Bunyi getaran dari poket seluar. Dia menyelukkan tangan. Telefon miliknya diambil. Nama yang tertera pada kaca telefon membuatkan dia tersenyum
"Eagle," ujarnya.
Matanya tajam memandang jalan raya yang kian lengang.
"Don't worry, man. I'll be back soon," lelaki itu membalas. Bibir merahnya tersenyum sinis
"Kau perhatikan dia untuk aku. Bertindak bila perlu saja," lelaki itu menjawab lagi
"Pastikan jangan ada sikitpun calar dekat badan bini aku. Kalau tak, aku akan guna cara aku untuk lenyapkan dia,"
"See you soon, brother-in-law" dia tersenyum nipis. Handbreak ditarik.
Bangunan dihadapannya dipandang tajam. Earpiece ditekan sekali. Cuba menjejaki rakan-rakannya
"Mana?" Matanya meliar ke segenap penjuru
"Hmm, aku datang sekarang," ujar dia lalu keluar dari perut kereta. Langkah dibuka menuju ke dalam bangunan itu.
Starst Club.
Bunyi bising di dalam kelab malam sedikit menganggunya. Dia berdecit perlahan. Jika bukan kerana orang tua gila tu, dia tak akan jejak ke sini.
Meja yang diduduki oleh rakannya dituju.
"Tres," dua rakannya menegur. Tres, itulah namanya
Mata helangnya galak memerhati sekeliling. Air coke dihadapannya diteguk rakus.
"Tres, long time no see," jejaka itu memandang tajam lelaki dihadapannya.
"Water?" soal lelaki itu. Tres tersenyum sinis.
"No" balasnya pendek.
Bukan dia tidak tahu, 'water' yang dimaksudkan adalah wine yang telah dicampuri dengan dadah
"Come on, just a sip," lelaki itu memujuk
"No" putus Tres tegas. Lelaki itu mengeluh
"So, what's bring you here, man" lelaki itu menyoal. Dia mula bersikap professional.
"You know what I want, Nick" balas Tres. Bibirnya terukir senyuman sinis. Badannya disandarkan pada sofa.
"Come one, Tres.. You're my customer, same goes with him. You know, I don't sell my customer's information," Nicholas menyilangkan kakinya sebelum turut bersandar pada sofa berhadapan Tres.
"I won't ask twice," Tres menyelak sedikit t-shirtnya, menampakkan sesuatu.
Wajah Nicholas berubah.
"Tres... please have some respect! You're at my place.. nothing you can do," ucap Nicholas bersahaja. Tres tersenyum nipis sebelum berpaling ke kanannya.
Nicholas turut berpaling. Liurnya ditelan kasar.
Dia juga turut berpaling ke kiri.
Dia dikepung!
Anak buahnya tiada melainkan orang-orang Tres.
"Just one word from me, and this place will turn into pieces," Nicholas meneguk airnya. Habis!
Timbul rasa menyesal kerana menegur jejaka-jejaka itu
Nicholas membalas pandangan tajam milik Tres. Lelaki dihadapannya terlalu berpengaruh. Jika jatuh perniagaannya kali ini, dia mungkin akan bankrup seumur hidup.
"VVIP, room number 1," Tres tersenyum sinis. Dia mula berdiri. T-shirtnya dibetulkan.
"Thank you for your cooperation," balasnya pendek.
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...