Flashback 4 years ago,
"Hello," Idrees menjawab panggilan. Telefon ditekap diantara bahu dan telinga.
Kedua tangannya lincah menulis sesuatu pada kertas kerja dihadapan. Matanya jatuh pada patah perkataan yang ditulis.
"Malam ni aku balik awal. Kau tunggu aku," ujarnya lembut.
"Kau tahu, sejak akhir-akhir ni aku kerap sakit kepala. Aku nak balik aku nak peluk kau je," balasnya lagi. Dalam dinginnya ada juga taman.
Idrees tersenyum mendengar balasan sang isteri.
"Dalam banyak-banyak ubat, kau je ubat yang paling mujarab," sambungnya.
Dua tiga minggu ini, dia kerap sakit kepala. Namun, bila tiba dirumah dan dekat dengan isterinya, sakit itu bagaikan hilang dibawa angin.
"Aila, aku sayang kau" ucap Idrees.
"tunggu aku," Idrees mengambil telefonnya sebelum diletakkan di atas meja.
Jam tangan dikerling sekilas. Sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dia mula mengemas meja. Sudah tiba masa untuk pulang ke rumah.
Sebelum kahwin, office ini bagaikan rumah keduanya. Masuk gelap balik juga gelap. Bila sudah berkahwin, masuk cerah balik juga harus cerah.
Langkah kaki dibawa ke arah kereta mewah miliknya. Pintu kereta dibuka.
Bang!
Bahunya ditembak. Idrees mendesis perlahan. Mata tajamnya diliarkan ke segenap ruang. Mencari dimana keberadaan orang yang menembaknya.
Tidak lupa, dia menekan sesuatu pada jam tangannya. Cahaya hijau kecil pada jam tangannya menyala satu kali. Menandakan orang-orangnya mengetahui tentang keadaannya.
Namun, tanpa dia sedari...
Buk!
Sebatang kayu kuat menghentam belakang kepalanya.
Dunianya berputar sebelum gelap pandangannya.
Dia pengsan!
"Loser!" ucap orang itu sebelum mengheret Idrees ke arah kereta miliknya.
Earpiece ditelinganya ditekan.
"Ya terminé, Uno" kereta dipecut laju membelah jalan raya.
"Shit!" carut Hayyan kuat.
Hanya dia sahaja tika ini. Edlan baru sahaja masuk dalam operation room 10 minit yang lalu.
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...