Harith dan Darius hanya berbual kosong di dalam kereta sambil bergelak ketawa.
"Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena lah"tutur Darius sambil memegang dagunya perlahan.
Harith memandang akan raut wajah kawan baiknya itu.
"Sesuatu yang tak kena?apa benda?"tanya Harith dengan hairan.
"Kau ingat tak apa yang Ray cakap tadi?"tanya Darius.
Harith menggaru-garu pipi kanannya perlahan,cuba mengimbau kembali percakapan antara dia,Darius dan Tengku Rayden.
"Tak ingatlah!"putus Harith.
Darius mengeluh kecil.
"Kau ni baru je tadi bercakap dengan Ray,takkan lah dah amnesia kot"ejek Darius sambil menjeling sekilas ke arah Harith.
Harith hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Memang jenis short term memory lah kau ni"tutur Darius sambil menggeleng perlahan kepalanya.
"Hello!excuse me!tadi banyak benda tau kita borak dengan si Ray tu,macam mana aku nak ingat semua benda.Kau tu pun satu,bagilah klu dekat tajuk mana yang kau persoalkan tadi.Ini tidak,main tanya jee"bebel Harith.
Darius hanya tergelak kecil.
"Tajuk tu dekat masa Ray order air kosong je sebab dia kata dia tak boleh nak telan dah air lain,kau pun tahu kan yang Ray tu suka minum air yang bergas?tak ke kau rasa pelik tiba-tiba je Ray tu tak boleh nak telan air yang dia suka melainkan hanya air kosong dan air buah-buahan je"soal Darius sambil matanya masih lagi tertumpu pada jalan hadapan.
Harith memerah otaknya seketika.
Beberapa saat kemudian.
"Betul juga apa yang kau cakapkan tu,tapi aku rasa tak ada lah pelik sangat bila Ray kata dia tak boleh nak minum air lain selain air kosong dengan jus buah-buahan.Mungkin sebab dia rasa tak sedap badan kot,that's why dia tak boleh nak minum air yang bergas.Maybe lidah dia rasa pahit ke,masam sangat ke"balas Harith cuba untuk membentangkan pendapatnya.
"Tapi setahu aku,sepanjang aku kawan dengan dia jarang sekali dia tak minum air manis.Paling kurang pun tiga kali sehari mesti dia minum punya"ujar Darius.
"Dia nak diet kottt"tutur Harith.
"Takkan diet sampai kena cut manis terus,aku kenal sangat si Ray tu.Susah betul dia nak cut terus minuman manis,paling kurang dia cut pun sekali sehari mesti dia minum punya air manis"bahas Darius lagi.
"Hmmm"gumam Harith perlahan.
"Jangan-jangan...."
Harith memandang wajah Darius.
"Apa?"tanya Darius bingung.
Di hospital swasta pula,
Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang, Tengku Rayden meminta diri dahulu untuk ke pejabat setelah dia mengambil cuti separuh hari.
Tiga puluh minit kemudian,kelihatan kereta milik Tengku Rayden memasuki kawasan pejabat AR's Holding.
Tengku Rayden memarkir keretanya di tempat parking kereta.Susuk tubuhnya keluar daripada perut keretanya melangkah masuk ke dalam pejabat AR's Holding.
"Selamat petang,tuan"sapa para pekerja di situ.
Tengku Rayden hanya mengangguk perlahan kepalanya sambil berjalan ke arah pejabat miliknya.
Setelah tiba di hadapan pintu pejabatnya,belum lagi sempat Tengku Rayden mencapai tombol pintu bilik pejabatnya,terdengar suara gemersik memanggilnya.
"Baby!"sapa Theresa lalu memeluk Tengku Rayden.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...