Setengah jam berlalu,akhirnya Hannah kembali memunculkan dirinya di hadapan Puan Sri Farida dan Tengku Raisya dengan berpakaian blouse muslimah beserta dengan digayakan tudung shawl di kepalanya.
"Haa dah siap pun menantu mama ni"kata Puan Sri Farida lalu mendekat ke arah Hannah.
Dipusingkan ke kiri dan ke kanan tubuh badan Hannah untuk melihat penampilan menantunya yang satu itu.
"Cantik betul menantu mama sorang ni"puji Puan Sri Farida lalu mengusap lembut pipi mulus Hannah.
Hannah tersenyum manis.
"Terima kasih mama"balas Hannah lembut.
"Akak ni cantik betul la,pakai biasa-biasa macam ni pun lawa.hmph!jealous Raisya tau!"omel Tengku Raisya sambil membuat muka cemberutnya.
"Janganlah merajuk dengan akak,akak pakai biasa-biasa je ni"pujuk Hannah sambil memegang lembut lengan adik iparnya itu.
Beberapa saat kemudian,Tengku Raisya tersenyum kembali.
"Hehe,Raisya gurau je!takkanlah Raisya nak merajuk dengan akak ipar kesayangan Raisya sorang ni!"ujar Tengku Raisya sambil tergelak kecil.
Puan Sri Farida menggelengkan kepalanya perlahan akibat perilaku anak perempuan bongsunya itu.
Tak habis-habis nak mengusik kakak iparnya!
"Jom Hannah,kita bertolak sekarang"ajak Puan Sri Farida lalu merangkul lembut lengan menantunya.
Hannah mengangguk kecil.
"Jom!kita pergi shopping!"ujar Tengku Raisya dengan nada penuh keriangan.
"Jap"kata Tengku Rayden.
Ketiga-tiga orang perempuan tersebut memandang ke arah Tengku Rayden.
"Habis tu,Ray macam mana?"tanya Tengku Rayden sambil menaikkan sebelah keningnya.
Puan Sri Farida tersenyum mesra.
"Kamu pergi ikut papa main golf dengan kawan papa kamu sekali dekat sana,tak payah nak mengada-ngada nak ikut menantu mama"arah Puan Sri Farida kepada anak lelakinya.
"Alaaa Ray nak ikut sekali"rengek Tengku Rayden.
"Tak payah!abang pergi ikut papa main golf,menyibuk jee nak ikut orang pergi shopping"perli Tengku Raisya lalu menjeling tajam ke arah abangnya.
Tengku Rayden menjeling sekilas adiknya.
"Dah,kamu pergi ikut papa"arah Puan Sri Farida.
"Ye laa"jawab Tengku Rayden dengan nada kedengaran jauh sekali.
"Werk!tak boleh ikut!"ejek Tengku Raisya lagi.
"Harini kau nak makan nasi ke kau nak makan kaki aku ni"ugut Tengku Rayden sambil menunjukkan kakinya kepada Tengku Raisya.
"Tak nak dua-dua.Bubye!"ujar Tengku Raisya lalu berjalan bersama Hannah menuju ke pintu luar mansion Tengku Rayden.
Puan Sri Farida mengikuti langkah mereka berdua yang juga menuju ke arah pintu luar mansion Tengku Rayden.
"Mama pergi dulu ye,assalamualaikum"kata Puan Sri Farida kepada Tengku Rayden lalu memasuki kereta mewah tersebut.
"Waalaikumussalam,hati-hati ma.Jaga elok-elok isteri Ray"pesan Tengku Rayden sambil melambai-lambai tangannya ke arah kereta mewah yang mulai hilang di penglihatannya sedikit demi sedikit.
Ketika berada di dalam kereta,Hannah hanya diam membisu tanpa bersuara sepatah kata pun.
Puan Sri Farida yang melihat akan kebisuan menantunya itu mulai bersuara.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...