"Yes, Elle. I'm a muslim.. Islam.. Islam adalah agama aku."
Selepas dari hari itu, Elle seolah-olah cuba untuk menjarakkan dirinya daripada Nicholas. Tidak tahu mengapa, tetapi dia berasa malu. Dan marah. How can? If he is a muslim, how can he? Arghh entahlah.
Nicholas sedar dengan tingkah laku Elle. Dia merasakan yang Elle sedang menjarakkan dirinya. Sudah dua hari, Nicholas pergi kerja bersendirian. Elle tegas untuk menaiki kereta Enzo dan Alex. Mereka pula tidak kisah dan Nicholas hanya menurut. Pulang dari kerja, Elle akan terus bergegas ke aras dua. Pernahlah juga cuba untuk mengusik Elle dengan menyuruhnya membuat kopi seperti selalu. Namun, Elle hanya mengirimkan air kopi yang sudah dibancuh itu kepada Enzo untuk diberikan kepada Nicholas. Sejujurnya, Nicholas rasa buntu. Dia tidak tahu apa salahnya. Why? Why is she angry?
Hari ini, Nicholas ingin dapatkan kepastian. Tiga hari Elle mengelak darinya. Tiga hari juga hidupnya menjadi tidak keruan. Nicholas sendiri tidak tahu why? Hidupnya seolah-olah serabut dalam waktu tiga hari ini. Begitu juga dengan moodnya.
Dia pulang awal. Hanya itu salah satu cara untuk dia berhadapan dengan Elle di rumah. Dia memberitahu Enzo dan Alex tentang rancangannya. Mereka mengangguk. Nicholas meminta semua pembantu rumahnya untuk memberikan privasi untuknya. Mereka pelik namun hanya mampu menurut.
Elle pula, dia pelik. Pelik ketika Enzo dan Alex memberitahunya yang Nicholas sudah pulang terlebih dahulu. Elle duduk di tempat duduk belakang. Enzo mula memandu.
Elle mencari kelibat kereta Nicholas. Tiada. Tempat parkirnya kosong. Elle tertanya-tanya. Kemana Signore pergi? Dia melihat buku notanya. Dia melihat senarai janji temu untuk hari ini. Tiada. Kemana pula dia pergi? Haih, lantaklah.
Elle diam. Dia menyandarkan kepalanya. Dia cuba pejamkan matanya. Dua tiga hari ini, mood dia betul-betul hilang. Lebih-lebih lagi kalau dia terserempak dengan Nicholas.
"Kenapa teringat dia tiba-tiba ni?" Elle bersuara dengan mengejut. Terangkat bahu Enzo dan Alex ketika dia mendengar suara Elle.
"Va tutto bene? (Is everything okay?)" Tanya Alex. Elle menoleh.
"Oh, Sorry. Yes. I'm okay." Kata Elle. Alex mengangguk. Dia kemudiannya memejamkan matanya.
Di rumah, Nicholas mendengar bunyi pintu rumahnya seolah-olah dibuka. Dia melangkah ke ruangan itu dengan segera. Dia melihat Elle sedang curi-curi melangkah menuju ke arah tangga. Nicholas melangkah.
Elle menapak seperti seorang pencuri di tangga itu.
"Elle." Nicholas bersuara. Elle terhenti. Dia pejamkan matanya. Aish. Kantoi pula. Elle menoleh. Dia tidak menjawab panggilan Nicholas.
"We need to talk." Kata Nicholas.
"Nothing that we need to talk about." Kata Elle. Dia melangkah. Nicholas gelengkan kepalanya. Dia melangkah dengan laju sebelum dia berhenti di hadapan Elle. Elle terkejut. Dia menghalang laluan Elle. Elle berkerut.
"What do you want Signore?" Elle bertanya dengan wajah marahnya.
"What's wrong with you?" Tanya Nicholas. Elle diam. Dia kemudiannya ingin melangkah namun tangan Nicholas dengan cepat melekat di besi pemegang itu. Elle menatap Nicholas. Tajam.
"What?"
"Kenapa kau marah aku?"
"Mana ada saya marah Signore!"
"Kenapa kau tak nak cakap dengan aku?"
"I'm talking to you right now." Elle menjawab.
"Apa yang aku dah buat dekat kau? Kenapa kau abaikan panggilan dan mesej aku? Kenapa kau tak masuk bilik kerja aku bila aku panggil kau? Kenapa kau tak nak bercakap dengan aku? What did I do to you?" Tanya Nicholas panjang. Elle menatap Nicholas.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...