LUKA di telapak tangan dan lengannya dipandang kosong. Matanya bengkak akibat menangis terlalu lama. Sejak sedar tadi, dia masih di tempat yang sama...
...dengan luka yang sama. Sehisteria mana pun dia menjerit, menangis, tiada siapa yang ada di sini. Hanya dia seorang.
Pintu utama dan pintu belakang telah dikunci dari luar oleh kak Kaseh. Dia cuba menghubungi kak Kaseh menggunakan telefon rumah namun tidak berangkat.
Apabila teringat semula kejadian semalam, dada terasa sesak dengan pelbagai emosi yang bercampur-baur.
Dia jadi takut dengan kak Kaseh. Memang sejak dia sedar dari koma tahun lepas, hidupnya baik sahaja. Dijaga dan dirawat oleh kak Kaseh dengan penuh kasih sayang walaupun mereka hidup susah. Kak Kaseh tetap melayaninya dengan baik.
Tetapi semua itu hanya berkekalan selama tiga bulan. Sikap kak Kaseh mula berubah apabila dia menceritakan mengenai mimpi dan suara-suara yang dia dengar kepadanya.
Sejak itu kak Kaseh menjadi pasif. Dia menjadi seseorang yang suka mengongkong. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak mempersoalkan semuanya tetapi kadang kala ada juga dia terlepas.
Tetapi dia tidak terlepas daripada menerima hukuman daripada kak Kaseh. Setiap kali dia bertanya, pipinya menjadi habuan tamparan kuat kak Kaseh. Ada masa bibirnya pecah dan bengkak tetapi dia tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Biarlah masa yang sembuhkan segala luka tersebut.
Emosi kak Kaseh tidak mudah untuk dikawal. Ada masa dia penuh dengan kasih sayang, adakala dia menjadi seorang yang baran dan tidak lepas menjadi seperti... orang gila.
Mawar menggeleng laju. Stop Mawar. She is still your biological sister.
Mawar bangun dan mula mencari ubat di sekeliling rumah namun dia tidak jumpa. Tiba-tiba dia menepuk dahi sendiri. Dia lupa, ubat gamat dah habis bulan lepas!
Mata diliarkan di setiap sudut rumah. Fikir Mawar, fikir. Kalau tak ada ubat, makin teruk luka ni nanti. Kaca yang masih terbenam pada telapak tangan dipandang sekilas. I think I need to go to the pharmacy.
Tingkap dibuka dari dalam. Mawar melepaskan nafas lega. Fuh, nasib baik tak berkunci. Dia memandang ke bawah, okey tak adalah tinggi sangat.
Dia memandang pula ke arah langit. Hari sudah mendung. Petanda nak hujan lebat sekejap lagi.
Mawar mengambil selimut dan membawanya ke jendela. Tingkap dibuka sebelum hujung selimut diikat padanya. Dia menyentak beberapa kali selimut itu untuk pastikan ikatannya sudah ketat.
Duit RM10 yang berada di dalam laci diambil. Itu sahaja yang dia ada. Semoga cukup untuk beli ubat.
Mawar memegang erat pada selimut tersebut sebelum mula melompat turun. Dia sedar, setiap kali dia menggenggam erat selimut itu untuk turun, kaca yang pada tapak tangannya tertembus makin dalam.
Pada lompatan terakhir, barulah dia perlahan-lahan mendaratkan kedua-dua belah kaki di atas rumput. Lagi sekali dia memandang tingkap biliknya.
"Mawar minta maaf, akak. Mawar keluar sekejap, ya?"
Disebabkan jalan belakang ini jarang orang lalu, dia terus melintas tanpa memandang kiri dan kanan terlebih dahulu.
PINN!
Serentak dengan bunyi hon yang panjang, Mawar menoleh memandang ke arah kanan. Sebuah betul-betul sudah hampir dengannya. Nak lari, tetapi kakinya terasa bagaikan digam pada jalan tar ini.
Sekarang dia hanya mampu berdiri statik dan memandang ke arah kereta itu dengan pasrah.
SRETT!
Sedaya upaya kereta itu menekan brek tang menyebabkan kereta itu hanya berjarak lebih kurang 10 cm sahaja lagi daripada Mawar sebelum ia berhenti.

ANDA SEDANG MEMBACA
HELLO, AIMAN AL-QAYS
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ [FIRST STORY OF 'HELLO' SERIES] Penipuan yang berpaksikan rasa bersalah, tetap akan dibenci. Sebuah niat yang ikhlas ternyata menerbitkan rasa kesengsaraan dalam diri seseorang. Dia mangsa, dia...