"MAWAR!" Mata Mawar terbuka luas. Pantas dia bangkit dari pembaringan. Satu badan terasa basah dengan peluh manakala dada pula berombak laju. Nafasnya sukar diatur, terasa dadanya begitu sempit tika ini.
Tiba-tiba bahunya disentuh lembut dari tepi. Cepat Mawar menepis dan menjauhkan diri. Kedua-dua belah telinga ditutup dengan telapak tangan. Air mata kembali mengalir.
Dia takut. Kenapa mimpi tersebut acap kali kembali? Apa yang susah sangat untuk dia ingat?
"Mawar... ini kak Kaseh?" Air mata diseka lembut. Perlahan-lahan Mawar mengangkat kepala. Matanya bertembung dengan sepasang mata milik kak Kaseh.
"Akak..." Tubir mata merembeskan air mata dengan lebih banyak. Kak Kaseh cuma tersenyum tipis sebelum menarik Mawar ke dalam pelukan. Cuba menenangkan sang adik. Dia tahu, mimpi itu kembali berulang.
"Akak... Mawar takut... kenapa mimpi tu asyik ganggu tidur Mawar? M-Mawar takut nak tidur. Bukan Mawar tak cuba, tapi tak boleh... susah kak, susah..." Kak Kaseh kembali menggosok belakang badan Mawar. Lembut. Sekali sekala tangannya naik mengusap rambut adiknya.
"Tak apa, Mawar. Akak ada dengan Mawar." Telinga berdesing hebat. Mata Mawar dipejam erat.
"It's okay Mawar. Abang ada dengan Mawar."
Semakin kuat tangisan yang mengisi setiap penjuru bilik sederhana besar tersebut.
"Mawar benci diri sendiri, kak..." Kak Kaseh meleraikan pelukan antara mereka. Wajah Mawar ditilik lama. Wajah cantik itu kelihatan penat. Mata pula sudah seperti panda. Menandakan pemilik tubuh itu tidak cukup tidur.
"Mawar, tak salah untuk menangis tapi salah untuk bencikan diri sendiri. Dengar, Mawar ikut cakap akak. Kalau suara tu datang lagi, hiraukan. Mawar tak perlukan memori masa lalu. Itu cuma mainan perasaan. Mawar jangan seksa diri sendiri." Mawar menggeleng. Dia menolak badan kak Kaseh untuk menjauhinya.
Tak, kak Kaseh tak faham bertapa penatnya dia cuba hiraukan setiap suara yang hadir. Bertapa lelahnya dia apabila desingan yang membingitkan telinga itu kembali. Bertapa letihnya dia apabila hatinya sakit dengan kekosongan yang berpanjangan tanpa dia tahu apa ubat apa yang perlu dia telan lagi agar kekosongan itu diisi.
"Mawar penat kak. I am too tired for all of this. Setahun, kak. Setahun! Tidur Mawar tak pernah lena dengan semua memori yang esoknya Mawar akan lupa. Memori yang buat Mawar menangis setiap kali bangun dari tidur tanpa tahu sebab sebenar. Dada ni..." Mawar menepuk kuat dadanya beberapa kali.
Air matanya jatuh lagi.
"...rasa kosong sangat, kak. Apa lagi ubat yang perlu Mawar makan supaya kekosongan dekat hati ni terubat, kak? Mawar hampir gila, kak. Gila!" Mawar mula bertindak agresif dengan menarik rambut sendiri. Setiap bantal yang berada di atas katil dibaling seperti orang gila.
Ya, dia gila. Gila kerana suara yang mengganggu emosinya sejak setahun yang lepas.
"Mawar, tenang. Makan ubat ni and everything gonna be alright." Kak Kaseh menyuakan ubat biji tersebut dengan tenang. Langsung tidak cemak dengan tindakan ganas Mawar.
Melihat Mawar seakan tidak mendengar dan tetap dengan perilakunya, kak Kaseh terus mencengkam rahang Mawar sebelum ubat tersebut disumbat ke dalam mulut disertai dengan air secara paksa.
Mawar memberontak dengan ganas namun perlahan-lahan tubuhnya mula longlai. Pandangan mula berbalam. Namun, belum sempat dia tidar sedarkan diri, suara itu kembali.
"Abang sentiasa ada untuk bunga abang."
Penipu.
...

ANDA SEDANG MEMBACA
HELLO, AIMAN AL-QAYS
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ [FIRST STORY OF 'HELLO' SERIES] Penipuan yang berpaksikan rasa bersalah, tetap akan dibenci. Sebuah niat yang ikhlas ternyata menerbitkan rasa kesengsaraan dalam diri seseorang. Dia mangsa, dia...