INILAH padahnya kalau tidur lambat. Kan dah kelam-kabut. Solat subuh pun mereka tunaikan pada pukul 7 pagi. Sudah menjadi subuh gajah namanya. Semua ini gara-gara dia menonton filem Mechamato dengan Seroja sehingga pukul 2 pagi kerana isterinya tidak boleh tidur. Sebagai suami yang misali, dia pun turuti sahaja permintaan isterinya itu walaupun sudah mengantuk. Nasib baiklah masih berbaki lagi satu jam sebelum jurusolek Seroja tiba di hotel.
"Fifi, mari sini."
Afif yang baru sahaja mahu melabuhkan punggung di atas kerusi hadapan meja solek, membatalkan hasratnya lalu mendekati Seroja.
"Kenapa? Kau nak suruh aku ambilkan apa-apa ke?" soal Afif. Isterinya itu sudah siap memakai baju kurung yang tidak bercorak berserta tudung sarung kerana dia akan bersiap di hotel sebentar nanti. Afif pula, baru sahaja selesai mandi. Air rambut pun masih menitik-nitik di atas bahunya.
Seroja menepuk katil. Menyuruh Afif untuk duduk di depannya.
"Fifi tengok depan. Saya nak lap rambut Fifi," tutur Seroja. Tuala di atas bahu Afif diambil. Baru sahaja dia ingin melutut untuk mengelap rambut Afif, kakinya berasa pedih.
"Jap, biar aku bersila dekat bawah. Bunga jangan bergerak banyak sangat. Terbuka balik jahitan tu nanti," tegur Afif. Risau lihat bininya itu. Lasak sangat.
Seroja mengelap perlahan kepala Afif untuk mengeringkan rambutnya. Selesai Seroja mengelap rambut Afif. Dia memberikan semula tuala biru itu kepada suaminya.
"Nah."
"Terima kasih, Bunga Afif." Afif tersenyum lebar. Dia suka Seroja memperlakukan dirinya seperti itu. Sudah lama dia tidak diperlakukan sebegini. Kali terakhir rambutnya dilap oleh Hajah Aminah ialah pada umur enam tahun sebelum Ahmad Arif lahir.
Cup!
Satu ciuman hinggap di dahi Seroja buat beberapa saat. Lalu, kepalanya digosok Afif perlahan. Dicubit juga pipi gebu Seroja dengan geram.
"Aaa, sakitlah Fifi." Seroja memegang pipinya lalu dikembungkan. Menahan amarah. Mesti pipinya merah menyala ketika ini.
"Alolo, janganlah merajuk. Sekejap aku letak ubat tahan sakit," ujar Afif sebelum pipi merah Seroja itu pula menjadi tempat singgahan bibirnya.
"Eee, Afif Ahnaf!" Seroja menjerit.
"Hahaha! Dah tak sakit kan?" Kening kirinya diangkat tinggi berkali-kali.
Tok! Tok! Tok!
"Selamat pagi, pengantin baru yang sudah kurang baru. Tolong cepat ya. Nanti terlambat sampai. Aku tunggu dekat kereta. Jangan nak berasmara sangat dekat dalam bilik," sampuk Naufal. Geli bulu-bulu kakinya ketika terdengar perbualan Afif dan Seroja tadi.
"Ya! Kau turunlah dulu. Nanti kami turunlah. Menyibuk je," balas Afif.
"Fifi lah ni. Kan dah kena tegur dengan Naufal. Sudah pergi sidai tuala. Lepastu, Fifi tolong ambilkan beg hitam dekat atas meja solek tu."
Arahan Seroja diterima. Beg hitam kecil yang dipenuhi dengan pelbagai alatan dan produk kecantikkan itu bertukar tangan.
"Fifi bersila balik macam tadi. Saya nak touch up muka sikit." Seroja mengeluarkan pelembap muka dan bibir, tone up sunscreen Innisfree, 2 in 1 lash and brow serum dan sikat rambut untuk mengemaskan rambut Afif.
"Hah? Bunga nak buat apa? Mekap? Tak nak! Tak suka. Nanti habis muka jantan aku ni bertukar jadi betina," ulas Afif. A big no! Dia tak suka. Walaupun hari ini merupakan hari terpenting dalam hidupnya, dia tak akan memakai mekap untuk menaikkan seri wajahnya seperti pengantin perempuan.

ANDA SEDANG MEMBACA
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
Action"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki i...