HRH 1

41 5 0
                                    

Trerrrrr...

Iphone 13 pro max itu dicapainya laju. Terus matanya bersinar terang melihat nama si pemanggil. ikon hijau digeserkan ke tepi. Dia berdeham perlahan.

"Nak jumpa saya? Boleh. Okay nanti saya pergi dekat sana" Almas tersenyum herot. Terus bersemangat nak buat assignment Sir Rudy! Kalau macam ni selalu dapat call memang bersemangat lah tak kira waktu bila sekali pun!

Lengannya disiku kuat. Almas menjeling Haura yang berada di sebelah. Iphone 13 pro max itu diletakkan semula kedalam totebag.

"Boyfriend call ke tu?" Ujar Haura datar. Dia tersengih-sengih memandang ke arah Almas. Tangan menongkat dagu sendiri.

"Mana ada."

"Buat-buat tak mengaku pula. Ini last sem dia kan? Lepasni tak jumpa dah lah dia. Lama juga eh kau dengan Tengku Falih tu? Dah masuk 3 tahun kau dengan dia. Dia last sem, kau pula tinggal lagi 2 sem." Kata Haura datar. Dia memusingkan pennya berkali-kali.

"Ya, tapi dia janji last sem aku nanti dia nak hantar rombongan meminang." tiba-tib teringatkan kata-kata Qaisar. sewaktu mereka keluar bersama-sama minggu lepas.

Haura membuat muka menyampah.

"Nanti kalau jadi aku hantar kad jemputan eik?" Almas tergelak halus. Suka melihat wajah toya Haura. Sedangkan Haura dan Gibran lebih lama bercinta.

Oh ,Gibran itu sepupu kepada Qaisar. Mereka sudah bercinta sejak sekolah menengah lagi. Qaisar bukan sekolah sekali dengan aku.

"Kau bila nak kahwin dengan Gibran. Lama sangat dah bercinta ni? Ke nak tunggu orang tu kena rampas baru nak gelabah?" Almas menyoal datar. Macam lah dia tak tahu Gibran tu sejenis suka melayan perempuan walaupun Haura sudah berada didepan mata. Dasar buaya kelas atasan!

"Dia?" Haura hambur gelak. Dia tumbuk meja kuat.

"Dia?.." dia soal sekali lagi. Almas hanya angguk perlahan. Tersalah kata ke? Tapi macam betul aja apa yang dia katakan.

"Tunggu aku nak dekat underground rasanya baru dia nak kahwin dengan aku. Entah-entah nanti kahwin pun dekat hospital.." Haura geleng kepalanya. Pen applenya diletakkan atas meja. Wajah Haura sudah memerah menahan marah.

Almas cepat-cepat kemas barang lalu masukkan ke dalam totebag. Haura sudah memandang ke arahnya pelik. Mungkin sebab tiba-tiba kemas barang?

"Kau nak pergi mana?"

Almas hanya senyum lalu melambai tangan. Nasib kau lah hadap lah assignment tu sampai nak termuntah. Boyfriend aku dah tunggu!.

"Nak jumpa kekasih hati lah!"

"Meluat aku tengok lovebird ni."








Hembusan hangat dapat dirasakan. Tubuh terus berdiri tegak apabila. Pandangan menjadi gelap. Saat ini, Aku tahu bahawa mata aku telah ditutup oleh seseorang . Almas menyentuh tangan itu. Perlahan-lahan mengukir senyuman. Dari bau perfume ini saja dia sudah tahu siapa.

"Qaisar awak ke tu? Jangan lah main-main macam ni tak lawak lah" sengaja dia buat seperti ini sedang dalam ketakutan. Tapi sebenarnya aku sudah sedar bahawa dia.

Dia tiup rambut aku.

"Qaisar, it's not funny at all"

Aku dengar dia ketawa halus. Dia menurunkan tangannya dari mata ku. Lalu tubuh aku dipusingkan menghadapi dia.

HER ROYAL HIGHNESS'S ( OG)Where stories live. Discover now