Ukaila menyapu bekas pensil pada kertas dengan ibu jarinya. Bibirnya naik tersungging. Tanda berpuas hati dengan karyanya.
Gambaran seorang gadis yang sedang melukis itu ditatap penuh minat.
Pensil yang masih berada pada celahan jemarinya diletakkan di atas meja.
Tisu basah diambil sebelum mencapai pen hitam disebelahnya.
Hujung kertas itu dipandang sebelum melabuhkan namanya disitu.
Della Rosa. Nama ini pemberian dari abang sulungnya, Ukael.
Inilah rutin hujung minggunya. Melukis.
"Hello mummy," panggil satu suara kecil
Ukaila memalingkan wajahnya. Satu sosok tubuh kecil dihadapannya dipandang
"Yes my boy.." Ukaila membalas riang.
Pen diletakkan kembali diatas meja. Kerusi ditolak kebelakang sebelum dia bangun dari duduknya.
Kakinya mula mendekati sosok kecil itu
"Papa panggil," anak kecil itu membalas.
Matanya jatuh pada lukisan Ukaila. Cantik!
"Okey, jom turun sama-sama," Ukaila memimpin jemari kecil itu.
Digengamnya hingga sampai di ruang tamu. Kelihatan ruang tamunya dipenuhi orang ramai. Dahinya berkerut.
'Ada apa ni?'
"Hah.. ini dia bakal pengantin kita. Cantik sungguh orangnya," dengar seloroh salah seorang dari mereka. Dia bingung!
Matanya meliar memandang orang dihadapannya.
Matanya jatuh pula pada wajah Ukael. Wajah itu kelihatan kurang senang. Apa yang ada difikirannya.
Tempat duduk bersebelahan ibunya, Puan Syuhada diambil. Tangan tua itu dicapai.
"Bu, ada apa ni ramai-ramai?" bisik Ukaila perlahan. Puan Syuhada mwnggelengkan kepalanya
"Boleh kita mulakan?" satu suara memecahkan suasana. Kedengaran seperti slang cina.
"Pertama-tamanya, kami ingin memohon maaf sekiranya kedatangan kami ini mengganggu aktiviti tuan rumah sekeluarga," lelaki berbaju kemeja hitam mulakan bicara.
Ukael mengangguk. Wajahnya usah dibicarakan tika ini, tiada senyuman menghiasi wajah kacak itu
"Tujuan kami datang bertandang kemari adalah untuk memetik bunga ditaman untuk sang kumbang kami seorang," sambungnya lagi
"Jika tuan tidak keberatan, ingin kami meminang Ukaila untuk anak kami, Zethran Erdan" Ukaila membulatkan matanya.
Terkejut.
Baru sahaja mereka berbicara sekali sepanjang seminggu dia mula bekerja.
Mata Ukaila masih terpaku pada wajah Ukael. Lelaki itu nampak benar-benar tidak suka akan kedatangan pihak lelaki ini.
Matanya terkalih pula ke arah Puan Syuhada. Riak kurang senang jelas terlakar diwajah tua itu
"Jika itu niat pihak lelaki.. Izinkan kami berbincang sekeluarga," balas Ukael ringkas.
Dia memandang adiknya, Uwais. Pandangan mata mereka bagaikan menghantar isyarat antara satu sama lain.
Lagipula, dia berhak membuat keputusan untuk adik perempuannya, kuasa wali ialah milik mereka berdua
YOU ARE READING
TRES (On Going)
Romance1ST ACTION-ROMANCE SERIES : TRES Hayl Idrees. Sang pewaris Alpha Delilo. Pewaris yang digeruni dalam dunia gelap. Namun, sisi gelapnya dikaburi dengan wujudnya Delilo Empire dan Alpha Force. Dia kacak. Dia kaya. Tapi sayang, dia beku. Wujud sa...