Lelaki berparut itu mengerutkan kening. Jejaka serba hitam dihadapannya dipandang.
"Kau siapa? Jangan masuk campur hal suami isteri boleh tak?" Ukaila membulatkan mata.
'Bila masa aku isteri dia ni?'
"Tt..tak encik! Saya bukan isteri dia! Diorang nak cul..lik...hmm," Mulut Ukaila ditekup laju.
"Kau diam perempuan,.." ugut lelaki berparut itu. Ukaila terdiam. Dua lelaki dibelakang terkaku.
Lelaki serba hitam itu melangkah ke arah mereka. Helmet hitamnya elok tersarung pada kepala.
"Let her go" jejaka itu berkata sambil melangkah ke arah mereka. Sarung tangan dibetulkan pada jemarinya.
"Jangan dekat..atau aku bunuh perempuan ni.." suara lelaki itu sedikit bergetar. Langkah kaki kebelakang beberapa langkah
Aura jejaka ini terlalu kuat. Naik seram sejuk dia dibuatnya.
"Kill her or you'll be killed" balas lelaki itu lagi. Langkahnya semakin mendekat.
Ukaila yang berada dalam genggaman lelaki berparut itu turut kebelakang. Tubuhnya menggeletar hebat.
Dia tidak mengenali sesiapa diantara mereka.
"Aa..aku ca..cakap jan..jangan dd..dekat..." bicara lelaki berparut itu gugup. Lelaki dihadapannya terlalu tenang dan tidak makan akan ugutan.
Bum!!
Tubuh lelaki berparut itu kuat berlanggar dengan punggung kereta. Berdesis kuat lelaki itu.
Shit!
Jejaka serba hitam itu berhenti tepat dihadapan Ukaila. Bau haruman dari jejaka itu menusuk ke dalam rongga hidung Ukaila. Ukaila mengerutkan keningnya. Seperti cuba mengingat sesuatu. Sesuatu yang sudah lama terkubur dari ingatan.
Pisau yang berada dileher Ukaila berubah arah. Pisau itu dituju tepat ke arah jejaka serba hitam itu. Tangan yang memegang pisau itu mula menggeletar.
Jejaka serba hitam itu ketawa sinis. Membuatkan roma mereka yang berada disitu meremang.
"I won't tell you twice, bruh" jejaka itu memberi amaran. Bahunya direnggangkan beberapa kali. Kepalanya juga turut direnggangkan. kiri dan kanan.
Lelaki berparut itu masih tidak melepaskan Ukaila. Jejaka serba hitam itu mengangkat kedua bahunya sebelum memegang pergelangan tangan lelaki berparut itu sebelum menarik Ukaila dari genggaman lelaki itu. Tangannya tangkas memulas dan membawa lengan lelaki itu kebelakang badan. Terjerit kuat lelaki itu menahan sakit.
Ukaila tergamam. Laju sungguh gerakkan jejaka itu.
"I've told you, bruh" bicara lelaki itu kedengaran sinis.
Tangannya kuat menekan lengan lelaki berparut itu. Terliuk lentok badan lelaki itu.
"Kk..kau tak..takkan tt..terlepas," bicara lelaki itu putus-putus
"Kau nak cari aku?"
"Kau tak kenal siapa aku.." lelaki itu masih bongkak."hmm.. kau budak Zeth? Taji, kan?" lelaki berparut atau dikenali sebagai Taji membulatkan mata
"Mana aku tahu, bukan masalah kau. Kau dengar je baik-baik apa yang aku nak bagitahu.." jejaka itu berkata
"Bagitahu boss kau.. jauhkan diri dari Ukaila," jejaka itu memberi amaran
Taji mendesis lagi. Tangannya dipulas dan ditolak kuat dari belakang.
"Kau siapa untuk aku ikut arahan kau?" ujar Taji kasar
"Alpha Delilo," bisik jejaka itu. Membulat mata Taji. Alpha Delilo?
"Tt..Tres?" ujaran itu hampir tidak kedengaran
Tres sembunyi senyum disebalik helmet gelapnya. Siapa tak kenal Tres?
"Tt..Tres" ujarnya sekali lagi. Lengannya dilepaskan.
"Mark my words, Taji. Apa-apa jadi dekat Ukaila.. kau orang pertama yang aku cari," Tres memberi amaran sebelum mencapai tangan Ukaila
Ukaila hanya membiarkan tangannya digenggam kemas oleh Tres.
Suara jejaka itu jelas kedengaran ditelinganya ketika jejaka itu berbicara dengan si Taji beberapa saat yang lalu.
Langkahnya dibawa ke arah kereta. Badannya ditolak perlahan ke arah pintu kereta. Pintu kereta dibuka oleh Tres.
"Masuk. Dan. Balik," tegas bicara Tres.
Ukaila memusingkan badannya menghadap Tres. Teragak-agak dia ingin berbicara.
"Tt..thank yy..you, encik" gagap Ukaila berbicara. Tres mendekati Ukaila selangkah. Kedua tangan Ukaila lantas memegang pintu kereta.
"For what?" Tres bicara perlahan.
Tangannya naik sebelum ditekapkan di sebelah bahu kanan dan kiri Ukaila. Roma Ukaila menegak. Seriau dia dibuatnya.
"Ss..sebab en..cik ss..sudi tt..tol..long s..saya," Ukaila berkata sambil memejamkan mata. Dia terlalu takut ketika ini.
"Welcome" Tres membalas.
Badan Ukaila ditolak perlahan ke dalam kereta. Tangannya naik memegang pintu kereta. Bersedia untuk menutup pintu kereta itu.
Seketika itu, matanya tajam melihat seutas rantai dileher Ukaila.
"Espero que me recuerdes pronto, vida mía," Tres berkata sebelum menutup pintu kereta Ukaila perlahan.
Sejurus sahaja kereta Ukaila bergerak keluar, Tres membalikkan badan, menuju ke arah motosikalnya.
"Pastikan diorang tak sentuh bini aku," Tres memberi arahan sebelum berlalu pergi
Stay tune tau..
Do vote and comment tau!
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...