TRES : PART 9 [√]

97 10 1
                                    














Ukaila menarik handbreak. Kepalanya disandarkan ke kerusi kereta.

Kata-kata ibunya semalam menjengah minda.

"Aila nak kahwin dengan budak office Aila tu ke?" Puan Syuhada bertanya. Drama kegemarannya ditelevisyen sudah tidak menjadi keutamaan

Ukaila yang ralit menonton drama berpaling kesisi.

"Kenapa ibu tanya?" tanya Ukaila.

"Ada sesuatu yang ibu perlu bagitahu Aila. Ibu harap Aila dengar baik-baik," ujar Puan Syuhada.

Dia sudah tidak betah lagi. Kali ini, sudah tiga orang yang masuk meminang anak perempuannya ini.

Ukaila memusingkan kepala. Tubuhnya dibawa mengadap ibunya.

"Ibu nak Aila tolak lamaran budak lelaki tu," Ukaila memandang wajah ibunya.

"Kenapa, bu.." Dia bertanya. Pasti ada sebab kenapa ibu menyuruhnya menolak lamaran Zethran

Tangan Ukaila digenggam oleh Puan Syuhada. Erat. Ukaila memandang hairan.

"Sebenarnya Aila dah kahwin, sayang" kebenaran yang terungkap dari mulut ibu bagai menghentikan adrenalinenya.

Wajah terkejut Ukaika dipandang oleh Puan Syuhada. Tangan tuanya naik mengelus lembut pipi anaknya perempuannya itu.

Puan Syuhada mengangguk.

"Aila dah kahwin empat tahun lepas," sambungnya lagi

"Sebabtu, semua yang masuk meminang Aila, ibu dan abang-abang Aila tolak," Puan Syuhada mengelus lembut jemari Ukaila.

Ukaila hanya diam. Matanya masih lagi dipasakkan pada pandangan hazel dihadapannya

"Ke..kenapa Aila tak tahu, Aila tak ingat apa-apa tentang ni?" Ukaila bertanya. Dia langsung tiada memori tentang perkahwinannya. Gambar, sijil kahwin juga tiada.

Puan Syuhada memandang wajah anaknya.

"Gambar, sijil tu semua ada. Tapi, buat masa sekarang..cukup Aila tahu yang Aila dah kahwin," Puan Syuhada menjawab

Kesihatan anaknya masih lagi dalam pemantauan. Dia bimbang jika dia berterus terang semuanya sekarang, ia akan memberi kesan buruk pada Ukaila

"Kenapa baru sekarang ibu bagitahu Aila. Mana suami Aila? Siapa nama suami Aila? Kenapa Aila tak ingat siapa suami Aila, bu? " Ukaila bertanya

"Dia ada dan dia sentiasa ambil tahu tentang Aila. Cuma buat masa sekarang, dia tak dapat nak jumpa Aila lagi..masa tidak mengizinkan, sayang" jawab Puan Syuhada

Dia juga tertanya dimanakah keberadaan menantu lelakinya itu. Walaupun dia hanya mendengarkan khabar berita dari Uwais, dia juga ingin tahu adakah menantunya itu baik-baik saja atau tidak

Ukaila diam. Cuba mencerna apa yang berlaku dalam hidupnya.

Kenapa dia lamgsung tidak ingat bahawa dia sudahpun berkahwin?

Siapakah suaminya? Dan dimanakah dia sekarang?

Ukaila termenung jauh. Bunyi deringan telefon menyentakkannya. Telefon yang berada di dashboard diambil.

Angah.

Punat ditekan.

"Ye, angah" jawab Ukaila.

TRES (On Going)Where stories live. Discover now