Chapter 21 [The Dinner]

4K 259 179
                                    

Elle melihat satu susuk tubuh yang sedang duduk di halaman rumah Nicholas itu. Lelaki itu sedang duduk bersendirian sambil menatap ke arah air terjun buatan di tengah-tengah halaman rumah itu. Usai makan malam bersama, masing-masing terdiam. Ibu Nicholas tidak berbicara langsung. Hanya bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan sahaja. Dapat Elle rasa canggung antara mereka.

Ibu Nicholas meminta diri untuk masuk ke dalam rumah bersama Nicky. Kak Erra juga turut menyertai Ibu Nicholas bersama-sama di dalam rumah. Elle melihat ayah Nicholas, hanya mendiamkan diri. Matanya langsung tidak lepas dari menatap bekas isterinya itu. Bibirnya ingin berbicara namun berat untuk dibuka. Di kesempatan yang ada ini, Elle ingin mengambil peluangnya untuk bercakap dengan lelaki yang pernah menyelamatkannya beberapa tahun yang lalu.

Elle memegang dua gelas air kosong. Dia melangkah ke arah bangku yang diduduki oleh ayah Nicholas itu. Dia berhenti. Dia menghela nafasnya.

"Mi spiace disturbarla, Signore. (Maaf menganggu)" Elle bersuara. Lelaki itu menoleh. Elle melihat dengan jelas parut panjang di bahagian keningnya itu. Lelaki itu tersenyum.

"No. No, non lo sei, Signorina. (No. No, You're not, Young Lady)" Kata ayah Nicholas. Dia menggeser ke tepi. Memberi ruang untuk Elle duduk di bangku itu. Elle senyum dan mengangguk. Dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu.

"Vuoi un po 'd'acqua? (Do you want some water?)" Tanya Elle. Ayah Nicholas tersenyum. Dia mengambil gelas yang dihulurkan oleh Elle itu.

"Grazie, Bellissimo." Kata Ayah Nicholas. Elle tersenyum. Aduh. Dipuji pula cantik. Kembang Elle dibuatnya.

"È un piacere incontrarla di nuovo, Signore. (Its nice to meet you again)" Kata Elle. Ayah Nicholas mengerutkan dahinya.

"Ci siamo già incontrati? (Kita pernah berjumpakah?)" Tanya Ayah Nicholas. Elle senyum dan mengangguk. Wajah ayah Nicholas berkerut. Elle tersenyum.

"Due anni fa. Mi hai salvato. Casi Sicilia? (Dua tahun yang lepas? You saved me? From the Sicily Cases?)" Elle berkata. Ayah Nicholas seolah-olah berfikir. Keningnya terangkat ketika dia mula teringatkan kejadian ketika itu.

"Max's?" Ayah Nicholas bertanya. Elle mengangguk perlahan. Ayah Nicholas... Angelo Romano. Lelaki yang pernah menyelamatkannya dua tahun yang lalu. Angelo menoleh ke arah Elle. Dia kemudiannya tersenyum.

"Sono così felice di vedere che stai bene, bellezza. (I'm so glad to see you doing well)" Kata Angelo. Elle tersenyum.

"It's because of you, Signore." Kata Elle. Angelo tersenyum.

"And unexpectedly, you gonna be my future daughter in law soon. How small the world around." Kata Angelo. Elle tersenyum.

"Sangat-sangat kecil dunia ni." Elle berkata perlahan. Angelo menatap ke arah Elle.

"Boleh cakap Bahasa Melayu juga?" Angelo tiba-tiba bersuara. Elle mendongak. Sedikit terkejut ketika mendengar Angelo yang bercakap Melayu yang pelatnya lebih kurang sama dengan Enzo dan Alex itu.

"I'm from Malaysia, actually." Kata Elle. Angelo tertawa kecil.

"Really?" Angelo berkata. Elle mengangguk sambil tersenyum. Angelo mengangguk.

"There's lot memories of me.. and mi familia.. In Malaysia. We've been through so many things while we were in Malaysia." Kata Angelo. Elle mengangguk.

"If only I have a time machine, I want to go back where everything was so much fun." Angelo berkata. Elle menatap Angelo. Dapat dilihat betapa sedihnya wajah Angelo saat ini.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now