"HARI ni kau discharge. Aku hantar kau balik." Lelaki itu masih cuba untuk memulakan perbualan namun langsung tiada tanda-tanda yang wanita itu mahu membuka mulut. Mata coklat gelap itu leka termenung pada jendela hospital.
Langit yang gelap menandakan bila-bila masa sahaja hujan akan turun membasahi bumi.
Kadangkala Mawar rasa langit seakan berkongsi rasa yang sama dengannya. Pada ketika dia rasa kosong, langit juga akan mendung. Pabila dia rasa gembira, langit menyambutnya dengan terang.
Cahaya matahari tidak segan menyinarinya bersama langit biru yang terbentang luas.
"Mawar." Lelaki itu menghela nafas panjang. Kedengaran agak jengkel.
Tiga hari dia menemani Mawar di wad ini namun selama itu juga dia bagaikan menemani dinding yang bernyawa.
Mungkin dia buat keputusan yang salah. Dia patutnya lebih kerap bercakap dengan dinding.
"Macam mana encik boleh tahu nama saya?" Mata mereka bertemu. Buat kali pertama dalam tiga hari ini, wanita itu akhirnya bersuara.
Dia bukan sengaja nak hiraukan lelaki yang membantunya selama tiga hari ini tetapi dia tiada 'rasa' untuk membuka mulut.
Hatinya gelisah namun dia diamkan. Mawar tahu, kalau dia bercerita sekalipun, bukannya dia dapat selesaikan pun.
"IC kau."
Badan Mawar tersentak, seakan terkena renjatan elektrik. Bunyi berdesing itu kembali lagi. Dia menutup kedua-dua belah telinga, berharap semoga bunyi itu menghilang.
Namun desingan itu diiringi dengan suara lain.
"Bunga ni vampire ke?"
"Kenapa?"
"Dari kecik sampai besar, muka bunga tak berubah sikit pun. Gorgeous."
"Hah? Macam mana abang tahu muka Mawar waktu kecik?"
"Ni, IC bunga."
"Abang! Jangan tengoklah!"
Nafas Mawar tercungap-cungap. Desingan itu kian menghilang, digantikan dengan suara cemas saripada lelaki itu.
Mawar beristighfar di dalam hati. Dah hampir empat hari suara tu tak datang. Baru nak hembuskan nafas lega.
"Hei! Kenapa ni?" Suara cemas lelaki itu kedengaran. Kedua-dua belah tangan wanita itu yang berada pada telinganya digenggam erat.
Pantas Mawar menepis tangan lelaki itu sebelum mengensotkan badan kebelakang.
"Sa-saya okey." Lelaki itu hanya memandang ke arahnya tanpa bicara. Renungan itu, terdapat maksud sendiri yang dia tidak faham.
Tak, dia memang tak nak faham!
"Kau kemaskan diri, lepas ni aku hantar kau balik." Lelaki itu terus menghilangkan diri disebalik pintu dan meninggalkan Mawar sendirian.
Dia meraup wajah dengan kasar sebelum mengucap panjang. Mencuba untuk menenangkan hati yang seakan dibantai ombak bergelora.
Tenang Mawar, lepas balik rumah, kita cari kak Kaseh, ya?
Dia mengusap dada perlahan dan cuba untuk mengukir senyuman kecil walaupun hambar.
...
SEPANJANG perjalanan pulang, suasana dalam kereta itu sepi. Mawar tetap membatu di tempatnya manakala lelaki itu fokus memandu di sebelah.
Mawar meneguk air liur sendiri. Kereta yang dia naik sekarang ni bukan calang-calang punya kereta. Mewah, dalam dan luar semuanya hitam.

ANDA SEDANG MEMBACA
HELLO, AIMAN AL-QAYS
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ [FIRST STORY OF 'HELLO' SERIES] Penipuan yang berpaksikan rasa bersalah, tetap akan dibenci. Sebuah niat yang ikhlas ternyata menerbitkan rasa kesengsaraan dalam diri seseorang. Dia mangsa, dia...