ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 9

4.9K 160 6
                                        

Hari ini dimana hari sepupunya akan bersanding di dewan yang sudah disewa oleh keluarga bekas teman lelakinya. Liyanna hanya mengenakan baju kurung berwarna nude yang bercorak bunga berserta bawal yang berwarna putih
"Jom ibu, Liya dah siap"
"Kalau Liya tak sanggup nak tengok Liya duduk je lah dekat rumah tak payah pergi majlis diorang"

"Alah takpelah ibu bila lagi Liya nak tengok sepupu Liya bersanding"
Puan Aleena mengeluh berat. Degil!
"Yelah"

Tiada sesiapa pun yang mengetahui bahawa suami sepupunya itu adalah bekas teman lelakinya kecuali keluarganya dan Fahim.
Dia juga bingung bagaimana Fahim boleh mengetahui hal tersebut.Nanti-nantilah dia tanya semua itu.

Wajah Liyanna sedikit pucat hari ini jadi dia hanya mencalit sedikit lipgloss dibibir munggilnya bagi menutup bibirnya yang sedikit pucat. Dia juga tidak gemar memakai make up diwajahnya.
"Kakak naik dengan Fahim dan Fathi boleh? Sebab kereta Dato' Fakhri ni banyak barang nak bawa"

Langkah Liyanna terhenti seketika sebelum dia memandang kearah Fahim yang sedang turut memandang kearahnya dengan kening yang terangkat seolah-olah menanyakan soalan yang sama seperti ibunya. Fathi mungkin sudah berada di dalam perut kereta kerana dari tadi dia tidak menemui kelibat Fathi.
"Hm yelah"

Tanpa menunggu lama Liyanna terus melangkah masuk ke dalam perut kereta Audi R8 milik Fahim. Fahim mengeluh apabila melihat wajah murung milik Liyanna
"Hai Liya!"

Setelah masuk kedalam perut kereta Fathi terus menyapa Liyanna dengan senyuman manis
"Hai"
Liyanna menggagahkan jua bibirnya supaya tersenyum nipis kepada Fathi

"Are you okay?"
Liyanna yang sedang termenung kearah jendelah itu terus tersentak apabila Fahim menyoalnya. Dia melihat Fahim yang sedang memandangnya melalui cermin pandang belakang itu
"Ok"

"Berapa lama dah kau dengan dia Mai?"
Liyanna mengeluh seketika sebelum dia kembali memandang pemandangan di luar tingkap itu
"2 tahun lebih, macam mana awak kenal dia?"

"Dia junior aku"
Liyanna menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Ya tak ya juga sebab Fahim kan belajar dekat London manakala bekas teman lelakinya juga turut belajar di London
"Kau belajar lagi ke sekarang?"
"Hm, Sem terakhir"
Sesudahnya semua kembali berdiam diri sehinggalah tiba di dewan itu. Fathi hanya mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana dari awal lagi Fahim menyuruhnya untuk diam dan jangan bercakap.

Entah kenapa Liyanna berasa sedikit gementar untuk melihat sepupunya dan bekas teman lelakinya berada di atas pelamin. Namun dia gagahi jua langkahnya untuk memasuki kedalam dewan itu. Dia dapat melihat pelamin yang cantik berada di atas pentas itu.
"Hm impian aku dah hancur untuk duduk bersama dia dekat atas pelamin tu"

Liyanna menggumam keseorangan, mana taknya kerana tema pelamin yang berada diatas pentas itu adalah tema yang sama ketika dia memberi idea kepada bekas teman lelakinya dulu
"Patutlah tiba-tiba suruh aku cadangkan tema pelamin untuk dia dulu, kononnya untuk sepupu aku"

Liyanna menggelengkan kepalanya sebelum dia melangkah ke tempat duduk yang paling belakang. Dia tidak ingin melihat pasangan itu dengan jarak yang dekat kerana dia tahu air matanya bakal menitis.
Liyanna hanya membelek telefon miliknya sebelum dia mengangkat kepala untuk melihat figura yang berada di hadapannya.

Dia hanya memberi senyuman hambar kepada Fahim dan Fathi
"Kenapa datang sini?"
"Teman kau"
Ringkas Fahim menjawab, manakala Fathi hanya mengangguk sebagai jawapan

"Eh takpelah, pergi lah duduk dengan Family awak"
"I don't care"
Tanpa menghiraukan Liyanna, Fahim dan Fathi terus melabuhkan punggungnya disitu

Kalau bukan disebabkan abangnya nak belanja dia PS5 lambat lagi dia nak ikut cakap abangnya.
"Kenapa awak duduk dekat belakang Liya?"
Fathi menyoal Liyanna membuatkan Liyanna terdiam seketika

"Saja, sebab dekat depan ramai sangat saya tak boleh duduk dekat tempat sesak"
"Oo"
Fahim hanya diam memandang wajah Liyanna yang pucat itu. Teruskan menipu lah Mai, dia tahu gadis itu mengambil keputusan untuk duduk di belakang kerana tidak sanggup melihat bekas teman lelakinya dengan jarak yang dekat

Tiba-tiba kedengaran emcee mengumukan ketibaan pengantin yang bakal diraikan dan disitulah hati Liyanna bagai direntap dengan kasar. Fahim hanya diam memandang wajah Liyanna yang pandai menyembunyikan perasaan itu

Mereka semua berdiri dan memberikan tepukan kepada pengantin yang sedang berjalan menuju ke arah pelamin
'YaAllah kau berikanlah aku kekuatan untuk menerima semua ini'

Liyanna hanya menghadiahkan senyuman hambar kepada Delila yang turut memandang kearahnya dia juga dapat melihat reaksi Delila yang sedikit terkejut.

**

"Awak tak nak makan ke Liya?"
"Tak ada selera"
Fathi mengeluh sebelum dia hanya mengangguk sebagai jawapan

"Nah makan"
Tiba-tiba Fahim datang membawa beberapa keping soft cookies kepada Liyanna
"Taknak lah"

"Makan Mai, Kau tu gastrik"
"Saya cakap taknak, taknak lah!"
Liyanna tidak tersedar yang dia sedikit meninggikan suaranya sampai mengalih perhatian beberapa orang kearahnya. Ada juga yang berbisik-bisik tentang dirinya

Fahim dan Fathi sedikit terkedu apabila mendengar amarah Liyanna
"Sorry"
Tanpa menunggu Liyanna terus melangkah keluar dari dewan itu untuk menenangkan dirinya

Dia melabuhkan punggung keatas kerusi yang sedia ada di hadapan dewan itu.
Dia menekup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tangannya supaya suara tangisannya tidak didengari oleh orang lain
"YaAllah sakit yaAllah"

"Mai"
Liyanna mengangkat wajahnya apabila mendengar satu suara memanggilnya. Dia melihat Fahim yang sedang memandang kearahnya dengan wajah yang mendatar

Liyanna mengelap sisa air matanya menggunakan tangannya
"Sorry, sebab marah awak tadi"

"Tak apa aku faham. Tapi Mai kau kena kawal amarah kau. Kau tak boleh lepaskan amarah kau sesuka hati kau. Ya aku tahu kau marah dan sakit hati tapi cuba untuk kawal perasaan kau tu before perasaan kau yang kawal kau"
Liyanna mengangguk perlahan sebagai jawapan

"Saya cuba"
"Aku harap lepasni kau takkan nangis disebabkan dia lagi"
Liyanna memandang Fahim dengan pandangan yang penuh tertanya. Fahim juga turut memandang kearah mata gadis itu seolah-olah ingin mengatakan perasaannya
"Sebab bila aku tengok air mata kau jatuh, Aku akan sakit sebab aku tak boleh tengok air mata kau jatuh hanya disebabkan seorang lelaki yang tak halal bagi kau"













VOTES AND COMMENTS✨
GRRR KALAU TYPO MAAF🥱

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang