Elle menolak duvet hitam itu dengan kasar. Dia duduk. Dia mengeluh panjang. Dia melihat sekeliling sebelum dia kembali menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia selubung di sebalik duvet itu. Dia mengiring ke kanan. Kemudian berpusing ke kiri. Dia menolak lagi duvet itu dan rambutnya serabai.
"Eeee!! Apa hal tak boleh tidur ni?" Elle berkata sendiri dengan geram. Digarunya kepalanya dengan kasar.
"Ini semua salah Signore!" Elle berkata sendiri. Dia melihat jam di atas meja nightstandnya itu. 3 pagi! 3 pagi ya. Elle bangun. Dia turun dari katilnya. Dia menaikkan kepala sweaternya dan diikat di lehernya. Dia menolak pintu kaca koridor bilik itu. Dia melangkah keluar sambil menghirup udara segar di waktu malam.
Marry me, Elle.
Elle gelengkan kepalanya.
Be my Signora.
Elle gelengkan kepalanya lagi.
Elle Romano
"Sudah!!" Elle berbicara sendiri. Kata-kata Signore semasa di pantai siang tadi masih terngiang di fikirannya. Kenapa semudah itu dia mengajaknya untuk berkahwin? Ingat kahwin tu benda yang boleh dibuat gurau?
"Gila. Signore memang dah gila." Kata Elle sendirian sambil dia memeluk tubuhnya. Elle mengeluh panjang. Dia kemudiannya menatap ke kawasan padang polo mini milik Nicholas. Terkebil-kebil mata Elle saat ini. Cahaya lampu di padang polo mini itu buatkan Elle melihat Nicholas bersama Ahmad. Mata Elle bulat. Berkali-kali dia menggosok matanya. Betul ke apa yang dia nampak sekarang ni? Nicholas? Ahmad? 3 pagi? Padang? Oh. No! It's a gho- haipp Elle. Jangan sebut! Jangan sebut!!
"Biar betul tu Signore?" Tanya Elle sendiri. Dia cuba menyipitkan matanya. Dan ya! Dia tak salah pandang. Nicholas sedang menunggang Ahmad di padang polo itu. Enzo turut berdiri di kawasan luar pagar padang itu.
Elle kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik. Kakinya ingin melangkah keluar sebelum dia terhenti.
"Elle? Dah kenapa kau nak join diorang sekali?" Tanya Elle sendiri. Elle gelengkan kepalanya. Dia kembali ke katilnya sebelum dia terasa perutnya berbunyi. Ish. Waktu macam inilah kau nak berbunyi kan?
Elle kembali ke pintu biliknya. Dia membuka pintu biliknya. Lampu di ruang tamu aras dua itu menyala. Memang kebiasaan lampu itu menyala pada waktu malam. Elle turun dari aras dua. Dia menuju ke dapur. Dia terkejut ketika dia bertembung dengan Alex yang sedang mengambil air mineral Spritzer dari peti sejuk dapur.
"Eh hai Alex." Elle menyapa. Alex menoleh dengan terkejut. Dia mengurut dadanya.
"Signora.. Mi fai scioccare (You make me shocked)" Kata Alex sambil tersenyum.
"Signora?" Tanya Elle. Alex terdiam seketika sebelum dia tersenyum.
"My mistake. Signorina." Alex berkata. Elle tersenyum.
"Miss Elle tidak tidur lagi?" Tanya Alex. Elle senyum ketika dia mendengar pelat dari Alex itu. Sangat kaku dan pelat ya.
"Nope. I can't sleep. And hungry." Kata Elle. Alex menatap Elle.
"Hungry? Miss Elle lapar?" Tanya Alex. Elle mengangguk.
"But it's 3 in the morning?" Tanya Alex. Elle menatap Alex.
"How bout you? It's 3 a.m and awak sanggup berdiri tunggu tuan awak main kuda malam-malam macam ni?" Tanya Elle. Alex senyum.
"È colpa tua (It's because of you)" Perlahan Alex bersuara.
"Pardon?" Elle bertanya. Alex tersenyum sambil gelengkan kepalanya.
"Signore tidak boleh tidur. Jadi, itulah yang akan dia lakukan kalau dia tidak boleh tidur." Kata Alex.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...