Elle menunduk tatkala dia melihat Nicholas tidak henti menatap wajahnya sedari mereka bergerak dari rumahnya. Kali ini, Nicholas meminta Enzo untuk memandu ke pejabat hari ini. Enzo pula hanya menurut. Nicholas!!! Semenjak Elle membalas lamarannya, dia tidak henti menatap Elle. Ya! Setiap kali mereka bertembung, Nicholas akan menatapnya seolah-olah tiada siapa di situ. Tatapannya hanya pada Elle. Rasa macam nak korek sahaja biji matanya saat itu.
Seperti sekarang, Nicholas hanya tersenyum sambil matanya menatap ke arah Elle. Elle sampai hilang arah dibuatnya. Elle melirik lagi dan keadaan masih sama. Elle mendengus.
"Signore!! Stop looking at me!" Elle bersuara. Enzo dan Alex hanya diam. Mereka mengunci mulut mereka namun jelas kelihatan di bibir mereka yang cuba untuk mengawal senyumannya.
"It's my eyes. Suka hatilah aku nak tengok apa." Jawab Nicholas. Elle mendengus.
"Such a pervert!"
"Excuse me?" Nicholas bertanya. Tidak percaya dengan kata-kata Elle saat ini.
"Saya cakap.. Signore gatal! Suka hati je pandang orang macam itu. Tahu tak, bila lelaki pandang perempuan sampai buat perempuan tu rasa tak selesa dan terancam, ianya adalah salah satu ciri-ciri gangguan seksual. Saya boleh laporkan kepada Human Rights Community di atas kelakuan Signore yang tak henti pandang saya sampai buatkan saya tak selesa!!!" Elle berhujah panjang. Ternganga Enzo dan Alex.
Nicholas berdehem. Dia menatap Elle lagi.
"But how can I stop myself from looking at you? My future wife?" Tanya Nicholas. Wajah Elle merah dengan tiba-tiba.
"Belummm!!!"
"Yah, that's why I said my future wife." Jawab Nicholas. Elle mendengus geram.
"If only saya tak cadangan benda pelik-pelik dekat Signore, semua ni takkan terjadi." Elle berkata. Nicholas senyum.
"But, it already happened and if you didn't suggest anything, It still happens. I'm still asking you for marriage." Kata Nicholas. Elle menjeling.
"Kenapa saya rasa macam saya dipaksa berkahwin?" Tanya Elle. Nicholas mengangkat bahunya.
"Sebab kau sendiri yang buat diri kau terasa dipaksa. Cuba fikir kau gembira nak kahwin dengan aku, tak ada maknanya kau nak emosi macam ni. Aku syak, kau mesti akan terus menunduk and I believe.. Your cheeks will keep in pinky." Kata Nicholas. Elle menatap Nicholas. Nicholas tersenyum. Elle mencebik.
"Suka hati Signore je!" Kata Elle.
"Suka hatilah. Kau akan jadi milik aku. Eh wait, you are really mine actually." Kata Nicholas. Elle menoleh.
"What?"
"Yah! Remember when I say, I own what I want. I want you, that means, you are mine already." Kata Nicholas. Elle menyandarkan kepalanya di kerusi kereta itu.
"Signore memang dah gila."
"Yup. I'm crazy.. I'm crazy over you, Mi Amore." Kata Nicholas. Elle menoleh. Bukannya rasa terharu tetapi sebaliknya dia mendengus geram. Dia menyengetkan tubuhnya dan memandang keluar tingkap kereta.
"Kau tak nak dekat dengan aku tapi bahu kau sentuh aku. It's proof that you want me without you realizing, Signorina." Kata Nicholas. Elle melihat bahu mereka. Elle menjauh. Nicholas senyum.
"Signore gatal!" Kata Elle sebelum dia menatap ke arah luar tingkap kereta. Tengok luar dari bagus. Nicholas hanya tersenyum. Terhibur dengan apa yang berlaku saat ini. Enzo dan Alex pula hanya tersenyum dengan gelagat majikan dan bakal majikan mereka itu. Enzo dan Alex betul-betul setuju dengan tindakan Nicholas untuk menikahi Elle. Bagi mereka, hanya Miss Elle mereka yang layak untuk tuan mereka. Walaupun mereka hampir bergaduh setiap hari, tetapi mereka tahu.. Pasti akan tumbuh bibit cinta antara mereka. Dan sudah terbukti.. Apabila tuan mereka sendiri yang jatuh pada pesona Elle. Aura Elle memang betul-betul hebat.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...