TRES : PART 8 [√]

111 10 2
                                    
















Langkah kaki diatur megah. Berjalan keluar dari balai ketibaan. Troli begnya ditolak keluar. Kaca mata yang masih elok terletak di atas hidung mancungnya ditolak sedikit.

Lelaki yang setia berdiri dihadapannya dipandang. Terukir senyuman manis dibibirnya.

"Welcome back, señor" Danial selaku orang kanannya berkata sebelum mengambil alih troli dari pegangan jejaka itu.

Kemeja hitamnya dibetulkan sedikit. Lipatan pada lengannya juga dikemaskan.

"Jom" ujarnya sepatah sebelum membuka langkah untuk keluar dari airport itu.

Telefonnya yang berada di dalam poket diambil sebelum dibuka.

Bukk!

"Aww" satu suara kecil menjengah pendengarannya.

Jejaka itu menunduk kebawah. Seorang kanak-kanak terduduk dihadapannya. Dia menurunkan lututnya. Cuba menyamai kedudukan mereka.

"Hey, little boy" Idrees mula bersuara.

Tangan kecil itu digenggam erat..

"Are you alright?" Idrees bertanya.

Anak kecil itu galak memandangnya.

"Big people problem," tangannya naik memegang dahi.

Seolah-olah masalah itu amat menganggunya.

Terangkat kening Idrees apabila mendengarkan kata-kata anak kecil itu

"Excuse me, big man.. please use your eyes," lancar anak kecil itu bersuara.

Tangannya naik menyapu seluarnya. Idrees berdecit.

Beraninya budak kecik ni!

"I am sorry okey.. What is your name?" Idrees bertanya sambil meliarkan pandangan disekelilingnya. Mencari ibu bapa anak ini.

"Haze," sepatah anak kecil itu menjawab. Spek matanya yang senget dibetulkan

"Where is your parents?" Idrees bertanya lagi apabila dia tidak nampak kelibat ibu bapa kepada Haze

"Haze datang sini dengan mama and papa. Diorang ada dekat dalam kedai," balas Haze.

Idrees mengangkat keningnya. Boleh cakap melayu! Rupa seperti mat saleh.

"Haze nak uncle hantarkan? Uncle boleh hantarkan Haze dekat mama and papa," Idrees mula berdiri sambil menarik tangan kecil itu untuk berdiri. Seluar Haze yang kotor sedikit itu disapu perlahan.

"Thanks tapi Haze boleh pergi sendiri. Papa cakap don't talk to stranger," Haze membalas.

Anak mata Haze masih galak memandangnya.

"Okeyla kalau macam tu.. Uncle hantar Haze dari sini, boleh. It's too dangerous for a little boy like you playing around here," Idrees tidak mahu mengalah. Tangan kekarnya mengelus lembut kepala anak kecil itu.

Haze mengangguk perlahan. Sebelum tangannya naik untuk bersalaman dengan Idrees.

Terkedek-kedek kakinya mula melangkah menjauhi Idrees sebelum tubuh kecil itu hilang dari pandangan.

"Señor?" panggil Danial apabila Idrees kelihatan terpegun ditempatnya.

Idrees memusingkan tubuhnya ke belakang. Wajah Danial dipandang.

TRES (On Going)Where stories live. Discover now