Chapter 39 ✨

462 12 0
                                    

Matahari mulai naik menandakan hari sudahpun menjelang siang,cahaya di sebalik langsir di dalam bilik tidur menyapa lembut wajah mulus Hannah.Memaksanya untuk membuka mata bundarnya.

Dia membuka mata bundarnya perlahan-lahan.Dia menatap syiling bilik tidur itu.

Hannah menggeliat kesedapan lalu dia berpaling ke arah kanan.Mata bundarnya terhidang dengan susuk tubuh manusia yang berada di sebelahnya.

Hannah terjerit kecil apabila melihat Tengku Rayden yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya siap pakej rambut messy lagi,mata bundarnya memandang ke arah tangan kekar Tengku Rayden yang melingkar erat di pinggang rampingnya.

Tengku Rayden membuka perlahan-lahan mata helangnya dengan malas apabila terdengar jeritan kecil daripada Hannah.

"Kau dah kenapa terjerit-jerit pagi-pagi buta ni?"bebel Tengku Rayden lalu menyelak rambutnya ke belakang.

"K..kenapa..saya ada dekat...sini tuan?"tanya Hannah takut-takut.

Mata helang Tengku Rayden menikam tajam mata bundar milik Hannah.Dia menelan air liur kesat apabila terasa bulu romanya meremang.

"Ikut suka hati akulah nak tidur dengan siapapun,yang kau menggelabah sangat ni dah kenapa?asal?tak boleh ke kalau aku nak tidur dengan isteri sendiri?bukannya haram pun kan?hm?"bidas Tengku Rayden sambil menaikkan sebelah keningnya.

Hannah terdiam seribu bahasa.

"Tahu pulak pasal halal haram ye"getus hati kecil Hannah.

"T...tapi"

Belum sempat Hannah menghabiskan ayatnya,Tengku Rayden terlebih dahulu memotong ayatnya.

"Yang kau bertapi-tapi naik kereta api ni dah kenapa?tidur jelah,kau ada nampak aku macam nak terkam orang ke sekarang ni?"tutur Tengku Rayden sambil tangannya menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Takde kan?"sambung Tengku Rayden lagi.

Hannah menggeleng perlahan.

"Saya dah kena bangun ni,tuan.Banyak kerja lagi yang saya perlu buat"ujar Hannah lembut.

Tengku Rayden mendecit kecil.

"Tak payah,harini kau tak payah buat kerja apa-apa.Kau teman aku dekat sini je"arah Tengku Rayden lalu menarik Hannah kembali ke arahnya.

Diletakkan kepalanya perlahan di atas perut kempis Hannah sambil memejamkan kembali mata helangnya.

Hannah masih lagi tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya sekarang.

Beberapa saat berlalu,Hannah hanya mendiamkan dirinya manakala Tengku Rayden masih lagi tidur nyenyak sambil memeluk erat tubuh kecil Hannah.

Entah mengapa hati Tengku Rayden selalu berada tenang apabila dia berada di sisi Hannah.Serasa seperti dia berada di dalam sebuah taman yang begitu indah rasanya sehingga dia tidak mahu bangun lagi.

Baguslah,tak payah bangun terus pun takpa.

Lima belas minit kemudian,Tengku Rayden melepaskan leraian pelukannya daripada terus memeluk isterinya.

"Aku nak mandi,kalau kau nak turun pergilah"kata Tengku Rayden lalu mulai bangkit daripada terus terduduk di atas katil.

"Baik,tuan"tutur Hannah lalu mulai bangkit juga.

Ketika sedang elok Tengku Rayden mahu melangkah ke arah pintu tandas,kakinya berhenti seketika daripada melangkah.

"Nanti kau turun bawah,kau mandi lepastu siap-siap.Aku bawak kau pergi makan nanti"ujar Tengku Rayden lalu tubuh dadanya menghilang di sebalik daun pintu tandas.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now