DARI balkoni bilik, Fathi memandang jauh ke dada langit. Entah apa yang perlu dia rasakan, dia pun tidak tahu. Semenjak dahulu, dia cuba mengerti keadaan. Ya, dia memang mengerti. Tetapi mengapa individu di sekelilingnya tidak mengerti akan dirinya.
Tidak layakkah dia membuat keputusan untuk diri sendiri? Sampai bila dia perlu mengikuti segala telunjuk keluarga?
Tak sedar, dia mengeluh sendiri. Dia kerap kali mengeluh. Dipujuk hati agar reda dan tidak mengeluh walau sesaat tetapi dia tak mampu. Dia hanya seorang manusia biasa.
Tadi, dia tidak sengaja bersikap sebegitu depan mummy. Jiwanya merintih kesal tetapi kerana ego, dia tak akan meminta maaf atas kelancangan bicaranya. Biarkan sahaja bicaranya berlalu begitu saja.
Tentang papa pula, tidak tahu apa yang perlu dirasakan oleh Fathi. Paling tak boleh masuk akal adalah apabila papa menyuruh mummy mencarikannya seorang calon isteri. Adakah dia sudah terlalu tua? Dia baru saja menginjak ke angka 24. Masih muda. Masih banyak perkara yang perlu dia pelajari. Tambahan pula, papa tidak perlu susah-susah menyuruh mummy mencari calon buatnya kerana dia sudah ada Aisya.
Mungkin salah dipihaknya kerana dia tidak pernah membawa Aisya berjumpa dengan keluarganya. Baik di belah papa mahupun di belah mummy. Bukan dia tidak serius dengan Aisya. Dia serius. Memang serius. Dia tak bawa Aisya berjumpa dengan keluarganya kerana dia tahu, masih awal lagi. Lagipun, lagi setahun sebelum Aisya menamatkan pengajian. Dia tidak mahu menekan Aisya terlalu kuat.
Setelah puas dia membuang keluh kesah, dia kembali masuk ke dalam rumah. Ditutup sliding door sebelum dia merebahkan diri di atas katil. Tangan kanannya naik menindih dahi. Mata terkebil-kebil memerhati ke arah kipas siling yang sedang bergerak-gerak.
Dalam keadaan serabut begini, dia hanya perlukan satu pil ketenangannya iaitu Aisya.
Lantas, telefon yang berada di atas night stand dicapai. Nombor telefon Aisya dituju.
Tak tunggu lama, terus saja panggilannya diangkat oleh Aisya. Mendengar suara merdu Aisya, terus saja senyuman kecil merekah pada bibir.
'Tuhan, izinkan dia untuk terus mendengar suara ini.'
"Tengah buat apa?" soal Fathi. Dia menyelesakan kepalanya di atas bantal.
"Tak ada buat apa. Tengah prepared BBM (bahan bantu mengajar) je ni. Esok kena microteaching depan lecturer.." Aisya di sebelah sana menjawab persoalan daripada Fathi.
"Oh. Dah siap ke belum?"
"Ada sikit lagi. Ni kenapa call? Rindu eh? Baru jumpa dah rindu," giat Aisya sambil tertawa.
"Mestilah! Girlfriend kita kot. Takkan tak rindu," balas Fathi. Senyuman melebar pada bibir. Tuhan, izinkan dia untuk terus mendengar tawa Aisya ini. Tidak tahu dia harus apa seandainya Aisya hilang.
"Fathi tengah buat apa tu?"
"Tengah baring je."
"Pergilah tidur. Fathi pasti penat kan?"
"Tak adalah."
"Hmm." Nampaknya Aisya tidak tahu harus membalas apa. Baik tak usah larang Fathi. Bukannya dengar pun. Dia kenal sangatlah kekasih dia tu macam mana.
"Sayang."
"Ya."
"I nak cakap something dekat you."
"Apa tu?"
Mata Fathi terkebil-kebil memandang siling biliknya. Kata-kata dan permintaan mummy tadi terngiang-ngiang di telinganya. Nampaknya, dia perlu membawa Aisya untuk berjumpa dengan keluarganya. Sekurang-kurangnya, dia dapat pastikan mummy dan papa tahu bahawa dia sudah mempunyai kekasih. Tidak akan dia biarkan sesiapa pun mencampuri urusan hidupnya. Apatah lagi berkenaan dengan masa depannya.
"Parents I suruh bawa you jumpa diorang. Bila you free sayang?" soal Fathi. Dia menukar sedikit topik perbicaraan. Takkanlah dia perlu cakap sebijik-sebijik benda yang benar. Dia tidak ingin melukai hati Aisya. Tidak walaupun sedikit.
"Hmm, Isya boleh je kalau weekend. Weekdays tu busy lah dengan kuliah. Kelas pun habis petang."
Fathi mengangguk-anggukkan kepalanya. Persis menjawab kepada diri sendiri mengenai dengan penjelasan Aisya.
"Kalau macam tu nanti I tengok masa weekend okay? You free je kan bila-bila pun?"
"Ya, sayangku. Bila-bila je free asalkan ianya weekend."
"Okay, baby. Nanti I cakap balik okey?"
"Sure!"
Setelah berborak panjang, Fathi memutuskan untuk meletakkan panggilan. Dia bukan apa. Dia kasihan dengan Aisya. Memanglah Aisya cakap tidak kisah sekiranya Fathi ingin membuat panggilan berjam-jam, cumanya Fathi tidak mahu Aisya terbeban. Kekasihnya itu ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.
Sekali lagi, Fathi memandang ke arah siling bilik tidur. Dia berfikir akan kehidupan yang akan dia dan Aisya corakkan nanti. Tiada apa-apa yang dia harapkan kecuali satu iaitu adanya Aisya menemani kehidupan dia. Ketika ini mahupun nanti.
Jika dengan Aisya juga sudah cukup, lalu alasan apa lagi untuk dia mencari yang lebih?
Disebabkan dia masih belum mengantuk, maka dia memutuskan untuk melayari sosial media terlebih dahulu. Aplikasi Facebook dibuka. Dia perasan ada satu request baharu. Dia tekan request tersebut.
'Daisy Bloom.'
Dahi Fathi berkerut tatkala membaca nama pemilik akaun Facebook tersebut. Dia tidak kenal. Mungkin pemilik Facebook tersebut tersilap menekan request pada akaunnya. Lantas, dia biarkan sahaja.
TBC
Hi! It's been a year tak update. YaAllah, teruknya N😔 Terimalah update ni🫰🏻 InsyaAllah lepas ni saya akan update recently hihi

YOU ARE READING
Fathi Gabrielle: A Broken Soul
RomanceA spin-off: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband Fathi Gabrielle | Clarissa Arabella Start: 27/12/2023 End: - All right reserved @nssignature ©NSSIGNATURE, 2023