"WHAT!!???"
Tergamam Mia apabila mendengar cerita dari rakannya. Ini kalau dia jumpa dengan si Aiman Mikael dengan si Delila tu memang habislah dia ganyang
"Aku tak sangka dia sanggup tipu aku, tipulah kalau aku tak terkesan dengan apa yang dia dah buat dekat aku Del tu lah sepupu aku yang paling rapat dengan aku tapi dia sanggup tipu aku"
Mia masih lagi setia mendengar luahan sahabatnya sambil menggenggam tangan sahabatnya untuk menyalurkan kekuatan
"Dah lah Liya tak ada gunanya juga kalau kau bersedih lagipun aku tengok mamat yang kelmarin pun handsome juga"
Ujar Mia sambil tersenyum manis namun ia mampu membuatkan Liyanna mengerutkan keningnya
"Hahh mamat mana pula kau ni?"
Soal Liyanna. Mia mendengus geram sebelum menjeling sekilas wajah Liyanna
"Ish kau ni, yang hantar kau kelmarin tu lah!"
Barulah Liyanna ingat mamat yang dimaksudkan oleh Mia
"Alah kau ni gedik sungguh"
"Ish, betullah! Tapi kan yang seorang tu aku rasa dia suka kau lah"
"Jangan nak mengarut Mia Harmisya"
"Betullah aku cakap lagipun aku nampak effort dia. Dia layan kau macam princess treatment.Pintu kereta pun dia tolong bukakan untuk kau auchh how sweet!?"
'Papp!'
Lengan Mia ditampar oleh Liyanna sebelum Liyanna menjelingnya dengan tajam
"Tak payah nak lebih-lebih aku anggap dia tak lebih dari seorang kawan"
"Hek eleh cakap lah kau pun suka dekat dia lagipun dia handsome apa sesuai dengan kau. Satu fakta yang aku ingin ludahkan DIA LAGI HANDSOME DARI AIMAN MIKAEL!?"
"Kau ni makin lama makin gedik pula dah lah aku nak naik atas nak tidur buat sakit kepala je layan kau seorang ni"
Dengan langkah yang ringan Liyanna terus melangkah kearah tangga untuk ke biliknya
Sesampai sahaja dibilik Liyanna terus merebahkan badannya diatas tilam yang empuk itu. Tidak dinafikan bahawa dia setuju dengan apa yang dikatakan oleh Mia. Tipulah kalau dia tidak faham akan effort-effort yang Fahim tunjukkan padanya dia bukannya buta namun dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kepada Fahim takut perkara lama bakal berulang.
Cukuplah dia sudah ditipu oleh orang yang paling dipercayainya sebelum ini namun dia juga bingung dengan dirinya sendiri tipulah dia tidak tersenyum dengan effort yang Fahim tunjukkan kepadanya sebelum ini namun dia memilih untuk mengabaikan semuanya kerana dia percaya jikalau Fahim adalah seorang lelaki yang ditakdirkan untuknya maka Allah akan memberikannya petunjuk dan mempermudahkan segala urusannya.
**
"Nak pergi mana bang?"
"Jogging"
Ringkas Fahim menjawab sebelum dia menyumbat airpod di kedua-dua belah
telinganya. Fathi terus mendengus geram apabila melihat abangnya melangkah keluar dari dapur begitu saja
"Dasar abang bengap"
"Siapa yang bengap?"
"Opochot umi hitam!"
Gara-gara terkejut mendengar satu suara yang menyergahnya dari belakang nugget yang berada ditangannya turut tercampak hingga terkena wajah yang menyergahnya tadi
"U-umi"
"TENGKU MOHD FATHI!??"
Fathi menelan air liur yang terasa berpasir apabila melihat wajah Datin Fakhira yang sedang menahan marah sambil memandang kearahnya
"S-sorry, umi yang buat Fathi terkejut"
"Amboi nak salahkan umi pula dahlah melatah kutuk umi hitam!"
Fathi memandang Datin Fakhira sambil tersenyum dengan wajah yang tidak bersalah
"Kutip nugget yang kamu makan ni sekarang!"
"Yelah"
Dengan wajah yang malas Fathi terus tunduk untuk mengutip nugget yang tidak sengaja tercampak olehnya
"Buat kerja tu biar ikhlas sikit Fathi!"
Tegur Datin Fakhira dengan tegas dia tidak suka anak-anaknya membuat kerja dengan main-main. Oleh itu dia mendidik kedua-dua anaknya untuk tidak menjadi pemalas agar bila kedua-duanya sudah mendirikan rumah tangga mereka tidak membiarkan isteri mereka membuat kerja berseorangan.
"Baik umi"
Votes and comments🫰🏻
Sorry lambat and pendek✨
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)