Ukaila mencapai beg sandang di atas meja. Tidak lupa telefon pintarnya yang berada di sisi katil. Jam dikerling.
8.00 pagi!
Masih awal untuknya berangkat ke pejabat. Lagipula, syarikat dengan rumahnya tidak terlalu jauh. Sesaknya juga kurang.
Ruang tamu dituju. Hidangan di atas meja tampak menyelerakan.
"Aila? Meh duduk makan," panggil Puan Syuhada sambil menatang dulang berisi air
Ukaila mengambil tempat. Kecur liurnya melihat mee goreng basah di atas meja.
Pinggan diambil sebelum mencedokkan mee ke dalam pinggan.
Bismillah diucapkan sebelum mee itu disuakan ke dalam mulut.
"Along, Kak Manis dan budak-budak mana, bu? Tak nampak pun" Ukaila bertanya setelah sedar akan ketiadaan mereka sekeluarga
"Along dah pergi kerja. Ada meeting katanya. Kak Manis pula keluar sekejap dengan budak-budak sampai sekarang belum balik.. Kejap lagi baliklah kot.. Dia ada cakap dia nak beli barang sikit," balas Puan Syuhada. Ukaila mengangguk faham
"Ibu, harini Aila balik lewat sikit. Office Aila ada buat majlis makan-makan sempena persaraan Tan Sri dan juga pelantikan boss baru," ujar Ukaila sebelum menyua mee ke dalam mulut lagi. Dan lagi.
Makanan kegemarannya!
Puan Syuhada mengangguk. Wajah anak gadisnya dipandang. Wajah pucat itu dipandang lama.
"Aila okey tak? Ada apa-apa nak share dengan ibu?" Puan Syuhada bertanya.
Semalam dia tidak sempat bertanya ketika anaknya itu sampai dirumah. Langkah kakinya laju menuju ke bilik.
Ukaila berhenti mengunyah. Matanya naik memandang wajah ibunya. Wajah itu kelihatan gusar.
"Okey je. Cuma semalam Aila penat sangat. Baru seminggu masuk, banyak benda lagi yang Aila kena belajar.." Ukaila berhenti seketika. Air diteguk perlahan.
Dia rasa tidak patut dia cerita kepada ibunya tentang kejadian semalam. Dia tidak mahu ibunya risau akannya.
"Ibu nak tahu tak, bos baru Aila nanti siapa?" ujar Ukaila. Mee goreng kembali disua ke mulut
"Siapa?" Puan Syuhada sekadar bertanya.
"Anak Tan Sri Henry," jawab Ukaila. Puan Syuhada terkaku
"Tuan Idrees.. Aila lupa pula nak tanya Arven nama penuh dia," Ukaila menyua mee ke dalam mulut buat kesekian kalinya.
Puan Syuhada memandang wajah anaknya. Dia harus berlagak biasa
"Tan Sri suruh Aila belajar dari anak dia. Katanya, anak dia pun arkitek juga macam Aila. Tapi seganlah Aila nak belajar dengan bos besar,"
"Bagus juga cadangan tu. Tak payah segan-segan. Kita nak belajar kan. Lama-lama nanti okey lah," balas Puan Syuhada
"Takpa lah kalau macam tu.. Tapi Aila kena ingat tau pesanan Kak Manis. Jangan terlalu stress, jangan terlampau penat..ya? Tak baik untuk kesihatan, ya?" pesan Puan Syuhada lembut.
"Vitamin yang Kak Manis bagi, Aila sentiasa bawa, kan? Ubat ?" Puan Syuhada bertanya. Risau dia dibuatnya, kalau-kalau sakit kepala anaknya ini datang menyerang.
Ukaila mengangguk beberapa kali.
"Ada, bu. Aila tak pernah lupa bawa ubat dengan vitamin tu. Benda tu kan dah macam makanan kedua Aila dah," ujar Ukaila sebelum tersenyum manis.
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...