Tok! Tok! Tok!
"Tan Sri?" Ukaila membuka pintu bilik mesyuarat. Kepalanya terjenggul ke dalam bilik.
Tan Sri Henry mengangkat wajah.
"Yes, come in" Tan Sri Henry memberi kebenaran. Ukaila melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Tan Sri Henry.
"Ukaila?" Ukaila mengangguk beberapa kali.
"Welcome to Delilo Empire," Tan Sri Henry menghulurkan tangan kepada Ukaila.
Ukaila memandang sepi huluran itu sebelum menggeleng perlahan kepalanya. Dia mengukir senyuman kekok. Tan Sri Henry mengangguk tanda faham.
"So,..." Tan Sri Henry jeda.
Badannya disandarkan pada kerusi
"How was your first day?" Tan Sri Henry bertanya.
Ukaila dihadapannya dipandang. atas bawah. Ukaila yang perasan akan hal itu sedikit tidak selesa.
"Everything went well, Tan Sri. Cuma, saya perlu banyak belajar memandangkan ini merupakan pekerjaan pertama saya. So, I need more time to adapt with all of this," balas Ukaila.
Tan Sri Henry mengangguk kepalanya lagi. Bibirnya tersungging senyuman nipis
"Okey.."
"Saya yakin Arven ada bagitahu awak yang saya akan retire tak lama lagi, kan?" Tan Sri Henry bertanya
Ukaila menjatuhkan kepala beberapa kali.
"Jadi, dipendekkan cerita.. Awak akan bekerjasama dengan anak saya memandangkan dia juga seorang architect. Awak boleh belajar dari dia," Tan Sri Henry menyambung kata-katanya.
Ukaila menayangkan senyuman nipis. Wajah Tan Sri Henry dipandang. Walau sudah berusia, wajah itu bagai tak dimamah usia.
Tan Sri Henry turut memandang ke arahnya. Bibir itu tersenyum manis padanya.
"Saya tak ada masalah untuk belajar. Lagipula, anak Tan Sri tidak kalah juga hebatnya. Cuma, saya tak yakin yang saya mampu untuk bekerjasama dengan anak Tan Sri. Saya ni fresh graduated sahaja..bukan seorang yang sudah berpengalaman," Ukaila membalas
"Berpengalaman atau tidak itu bukan ukurannya. If you can do better than others, why not, right?"
"Tapi saya tahu dan sangat yakin yang awak boleh buat.. and pilihan saya tak pernah salah. You can do more than this before," panjang Tan Sri Henry membalas penuh makna
Ukaila meneguk liur. Kesat!
"So, anak saya akan masuk next week. Saya akan kenalkan awak dengan dia, okey? And be ready to cooperate with him,..."
Ukaila tidak angguk tidak juga geleng. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Yang pasti, dia takut.
"In shaa Allah.. I'll do my best," hanya itu yang mampu dia katakan.
Untuk berjanji, dia takut dia akan mungkirinya dikemudian hari.
"So, I think, it's enough for today.. Have a good work..and welcome again," Tan Sri Henry berdiri dari duduknya.
Bajunya dibetulkan. Begitu juga Ukaila.
"Thank you, Tan Sri.. and happy retirement. I guest it is not too early to wish," Ukaila melepaskan tawa seketika.
Tan Sri Henry juga turut melepaskan tawanya.
"Saya minta diri dulu, Tan Sri?"
Tan Sri Henry mengangguk. Anak matanya mengekori langkah Ukaila, sehingga tubuh tinggi itu hilang dari pandangan.
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...