"EH, ye ke? Nadiah kerja dengan Faisel?" Datin Noor antara orang paling terkejut bila Nadiah buka cerita tentang dia dan Faisel di meja makan.
"Ya, aunty." Nadiah tunduk segan. Mana tak segan! Termakan satu meja dengan bos dan ibu bos, siap terduduk sebumbung pula tu. Banyak betul TER nya.
"Kuat betul jodoh kau orang berdua ya." Datin Noor ketawa besar disambung Puan Suraya.
"Apa usik orang muda macam tu! Malulah dia orang nanti." Puan Suraya menampar peha Datin Noor padahal dia sama sakan ketawa dengan sahabatnya itu.
Nadiah jeling ibunya. Amboi, ibu. Sejak jumpa geng ni dah sisihkan anak sendiri ya? Dia sedar tak dia tu siapa?
"Tak ada lah, aunty. Kebetulan..." Seketika Nadiah teringatkan sesuatu dan dia pandang Faisel tenang menikmati makanannya di meja makan itu. Lelaki itu dari tadi diam sahaja dan sesekali tersenyum mendengar perbualan mereka.
Dia janggal ke? Atau tak selesa sebab Nadiah dan ibu? Yelah, tiba-tiba orang asing masuk rumah dia siap makan semeja dan borak macam dah kenal lama. Lagi-lagi dia satu-satunya lelaki dalam rumah itu. Banyak benda privasi yang dia tak boleh cakap terbuka dengan ibunya di hadapan orang luar.
Fikir soal itu, Nadiah mula rasa tidak enak. Dia kena kerja keras carikan duit untuk menyewa rumah selesa buat dia dan ibu. Walaupun Datin Noor dan Faisel sudah baik hati mempelawa berteduh dalam rumah itu. Dia tidak boleh mengharapkan bantuan orang seratus peratus.
Dia sudah besar. Sudah sampai waktu untuk dia berdikari dan biarkan ibu bergantung padanya seorang tanpa campur tangan orang luar...
Tapi macam mana nak cari duit dalam waktu yang singkat? Dia perlukan duit untuk bayar deposit dan barang-barang di dalam rumah. Duit simpanan ibu ada tapi... Kalau ibu sakit atau ada apa-apa yang buruk berlaku macam mana? Duit itulah yang mereka harapkan untuk tujuan kecemasan yang tak terduga.
Dia tak boleh harapkan gaji kerja semata-mata...
"URGH! Penatnya!" Nadiah hempas beg pakaian di atas katil dalam bilik sementaranya. Boleh tahan luas juga bilik itu. Dua kali ganda luas dari bilik dia di rumah lama. Siap ada wardrobe room lagi. Sayangnya dia pakai untuk sementara waktu sahaja.
Nanti dah cukup duit untuk rumah sewa dia akan tinggalkan bilik itu. Tak apalah, dapat duduk sekejap pun jadi lah. Merasa juga duduk bilik kayangan.
"Ada satu lagi beg dalam kereta..." Dengan malas Nadiah keluar dari bilik dan turun ke bawah mahu mengambil sisa beg pakaiannya. Biasalah perempuan, satu beg mana cukup. Baju dia sahaja dah berguni-guni plastik sampah tadi. Kesian juga orang yang tolong kemas tu.
"Nad." Langkah Nadiah terus terhenti mendengar namanya diseru satu suara garau. Siapa lagi suara garau dalam rumah ni?
Toleh belakang, Nad terus terkebil-kebil melihat Faisel tenang berbaju T putih kosong dan seluar kasual panjang bewarna hitam menghampirinya.
"Ya?"
Mata Faisel jatuh melihat baju Nadiah yang turut bewarna putih. Dengan seluar tidur petak bewarna hitam. Gadis itu tidak sedar agaknya yang baju-T dipakainya mungkin agak nipis. Garu dahi Faisel dibuatnya sebelum dia lempar pandangan ke arah lain.
"Ada apa, tuan?"
"Faisel." Laju Faisel membetulkan.
"Nama saya Tun Faisel bin Tun Amzar. Ada tuan dalam nama saya? Tun tu adalah."
"Baiklah, tun."
Mata Faisel terus menyipi. Nad pula ketawa halus sendirian.
"Tapi awak tuan saya."
YOU ARE READING
NAD
RomanceNadiah | Faisel Saat Nadiah dikhianati kekasih dan teman baiknya sendiri, ada lelaki yang menemaninya. Nadiah tidak tahu lelaki itu siapa dan bagaimana selalu ada kebetulan di antara mereka. Dia yang memujuk. Dia juga yang membantu. Kebetulan demi...