"Hina sangat ke perempuan? Kalau tak ada perempuan, anak awak tu tak lahir. Kalau awak tak suka isteri awak, kenapa awak kahwin dengan dia? Kenapa awak tak hidup sendiri sampai mati?"

"Kau nak persoalkan apa? Pasal kaum kau sendiri yang menyusahkan hidup lelaki?" dia herot senyuman sinis kepada May.

"Menyusahkan? Kalau rasa isteri awak menyusahkan kenapa awak tak lepaskan dia? Awak siksa hidup dia dengan perangai dayus awak. Isteri dan anak awak tu lebih layak jalani hidup yang lebih baik tanpa awak."

"Mereka tak kata apa sepanjang hidup dengan aku jadi kau jangan memandai nak kata aku ni siksa hidup dia." ego lelaki itu.

"Sebab mereka takut. Awak jangan yakin sangat bila mereka tak berani bersuara awak rasa awak hebat mampu diamkan mereka. Sebab nanti bila mereka dah jadi berani, awak hadap lah kekalahan awak. Awak patut tahu penyesalan tak datang awal."

"Tunggu!" lelaki itu panggil May semula sebelum sempat dia buka langkah tinggalkan keluarga itu.

"Sebelum kau pergi, mulut celupar kau patut dapat ni!"

Pang!

Pijar rasa pipi kanan May dapat tamparan dari tangan kasar lelaki itu. Kali terakhir dia ditampar adalah oleh mama dulu, itu pun tidak lah sesakit ini. Tamparan dari tangan lelaki dengan tangan perempuan tak sama. Kepala yang dari tadi berdenyut semakin bertambah berdenyut.

Bibir May mendesis sakit. Dia pegang pipi.

"Abang janganlah. Orang nampak ni." si isteri cuba menghalang. Tak henti dia memohon maaf daripada May lalu menarik lengan suaminya menjauhi May.

"Aku tak habis lagi. Kau duduk jauh! Jangan sampai kau pun aku tampar!" lelaki itu memarahi isterinya.

"Oh, dah merasa tangan aku baru kau pandai diam ya? Itu baru sikit. Kau hina aku sangat tadi, kan? Sekarang aku akan tampar kau sampai aku rasa puas!" dia ketawa jahat.

Baru saja dia angkat tangan untuk bertindak lagi sekali, ada tangan yang yang menghalang. Ketika dia pusing kepala ke belakang, dia lihat senyuman dari lelaki yang menghalangnya itu cukup menggerunkan. Dia kenal orangnya.

"Bos Ben." tutur bibirnya perlahan.

"Kau berkasar dengan pekerja aku. Kau nak expect apa?" tegas nada Bos Ben. Dia tahu lelaki itu takutkan dia kerana lelaki itu merupakan salah seorang daripada orang bawahannya.

"Pekerja? Aku ingatkan dia pelanggan hotel bos." terkulat dia mengelak dari menatap mata Bos Ben.

"Jadi keluarga kau lah yang tetamu hotel ni complaint ada budak menangis setiap malam. Kau buat apa dengan anak kau?"

"Saya marah sikit bos. Budak degil biasalah."

"Dah berapa lama kau bermalam di hotel ni?"

"Baru dua malam."

"Aku nak kau keluar dari hotel ni sekarang. Kau dah buat dua kesalahan. Pertama, kau naik tangan pada pekerja aku. Kedua, aku dah tak nak dengar orang complaint pasal tangisan anak kau."

"Baik bos." pantas dia setuju.

May dan yang lain jadi pemerhati. Mudah betul cara Bos Ben gertak lelaki itu.

"Tunggu!"

Ketika lelaki itu paling memandang ke belakang...

Pang!

Lelaki itu terima tamparan dari tangan Bos Ben yang hanya berwajah tenang. Memerah pipinya dek temparan maha kuat itu.

Lelaki itu seperti tergamam seketika. Seakan redha menerima, lelaki itu tunduk hormat terlebih dahulu sebelum membawa isteri dan anaknya pergi.

Mawar Terakhir | (COMPLETED)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ