Kedengaran bunyi lagu dan pengering rambut bersatu di dalam satu bilik.
" Tak tahan lagi ohhh Tak tahan lagi ~~ "
Tubuh digoyang ke kiri dan ke kanan mengikut rentak lagu yang dimainkan lalu berpusing di hadapan meja solek. Lipstik di dalam beg kecil di capai dan dicalitkan pada bibirnya.
" Last touch "
Bibir dikemam sesama sendiri agar lipstik yang dicalitkan kena pada semua permukaan bibir.
" That's it! Perfect! Today, you are beautiful as well Adelia! " Tengku Adelia bermonolog sendiri di hadapan cermin seraya memuncungkan sedikit bibirnya kemudian tersenyum manja.
Setelah berpuas hati dengan penampilan diri sendiri, dia terus mengambil beg dan bukunya di atas meja. Lagu di telefon dimatikan.
Pintu bilik dibuka lalu langkah kaki dibawa menuruni tangga.
Dia berdeham sebentar sebelum bersuara.
" Good morning everybadihhhhhhhhhh " jeritnya sekuat hati bersama suara soprano.
" Budak acah western dah turun. Assalamualaikum ya bakal ahli kubur "
Tengku Adelia memincingkan matanya memandang Tengku Anaqi, abang kembar kedua dia dengan pandangan tidak puas hati.
" Waalaikumsalam juga bakal ahli kubur. Dah tempah kubur ke? " balas Tengku Adelia seraya menghampiri keluarganya yang sedang sarapan itu.
" In sha Allah kejap lagi tempah. Ini.. " tangan Tengku Anaqi turun naik menghala ke Tengku Adelia yang sedang berdiri di sebelahnya.
Tengku Arifin dan Balqis menggeleng kecil. Anak mereka berdua yang ini kalau tidak bertengkar tidak sah.
" Ini.. nak ke kelas ke pub? "
Pap!
Berkerut Tengku Anaqi sambil memegang bahunya yang dihempuk oleh Tengku Adelia dengan beg adiknya itu.
" Sakitlah! " marah Tengku Anaqi.
Tangan menggosok bahunya yang masih terasa sakit.
" Abang Aqi tu hah mulut macam tahi memengs. Busuk! Cakap ikut sedap mulut saja " ujar Tengku Adelia lalu menarik kerusi di sebelah Tengku Ahnaf yang khusyuk makan. Sedikit pun dia tidak ambil peduli dengan apa yang tengah terjadi sekarang.
" Mulut busuk tak apa,jangan jadi macam bawang dalam guni mampat. Ketat sana ketat sini " kutuk Tengku Anaqi lagi dengan riak selamba kemudian menyambung kembali suapan.
Tengku Adelia membuat muka.
" Adelia Hannani, have a seat please. Nanti lambat pergi kelas "
Balqis menyerahkan mangkuk dan sudu kepada Tengku Adelia.
Tengku Adelia menuang koko crunch ke dalam mangkuk lalu menambah susu. Dia menikmati sarapannya pagi ini dengan penuh nikmat.
" Euwww tak padan dengan muka melayu, acah nak breakfast ala barat " kutuk Tengku Anaqi.
Tengku Adelia, dia agak berbeza sedikit dari abang-abang kembarnya. Dia tidak makan sangat makanan melayu. Sarapan pun, hanya makanan ringan sahaja.
Baru saja Tengku Adelia mahu membidas kembali, Tengku Arifin masuk mencelah.
" Anak-anak, papa pesan apa? " soal Tengku Arifin dengan lembut.
" Papa pesan apa? " serentak Tengku Adelia dan Tengku Anaqi bertanya. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum kembali memandang Tengku Arifin.
![](https://img.wattpad.com/cover/358346726-288-k134436.jpg)
YOU ARE READING
THE ONE [C]
RomanceWarning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Kena baca Eternity Love dulu baru faham jalan cerita ni nanti 😘 •Macam biasa, jangan letak expectation tinggi sebab plot cerita ni cliche san...