TRES : PART 7 [√]

108 11 0
                                    













"Mommy?"

panggil satu suara. Ukaila mengangkat wajah. Wajah anak kecil itu menghiasi muka pintu biliknya

"Yes boy..." Ukaila menayang senyuman. Anak kecil itu berjalan masuk ke dalam biliknya

"You sad, mommy?" anak kecil itu bertanya. Ukaila terkedu

"Kenapa Haze tanya? hmmm..." tangan Ukaila naik mengelus lembut pipi Haze. Mata anak kecil itu lunak memandangnya

"Haze nampak mommy gaduh dengan papa.. and you look so sad," lancar anak itu bercerita. Tangan Ukaila naik mengelus lembut rambut perang itu. Bibirnya melakar senyuman

"No lah... mommy tak gaduh dengan papa. Kitorang bincang tentang hal orang besar, sayang" Ukaila menatap lembut pandangan kekuningan itu. Anak mata anak kecil itu terlalu unik.

Kuning cair.

Tangannya yang berada di kepala anak itu turun, menelusuri wajah kacak itu. Alisnya yang sedikit tebal dan terbentuk cantik. Bulu matanya yang sedikit melentik. Hidungnya mancung dan bibir yang merah bak delima. Anak ini sungguh kacak untuk usianya yang baru empat tahun.

Sungguh dia tengelam dengan anugerah Sang Pencipta.

"Mommy jangan sedih tau.. Papa cakap everything happened must be a reason," tangan kecil itu naik memegang pipinya.

Ukaila tersenyum nipis. Anak ini sungguh pandai mencuit hatinya.

Ukaila mengangguk perlahan. Pandangannya jatuh pada telefonnya di atas meja.

Pandangan kembali terkalih pada raut wajah anak kecil itu.

"Ohh, mommy baru perasan.. mana Hazel?" Ukaila bertanya apabila perasan bahawa adik kembar Haze, iaitu Hazel tiada.

Kebiasaannya anak kembar ini jarang berpisah. Asyik berkepit sahaja. Terutama Hazel. Langsung tidak boleh berenggang dengan abangnya, Haze

"Hazel dekat bawah.. Ibu dah balik," Ukaila tersenyum mendengar nama itu.

Nampaknya, kakak iparnya, Ulya itu tidak dapat duduk diam.

Hazel memang pantang apabila kakak ipar keduanya itu datang ke rumah. Pasti suruh didukungnya. Apa yang best pun dia tidak tahu.

Ukaila mula bangkit dari duduknya. Tangan kecil Haze diambil sebelum dipimpin ke ruang tamu

"Jom kita turun, jumpa ibu..." Haze mengangguk sebelum membontoti langkah Ukaila

Setibanya dia diruang tamu, Uwais dan Ukael masih duduk diruang tamu. Wajah masing-masing tegang

Ukaila berlindung disebalik dinding. Ingin mendengar bicara abang-abangnya

"Kau dah check pasal lelaki tu?" Ukael bertanya

Uwais mengangguk. Fail hitam dihulurkan kepada abangnya.

"Macam aku cakap, dia team senior dekat DE. Nama, Zethran Erdan. Umur, 35 tahun dan masih bujang," Uwais berkata. Ukaila mengerutkan keningnya

Kenapa abang-abangnya siasat sampai latar belakang Zethran?

"Zethran Erdan," Ukael menyebut nama panjang Zethran

Matanya naik memandang adiknya.

"Aku macam pernah dengar je nama ni," Ukael memejamkan mata. Cuba menggali ingatan tentang nama ini.

"Elmo Dragon?" Uwais memberi klu.

Ukael membuka mata laju. Benar. Nama itu ialah nama ketua Elmo Dragon.

TRES (On Going)Where stories live. Discover now