teringin nak buat macam mana"
Tanpa menjawab Fahim terus menyoal Liyanna dengan soalannya
"Kau datang seorang diri ke?"
"Haah"
"Awak datang jogging juga ke?"
Soal Liyanna sambil ralit memandang wajah kacak Fahim dari sisi. Hensemnya anak teruna orang ni kalau tak difikirkan yang dia ni masih waras dah lama dah dia cepuk Fahim bawa masuk dalam bilik.Astaghfirullah Liyanna Amaira jauh dah ni!
"Hoi kau dengar tak aku tanya ni?"
Terus mati lamunan Liyanna apabila Fahim menyergahnya. Kus semangat!
"H-hah!?"
Tu lah Liya ralit sangat tenung anak teruna orang sampai tak sedar dia tanya soalan
Fahim mendecit geram macam lah dia tak nampak yang Liyanna ni dari tadi lagi memandang sisi wajahnya tanpa berkelip
"Nak dengar macam mana sebab mata tu tengah ralit tenung anak teruna orang sampai tak berkelip langsung"
Pipi Liyanna terus bertukar warna apabila Fahim merenungnya sambil tersenyum sinis
Alamak kantoi!
"M-mana ada"
Bohong Liyanna, padahal semua fakta yang Fahim ludahkan kepadanya itu memang betul
"You're not good at liar Mai"
Liyanna menggaru belakang kepalanya sambil tersengih
"Kau free tak ahad ni?"
"Erm free kot kenapa?"
"Jom teman aku keluar. Nak dating dengan girlfriend sendiri tak ada. Jadi apa kata aku ajak kau dating dengan aku sebagai girlfriend aku untuk satu hari?
Fahim memandang Liyanna berserta dengan senyuman nipis berharap yang Liyanna bakal bersetuju dengan ajakannya
"Erm boleh tapi awak kena belanja saya"
"Sure anything for you Amore"
Pandangan Fahim masih lagi melekat di wajah Liyanna yang tampak berseri tanpa sebarang make up
'Aku harap kau dapat jadi milik aku satu hari nanti'
"Hahh amuk?"
"Haih kau ni nak kata tak pandai belajar pun dah dekat tempat kelaz tapi sayangnya otak senget sebelah"
"Eh mana ada, awak tu yang tiba-tiba sebut amuk mana lah saya tahu sebab amuk tu bukan bahasa Malaysia!"
Cebik Liyanna sebelum dia menjeling kearah Fahim yang sedang tersenyum senget kearahnya
'How cute when she's angry!'
"Aku sebut amore, a-m-o-r-e bukan amuk haih"
"Oh ye eh mana lah saya tahu"
Liyanna tersengih malu kearah Fahim.Malunya!!
Do votes and comment✨
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)