BAB 31

1.4K 65 11
                                    

TIGA bulan telah berlalu. Banyak perubahan yang berlaku sepanjang tempoh itu. Mayat Arsyad sudah ditemui di bilik bawah tanah rumah banglonya sendiri berserta dengan lima bahagian otak kecil yang tersusun kemas di dalam bekas kaca pada almari. Namun, rakan subahat Linda atau lebih dikenali sebagai The Cerebellum Stealer, masih lagi berlegar-legar di luar.

Selepas sahaja Seroja menghantar dia pulang ke Pahang pada tiga bulan yang lepas, dia terus menghilang. Tanpa jejak.

Ya, Anees Rania binti Arsyad.

Ternyata selama ini pembunuh yang mereka kehendaki hanya di depan mata. Gadis itu membunuh rakan-rakannya sendiri hanya kerana tidak berpuas hati. Dan... Seroja juga turut terlibat hanya disebabkan dendamnya terhadap bapa gadis itu.

Semua bukti kukuh sudah mereka jumpa. Hanya masa yang akan menentukan semua. Cepat atau lambat, Anees pasti akan tertangkap. Mungkin betul kata Linda, mereka terlalu lembap dan buta.

Keluhan dilepaskan.

Dia risau. Lagi dua hari sahaja lagi, dia akan bertukar menjadi suami kepada pujaan hati, jantung dan hempedunya itu. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

"Hai, bakal pengantin. Termenung tengok apa kat tingkap tu. Aku masuk bilik ni pun kau tak sedar," usik Syabil.

Afif menjeling. Lupa pula bahawa dia sudah tidak lagi bekerja di Kuantan. Baru dua bulan yang lalu Afif ditukarkan ke ibu pejabat Bukit Aman ke dalam Pasukan Gerakan Khas. Dia diletakkan dalam satu kumpulan dengan Syabil dan Naufal, si Super Bomberman. Pakar bom yang terbaik dalam unit itu.

"Kau nak apa datang sini? Tak ada kerja lain ke?" soal Afif. Jam di tangan dilihat. Sudah beberapa jam masa kerja tamat.

Syabil mengambil tempat duduk. "Aku nak ajak kau balik sekali. Gabi dekat rumah. Seroja kata dia nak masak nasi ayam dengan kuih kegemaran kau."

Seraya itu, Afif mengerutkan dahi.

"Gabi?" tanya Afif.

"Haah, kenapa? Kau tak tahu gabi tu apa?" soal Syabil pula.

Afif menggeleng. Tak pernah pula dia dengar perkataan itu.

"Isy, macam manalah adik aku boleh terima lamaran kau. Bahasa Melayu pun kau tak tahu. Adik aku tu pensyarah bahasa Melayu tau," usik Syabil lagi.

Ala, sebenarnya dia pun sama. Pertama kali Seroja menyebut perkataan itu kepadanya, Syabil memberi reaksi seperti Afif juga.

"Gabi tu makan malam. Kau nak ke tak? Kalau tak nak, aku pergi dulu," kata Syabil sambil berura-ura ingin keluar dari bilik. Mahu melihat reaksi Afif. Dia tahu, sahabatnya itu sedang gelisah memikirkan hari bahagianya sehingga tidak berselera untuk makan. Mungkin dengan mengumpan nama Seroja, Afif akan mengikutnya.

"Jap. Aku ikut." Cepat-cepat Afif mengemas fail dan kertas-kertas yang berselerak di atas mejanya. Syabil turut membantu.

Bum!

Bunyi pintu yang dihempas kuat mengejutkan mereka berdua.

"Eh, kau dah kenap-" Belum sempat bicaranya dihabiskan, Naufal mencantas.

"Sorry guys. Tapi, kita kena gerak sekarang. Ada kes penculikan dan pengeboman di Jalan Ampang."

Afif memandang Syabil.

"Nampaknya, terpaksalah kita batalkan gabi kita hari ini."

"Dah, jom! Makanan tu tak lari, yang lari penjenayah." Syabil menarik tangan Afif.


MEGA Eastern Mall yang sudah lama terbengkalai itu dipandang dengan rasa curiga. Siapa pula yang mahu mengebom bangunan terbiar ini? Guna bom tangan pula tu.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang