TRES : PART 4 [√]

231 18 0
                                    











"Nah," Ukael menghulurkan satu sampul pada adik bongsunya. Ukaila yang sedang ralit menonton televisyen memandang abangnya pelik

Namun, dia tetap mengambil sampul dari abang sulungnya itu

Dia membuka sampul itu berhati-hati.

"Apa ni, along?" soal Ukaila

Ukael mengambil tempat disebelah Ukaila. Wajah manis adiknya dipandang

"Tengok lah sendiri," ujarnya malas. Remote yang berada diriba Ukaila dicapai. Channel ditukar.

Buletin utama!

Ukaila disisinya mencebik. Tangannya ligat membuka sampul itu.

Ada sepucuk surat. Dia membaca isi surat itu.

Company : Delilo Empire

Status : Accepted

Position : Chief Architecture

Ukaila membulatkan matanya. Wajah Ukael dipandang tidak percaya

"Betul ke, long?" tanya Ukaila girang. Ukael memandangnya seketika sebelum kembali mengalihkan pandangan menghadap televisyen

Dia mengangguk sekali.

"Aaa..tak sabarnyaaaa," Ukaila bicara sendiri.

Hal ini yang dia tunggu-tunggukan. Sudah berapa lama dia menanam anggur. Nak harapkan duit pemberian abangnya, dia tidak begitu gemar.

Cuma, dia teringatkan sesuatu.

Wajah abang Ukael dia pandang.

"Bukan along tak bagi Aila kerja ke? Kenapa tiba-tiba along bagi ni? And bila masa Aila pergi interview mana-mana?" tanyanya hairan.

Ya, abang-abangnya melarang dia untuk bekerja. Bukam sahaja bekerja, malahan untuk keluar rumah juga tidak dibenarkan kecuali berteman.

Katanya, anak perempuan harus kekal dirumah.

Ukael mengeluh perlahan.

"Take it or leave it," balasnya pendek. Ukaila memeluk erat surat itu.

Peluang yang ada jangan ditolak.

"Kalau Aila nak.. Isnin ni Aila lapor diri dengan angah dekat DE pukul 9 pagi," ucap Ukael. Ukaila mengangguk laju.

Abang keduanya, Uwais merupakan pengurus di Delilo Empire.

"Noted along.. Sayang along, thank you," Ukaila memeluk erat tubuh Ukael sebelum berlari ke biliknya.

Ukael memandang dengan ekor matanya. Dia memggelengkan kepala melihat telatah adik bongsunya itu.

"Abang, minum" Manis menghulurkan secawan kopi untuk suaminya. Ukael mengambil huluran itu.

"Thank you sayang," ucap Ukael sebelum menghadiahkan senyuman manis kepada isterinya

TRES (On Going)Where stories live. Discover now