Liyanna memaut tangan ibunya untuk bersalaman sebelum beralih ke tangan ayahnya
"Liya pergi dulu ye ibu ayah"
"Ye lah, belajar elok-elok kalau ada apa-apa telefon ibu"
"Baik ibu, Assalamualaikum"
Hari ini adalah hari terakhir Liyanna bercuti dan dia sudah pun ingin berangkat balik ke Kuala Lumpur namun Datin Fakhira menyuruhnya untuk menumpang anak-anaknya siapa lagi kalau bukan si Fahim dengan Fathi itu
Sudah beberapa kali Liyanna menolak namun Datin Fakhira terus menerus memujuknya dan akhirnya Liyanna hanya bersetuju dengan cadangan itu
"Bawa kereta perlahan-lahan tau Fahim"
"Baik umi"
Datin Fakhira menjeling wajah anak terunanya yang seorang itu bukannya tidak kenal anaknya yang seorang ni suka sangat bawa kereta laju macam jalan tu dia yang punya.
Puan Aleena dan suaminya melambai kearah dua buah kereta yang baru sahaja meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.
**
"Aku nak pergi office aku kejap, nak ambil barang"
Suara Fahim memecahkan kesunyian diantara mereka bertiga
"Hm"
Fathi hanya menggumam perlahan sebelum dia sambung bermain permainan video di dalam telefon bimbit nya
"Mai?"
Liyanna yang sedang termenung diluar tingkap itu terus tersentak apabila Fahim memanggilnya
"Hah?"
Fahim mengeluh seketika sebelum dia bersuara
"Aku nak singgah office aku kejap, nak ambil barang kau ok kan?"
"O-ohh okay je"
Fahim mengangguk sebelum kembali fokus kepada pemanduannya
Liyanna memejamkan matanya kerana dari tadi lagi dia mengantuk namun tidak ada masa untuk tidur lagipun lambat lagi sampai jadi boleh lah dia melelapkan dirinya sementara waktu.
"Aku lapar lah bang"
Fathi yang baru selesai bermain dengan telefonnya itu terus bersuara sambil memandang kearah Fahim
"Dah tu kau nak suruh aku buat apa?"
Fahim menjeling sekilas wajah adiknya dengan bosan tadi sibuk main game sekarang mulalah lapar ada juga dia lempar keluar dari kereta
Fathi mendengus geram dengan abangnya
"Soalan tu kalau boleh bijak lagi ye bang oi, singgah kedai makan lah takkan nak singgah kedai cuci kereta pula!"
"Boleh je kalau nak singgah kedai cuci kereta pun sebab boleh lah aku basuh hati kau yang busuk tu"
Jawab Fahim dengan tenang
"Woi sial punya abang!"
"Kau perlahankan sikit suara kau tu boleh tak dia tengah tidur tu kan"
Ucap Fahim dengan nada yang tertahan.
"Eleh, bukannya dia terjaga pun kan"
"Banyak lah kau ada juga aku sepak kejap lagi"
Fathi hanya menjulingkan matanya keatas sebelum dia sambung membelek telefonnya
**
Liyanna yang merasakan ada satu suara yang sedang memanggilnya terus membuka matanya dengan perlahan
"Mai,bangun"
Liyanna menggosok-gosok matanya sedikit sebelum melihat wajah Fahim yang berada di hadapannya tidak terlampau dekat namun cukup membuatkan jantungnya berdebar kerana aroma perfume jejaka itu kuat menusuk ke rongga hidungnya
"Dah sampai ke?"
"Belum kita singgah makan kejap budak bebal tu lapar"
Jawab Fahim mendatar sempat lagi dia mengutuk adiknya yang seorang itu
"Jantan bebal?"
"Hm, dah jom lambat aku tinggal"
Liyanna dengan kalut melangkah keluar dari perut kereta itu apabila dia melihat Fahim berura-ura mahu pergi
"Ehh tunggu lah saya!"
"Kau nak makan apa Mai?"
"Erm saya nak minum air je lah"
"Tak lapar?"
"Tak"
Fahim mengangguk sebelum dia memanggil perlayan untuk mengambil pesanan mereka
Setelah selesai membuat pesanan mereka hanya fokus dengan kerja mereka sendiri Fathi macam biasa lah main phone je 24 jam kerjanya Fahim pula pergi tandas manakala Liyanna hanya diam sambil memandang pemandangan yang indah di langit
"Liya?"
Liyanna tersentak apabila dirinya ditegur oleh satu suara. Dia terus memandang kearah suara yang memanggilnya. Air liurnya ditelan kesat apabila melihat sepupunya yang menegurnya bersama bekas teman lelakinya yang berada di hadapannya
"Del"
"Kau buat apa dekat sini Liya?"
"Oh, Aku singgah makan kejap"
"Seorang ke?"
"Tak lah dengan kawan"
Delila dan Mikael terus memandang kearah Fathi yang sedang memandang mereka dengan wajah yang mendatar
Tiba-tiba kerusi di sebelah Fathi ditarik oleh seseorang
"What are you doing here?"
Fahim menyoal kepada pasangan yang berada di hadapan Liyanna itu
"Singgah makan"
Jawab Delila singkat kerana dia takut ingin melihat wajah Fahim yang serupa dengan harimau yang mencari mangsa
"Oh, Tak apalah kami pergi dulu"
"Just go"
Liyanna hanya memandang kelibat pasangan yang sudah jauh dari pandangannya dengan wajah yang mendung. Fahim yang perasan akan itu terus memanggil Liyanna
"Mai, Kau ok?"
"Ok je"
Hai guys!
Sorry sebab lama hiatus🫰🏻
And now saya dah comeback🔥
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)