"Liya dah berpunya ke?"
Tersedak air yang diminum oleh Liyanna apabila mendengar soalan yang ditanya oleh aunty Fakhira
"E-err dah aunty"
Jawab Liyanna sambil menunduk memandang lantai.Malu!
"Alah melepas lah aunty nak buat Liya jadi menantu"
"Ha-hahh?"
"Tak lah aunty gurau je. Boyfriend Liya dekat mana sekarang ni?"
"O-ohh. Dia tengah sambung belajar dekat London sekarang"
"Ooo dah lama ke bercinta?"
Soal aunty Fakhira tanpa segan silu. Suami dia tak ada senang lah nak korek rahsia dengan bakal menantu idaman yang tak jadi ni kalau suaminya ada memang tak lah dia nak tanya mahunya kena marah tak pasal-pasal nasib baik dia pergi berbual dengan sahabat baik dia tadi siapa lagi kalau bukan Luqman
"2 tahun lebih dah aunty, dia sama umur dengan Liya"
"Liya umur berapa sekarang?"
"21 baru aunty"
Datin Fakhira hanya mengangguk sebagai jawapan
'Hmm Liya 21 Fahim 26. Ok serasi!'
"Borak apa korang berdua ni ralit nampak"
Serentak mereka berpaling untuk melihat gerangan yang bersuara tika itu
"Borak kosong je Leena"
Puan Aleena meng oh kan saja balasan dari sahabatnya
"Err Liya masuk bilik dulu lah ye ibu, aunty"
"Hmm yelah, nak bergayut dengan boyfriend lah tu"
Perli si ibu manakala Liyanna sudah memuncungkan mulutnya sebelum dia sambung bersuara
"Ish ibu ni mana ada lah, Liya nak tidur lah"
Terang Liyanna dengan bersungguh-sungguh nanti kantoi lah dia memang nak bergayut dengan teman lelaki dia
"Yelah pergi sana, ibu nak mengumpat dengan aunty Fakhira kamu pula ni"
Halau si ibu sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bersebelahan dengan sahabatnya
"Yelah"
Jawab Liyanna dengan malas sebelum dia melangkah pergi meninggalkan ruang tamu itu
"Leena kau pernah jumpa ke dengan teman lelaki anak kau tu?"
"Pernah je dulu tapi entahlah aku tak beberapa berkenan dengan lelaki tu sebab aku nampak macam ada benda yang tak kena je dengan budak tu"
"Ooo"
"Kau tinggal sini berapa lama?"
Soal Puan Aleena sambil memotong bawang putih yang berada dihadapannya untuk kegunaan memasaknya
"Sampai selesai semua majlis tu lah. Dia kahwin minggu depan kan?"
"Haah minggu depan, buat je macam rumah kau sendiri dekat rumah ni"
Datin Fakhira hanya tersenyum nipis kearah Puan Aleena
**
Liyanna menatap skrin telefonnya yang tertera nombor teman lelakinya. Sudah beberapa hari dia tidak membuat panggilan dan berbalas mesej dengan teman lelakinya. Kalau dia membuat panggilan pun jejaka itu seolah-olah ingin mengelak dari bercakap dengannya
"Haih sakitnya hati"
Liyanna bergumam keseorangan sebelum dia merebahkan badannya diatas katil untuk merehatkan diri.
Baru saja dia ingin terlelap tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada seseorang yang menelefonnya.
"Hish siapa pula ni!"
Liyanna mengambil telefonnya itu dengan wajah yang masam mencuka namun apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon itu senyuman serta merta terbit bibirnya
'My Love!'
"Assalamualaikum Mika!, ada apa call Liya ni rindu ke?"
Sapa Liyanna dengan ceria
"L-Liya Mika nak minta maaf"
Kening Liyanna terus berkerut apabila mendengarkan ucapan teman lelakinya seakan-akan teragak-agak untuk memberitahunya
"Untuk?"
"M-Mika nak minta putus dengan Liya"
Selesai saja teman lelakinya berkata telefonnya terus terlepas dari pegangannya. Dia tak salah dengar kan lelaki yang sudah 2 tahun bersamanya meminta untuk memutuskan hubungan mereka berdua dengan secara tiba-tiba.Hatinya tak usah dikata memang retak seribu air mata juga turut mengalir di pipi mulusnya dengan lebat.
Liyanna ingin bertanya terhadap teman lelakinya namun dia melihat skrin telefonnya yang sudah bertukar menjadi gelap menandakan lelaki itu sudah meletakkan panggilannya
"Apa salah Liya? Kenapa Mika nak minta putus dengan Liya apa kurangnya Liya di mata Mika?"
Liyanna bersuara seorang diri sambil mengelap air matanya yang kian lebat.Sakitnya hanya tuhan yang tahu kerana tanpa sebarang alasan jejaka itu terus meminta putus dengannya.
VOTE AND COMMENT❤️
SIANNYE DEKAT LIYANNA YE GUYS
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐀𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀] BANYAK KESILAPAN DAN MALAS EDIT #AuthorTakPandaiBuatSinopsis Start-18/12/2023 End-16/9/2024
![𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦:𝐀𝐭𝐭𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 [𝐑𝐞𝐯𝐚𝐦𝐩𝐞𝐝]](https://img.wattpad.com/cover/358388443-64-k848697.jpg)