ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 8

4.9K 182 2
                                        

Liyanna termenung seorang diri di bawah khemah yang disediakan untuk menjamu selera.
Apabila mengingati balik perkara tadi ia mampu membuat air matanya bergenang
"Liya"

Puan Aleena tahu apa yang dirasakan anaknya sekarang bukannya dia tak kenal jejaka yang sudah sah menjadi suami anak saudaranya itu.
Puan Aleena mengeluh apabila melihat anaknya masih lagi termenung tanpa menyedari kehadirannya disitu
"Kakak"

Liyanna tersentak apabila Puan Aleena menyentuh bahunya dengan lembut
"Ye ibu, maaf kakak ralit termenung sampai tak perasan ibu dekat belakang"
"Kakak ok?"

Mendengarkan soalan ibunya air matanya terus jatuh di pipi
"I-ibu, kenapa dia buat Liya macam ni?"
"Sabar ya kakak. Takdir dah tertulis yang dia bukan jodoh kakak jadi ibu minta kakak redha dengan apa yang berlaku InsyaAllah dia akan mengganti dengan perkara yang lebih baik"

"K-kenapa dengan Del juga ibu, kakak tak boleh nak benci dia kakak dah anggap dia macam adik beradik kakak sendiri"
Entah mengapa sebak hati Puan Aleena mendengarkan anaknya berkata

"Jadi kakak tak perlu benci dia. Teruskan hidup macam tiada apa yang berlaku. Mungkin kedepan kakak akan dapat jodoh yang lebih baik dan mampu bimbing kakak"
Liyanna mengangguk sebagai jawapan.

"Kakak makan ye tak boleh biarkan perut kosong kakak kan ada gastrik"
"Taknak lah ibu, Liya nak balik"
Puan Aleena mengeluh. Anak dia yang seorang ni memang degil dan keras kepala susah sangat nak ikut cakap orang

"Haih yelah balik elok-elok. Nanti ibu bungkus nasi bawa balik"
"Hm"
Liyanna bersalaman dengan ibunya sebelum dia melangkah meninggalkan kenduri itu

**

"Awak ada nampak Liya tak?"
Delila mengajukan soalan kepada Aiman Mikael yang baru sahaja menjadi suaminya yang sah

"Tak ada lah pula, kenapa?"
"Saya rasa serba salah pula dengan Liya, mesti dia kecewa dengan saya"
Aiman Mikael mampu tersenyum sahaja apabila mendengar ujaran isterinya

Memang dia dan Liyanna sudah bercinta 2 tahun lebih namun sewaktu Liyanna membawa dia berjumpa dengan keluarganya hari itu secara tidak sengaja dia terjumpa dengan sepupu Liyanna dan disitulah dia mulai bingung mahu memilih Liyanna atau sepupunya. Setelah sekian lama dia tidak berjumpa dengan Liyanna dia berasa bosan dan tidak lagi mencintai gadis itu.

Memang dia belajar di London namun dia sudah balik ke Malaysia beberapa bulan lepas lagi akan tetapi jika Liyanna menyoalnya dia akan memberitahu bahawa dia masih lagi berada di London tapi hakikatnya semua itu bohong dia mengambil kesempatan itu untuk berjumpa dan mengenali dengan Delila lebih dalam

Dan dalam masa berbulan itu dia masih lagi memberi alasan yang sama terhadap Liyanna. Waktu itulah dia pergi melamar Delila dan membuat keputusan untuk menjadikan Delila sebagai suri hatinya.

**

Liyanna berjalan menuju ke pantai yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Dia mengambil keputusan untuk menenangkan fikirannya. Hatinya masih lagi terasa sakit namun ia Cuba membuang segala perasaan itu.Dia melabuhkan punggung di pinggir pantai itu.

"Kau kena terima Liya yang dia bukan jodoh kau. Dia sudah menjadi milik sepupu kau untuk selama-lamanya jadi jangan harap lah dia akan berpaling lagi dekat sampah yang dia dah buang ni"
Liyanna bercakap keseorangan untuk menyedapkan hatinya. Semua impian dia untuk menjadi isteri kepada Aiman Mikael hanyalah angan-angan semata-mata

"Siapa cakap kau sampah?"
Liyanna tersentak apabila mendengar satu suara garau yang muncul di belakangnya
"F-Fahim?"

Fahim melabuhkan punggung di tepi Liyanna tanpa menghiraukan pandangan tertanya dari Liyanna itu
"Kau tak layak dipanggil sampah Mai"
Wajah Liyanna terus mengendur semula

"Tapi memang betullah saya ni sampah. Dia buang saya macam tu je, At least cubalah bagi tahu yang dia dah ada perempuan lain"
Kalau bekas teman lelakinya itu memberitahu kepadanya bahawa dia sudah mempunyai perempuan lain boleh lah dia cuba mengundur diri sejak dulu lagi, ni tak tiba-tiba call nak minta putus tanpa sebab

"Mai, hidup ni memang begini jadi kau ambil lah pengajaran dari apa yang kau lalui itu. Kau kena terima yang dia bukan jodoh kau mungkin Allah dah rancang akan beri yang lebih terbaik kepada kau. Selalu meminta dengan dia InsyaAllah satu-persatu doa yang kau angkat akan dikabulkan, but if he doesn't accept your prayer, maybe the prayer you raised is not the best for you. God knows what is best and what is bad for his servant"

Liyanna berpaling memandang kearah Fahim hatinya sebak mendengarkan jejaka itu berkata
"Kau tak layak Mai"
Fahim berhenti bersuara seketika sebelum dia memandang tepat kearah sepasang mata gadis itu. Mereka berpandangan sesama sendiri seketika sebelum Fahim kembali bersuara
"Kau tak layak mengeluarkan air mata untuk seseorang yang belum halal bagi kau"




































DO VOTES AND COMMENT✨
RED FLAG RED FLAG🥱

𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang