"AWAK, awak kata nak bawa saya pergi rumah?" Terkedip-kedip mata Mawar memandang bangunan besar di hadapannya.
Pavilion.
Bukannya dia tak tahu tentang tempat ini cuma... dia segan. Orang sekeliling semua memakai pakaian mewah termasuklah lelaki di sebelahnya itu sekali. Dia cuma pakai baju t-shirt lengan panjang biasa dan seluar tracksuit sukan. Kaki pula berselipar manakala kepala tertutup dengan tudung sarung.
"Kau nak duduk rumah tu tapi sehelai sepinggang. Baju pun tak ada. Kita pergi beli sekejap." Aiman mengerling Mawar di sebelah dengan ekor mata sebelum menanggalkan jaketnya.
Bibir Mawar tertutup erat apabila Aiman menyarungkan jaket tersebut pada badannya. Pipi tiba-tiba terasa panas.
"Aku tahu kau segan. Pakai dulu jaket aku." Lelaki itu senyum senget sebelum menarik hujung lengan baju Mawar untuk membuntuti langkahnya.
Sepanjang mereka berjalan di dalam pusat beli belah itu, Mawar hanya menundukkan wajahnya. Jantungnya berdegup tanpa kawalan. Wajahnya mungkin sudah semerah tomato sekarang ini. Haruman daripada tubuh lelaki ini membuatkan jantungnya semakin tidak terarah.
Mawar langsung tidak mengalihkan matanya daripada terus memandang tangan Aiman.
Tangan Aiman yang setia memegang lengan bajunya. Mawar tekun menilik tangan milik jejaka tersebut. Namun matanya terpandang sesuatu pada jari manis lelaki itu.
Serta merta air mukanya berubah seratus peratus. Jantungnya yang tadi berdegup kencang, beransur-ansur kembali tenang. Tetapi kali ini, degupan tersebut terasa kian melambat.
Otaknya seakan berhenti berfungsi untuk seketika. Matanya langsung tidak beralih daripada jari manis lelaki itu.
Cincin berwarna perak yang bertakhtakan beberapa berlian yang sangat cantik terpasang elok pada tangan Aiman.
Entah mengapa, perasaan kecewa menguasai senubarinya.
'Kenapa kau perlu kecewa, Mawar? Siapa dia pada kau?'
Sedang asyik melayan perasaan, Mawar langsung tidak sedar lelaki itu sudah melepaskan lengan bajunya.
Sedar-sedar sahaja, dia ternampak Aiman sedang menilik beberapa baju di dalam butik ternama. Berkira-kira Mawar hendak melangkah ke sana.
Aiman mengangkat muka, memandang Mawar yang berdiri statik di hadapan kedai. Dia memanggilnya menggunakan bahasa isyarat.
Mahu tak mahu, Mawar terpaksalah mengalah. Dia mendekati lelaki itu yang masih khusyuk dengan beberapa baju.
"Apa saiz kau?" Aiman masih khusyuk menilik blouse merah jambu tersebut.
"Saiz M." Tubuh Aiman terhenti. Dia memandang Mawar seketika.
"You're... so small." Perlahan sahaja bibir Aiman berbicara. Tangannya mengepal penumbuk.
Tidak lama selepas itu, dia menghela nafas perlahan sebelum berlalu ke tempat lain.
Mawar menggaru kepala yang tidak gatal. Kecik ke? Dia ingatkan dia dah cukup gemuk.
"Jom, pergi bayar." Lima pasang baju Aiman hulurkan padanga. Mawar hanya menyambut tanpa banyak soal namun matanya terhenti pada tag harga baju tersebut.
Tak semena matanya membulat besar. Aiman yang baru sahaja hendak menuju ke kaunter segera ditahan.
"Awak, mahal gila ni. Sehelai baju RM400. Harga dia gila, awak pun gila."
"Well, it's cheap for clothes that have such good quality." Selamba dia berkata. Mawar memincingkan matanya. Wah, orang kaya jatuh dari langit ke apa ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
HELLO, AIMAN AL-QAYS
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ [FIRST STORY OF 'HELLO' SERIES] Penipuan yang berpaksikan rasa bersalah, tetap akan dibenci. Sebuah niat yang ikhlas ternyata menerbitkan rasa kesengsaraan dalam diri seseorang. Dia mangsa, dia...