Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
_____
Nur Arya Qistina.
Seorang gadis yang sangat lembut dan manis. Tapi semua itu hanyalah luaran. Depan owais sahaja Arya seorang yang lembut, dekat belakang bukan main kasar.
"Abang! Janganlah ambil patung Arya" jerit Arya sambil mengejar abangnya iaitu Aryan Qadir
"Kejarlah sampai dapat" usik Qadir sambil berlari satu rumah
"Ishhh abang ni. Tak nak kawan" Arya menghentak kakinya di atas lantai sambil mencebik bibir
"Janganlah merajuk sayang. Nanti abang tak nak belanja gambar Owais dekat kau kang"
"Suka ugut. Arya bagitahu mama baru tahu"
"Eleh bagitahu je lah. Macamlah abang kisah" balas Qadir sambil menjeling abangnya
"Sudahlah bergaduh. Mari sini, makan. Petang nanti korang sekolah kan" panggil mama di meja makan
"Arya cakap dia tak nak pergi sekolah"
"Eh memandai je dia ni. Arya tak cakap apa pun" balas Arya geram sambil berjalan ke meja makan
"Cepatlah makan, hari ni abang nak pergi sekolah awal. Ada latihan futsal"
"Sabarlah! Nak Arya mati tercekik ke?!" balas Arya geram. Belakang tubuh Qadir ditampar olehnya.
"Sakitlah bebal"
"Qadir, jaga mulut tu" marah mama
"Buuu padan muka"
"Diamlah kau. Aku bagitahu Owais kau crush dekat dia kang"
"Ishhh Qadir, Janganlah!"
_____
Arya's
Aku cuba untuk mengawal wajah supaya tidak ketawa. Tiba tiba saja terkenang masa lalu.
Macam manalah aku boleh sukakan Owais ketika itu sedangkan dia masih selekeh.
"Termenung apa tu?"
"Teringat kenangan lama... Kakak dulu masa sekolah ada crush tak?"
"Hmmm ada. Tapi kakak suka dia sebab hansem je" balas May merangkap kakak ipar aku
"Kakak dulu sekolah dekat Australia kan.. Mesti lelaki dekat sana hansem"
"Kalau semua hansem sekalipun. Hanya ada seorang saja lelaki yang dapat tarik perhatian kakak"
"Siapa?"
"Rahsia" balas May tongkat dagunya. Dia sengaja membiarkan soalan aku tidak terjawab.
"Alah kak.. Bagitahu saya. Saya janji tak akan bagitahu abang"
"Okaylah. Ni rahsia kita berdua je tau"
Aku angguk kepala lalu mendekati May. Satu nama terkeluar dari mulutnya.
"Jake Sim"
"Wahh dengar nama pun dah hansem"
Aku terpegun mendengar nama lelaki itu. Dapat aku bayangkan lelaki itu seorang yang sangat kacak.
"Ya, dia memang hansem. Ada iras abang Qadir"
Keluar saja nama Qadir daripada mulut May wajahku kembali masam. Hilang terus bayangan lelaki kacak dalam kepala otak aku.
"Lahhh macam abang ke.. Mesti tak hansem. Buat penat je Arya bayang dia macam prince charming"
"Hello, suami akak hansem tau. Arya tak nak puji dia sebab dia abang Arya" balas May sambil ketawa halus
"Hmmm ye laaa" balasku malas sebelum menapak ke pintu
Siapa pulaklah yang datang rumah aku ni. Aku malas nak sambut tetamu.
"Assalamualaikum"
Jantung aku berdegup kencang. Perasaan ini tidak pernah hilang walaupun sudah tujuh tahun berlalu.
"Waalaikumuasalam. Zikri awak buat apa dekat sini?" soalku hairan
Lelaki bernama Zikri Owais itu berdiri tegak di badapan aku sambil silang tangannya di dada.
"Arya, aku nak mintak tolong sikit boleh?"
Perlahan lahan aku angguk kepala. Aku tak tahu apa tujuan Owais datang ke sini. Selalunya dia jumpa aku bila nak mintak tolong je. Macam sekarang.
"Tolong apa tu?"
Zikri garu kepalanya yang tidak gatal.
"Hmmm kalau kau free nak ikut aku pergi beli barang tak? Kau kan perempuan.. Mestilah kau tahu cita rasa perempuan"
"Awak nak beli hadiah dekat Zuraini ke?"
"Taklah. Beli dekat girlfriend aku"
Tiada satu senyuman pun tercalit di bibir aku ketika ini. Perasaan aku hancur. Nampaknya Owais sudah temui pasangan.
"Awak dah ada girlfriend? Kenapa saya tak tahu pun?" soalku hairan
"Aku terlupa nak bagitahu kau.. Now aku dah ada girlfriend, kau bila pulak nak ada boyfriend?" soal Owais dengan senyuman nakal
"Sa-saya tak terfikir lagi nak ada komitmen"
Bukannya aku tidak bersedia untuk bercinta. Tetapi orang yang aku cintai sudah berpunya.
Tahniah Arya, nampaknya kau bakal jadi anak dara tua.
_____
[COMING SOON]
ANDA SEDANG MEMBACA
ETHEREAL : HIS PALETTE OF LOVE
Fanfiction[FATE SERIES : SIX] [CS] "Apa kurangnya saya? Kenapa awak tak pernah nampak saya dalam hati awak!" Tujuh tahun Arya pendam perasaan terhadap Owais. Tetapi semua itu langsung tidak mendatangkan hasil apabila Owais memilih untuk mencintai orang lain...
