"Elle."
Nicholas memanggil Elle yang melangkah laju bersama-sama Enzo dan Alex menuju ke kereta.. Haih, bukan main lagi ya mereka bertiga. Elle menoleh.
"Yes?"
"Tengok schedule aku. Pukul berapa meeting dengan Angelina?" Kata Nicholas. Elle menatap Nicholas sebelum dia mencebik. Dia mengeluarkan buku notanya dan diselak sehelai demi sehelai. Dia menatap Nicholas
"Pukul 10. Selepas inilah. Dekat cafe haritu." Elle menjawab dengan malas. Nicholas menatap Elle.
"Can you tell her, come to my office. Not in the mood nak keluar meeting dekat luar." Kata Nicholas.
"Is? Is everything okay?" Tanya Elle. Nicholas mengangguk.
"Just not in the mood." Kata Nicholas. Elle mengangguk.
"Pelik juga. Lelaki pun boleh tak ada mood ke?" Tanya Elle sendiri sambil dia memasukkan buku itu ke dalam begnya. Nicholas menatap Elle.
"Perempuan tahunya bad mood bila time period je." Elle terhenti. Dia ternganga mendengar Nicholas bersuara halus sambil melangkah ke keretanya itu. Dia mengeluh.
"Mulut tak ada insurans!" Elle berkata. Nicholas buat tak tahu.
Mereka kemudiannya menuju ke pejabat Nicholas. Wajah Elle masam. Mana tidaknya, di dalam kereta tadi dia diherdik oleh Angelina yang tiba-tiba naik angin ketika diberitahu Elle bahawa perjumpaan dia dan "Signor Nicholas" di kafe kegemarannya itu ditukar ke pejabat Nicholas. Suruh pergi pejabat je pun! Bukannya cancel meeting. Dasar perempuan terlebih emo.
Elle diam di dalam lif. Nicholas menatap Elle pelik.
"You good?"
"Not in the mood!" Kata Elle dengan pantas. Nicholas membuat muka.
"Period ke?" Tanya Nicholas. Elle mengerutkan dahinya dan menatap Nicholas dengan tajam! Macam tahu-tahu je!!!
"Belum pernah saya dengar CEO syarikat mati kena hempuk dengan beg tangan saya. Jangan sampai Signore orang pertama yang masuk news!" Amaran Elle. Nicholas menutup mulutnya. Pura-pura takut dengan ugutan Elle. Elle menjeling tajam. Ni semua salah perempuan rambut perang tu! Haih!!
Elle terus meluru masuk ke dalam bilik kerjanya tanpa berkata sepatah pun kepada Nicholas.
"Bad mood betul dia ni." Kata Nicholas perlahan. Dia melihat Elle meletakkan begnya dengan sedikit kasar dan dia ingin duduk namun
"Awww!!"
Nicholas menutup mulutnya. Cuba untuk menahan ketawanya. Elle.. Elle jatuh kerusi. Nicholas melihat kerusi itu ditolak dengan kasar. Nicholas masuk ke dalam bilik Elle itu. Dia menuju ke meja kerja Elle dan dia melihat Elle yang terduduk di atas lantai itu dengan wajah yang masam mencuka.
"Are you okay?" Tanya Nicholas. Elle mendongak.
"Cubalah Signore jatuh kerusi. Lepastu beritahu saya, okey ke tak." Kata Elle. Nicholas menggeleng kepalanya. Elle mengutip barangan yang sedikit berterabur di lantai. Punyalah nak tahan diri dari jatuh ke lantai, habis semua perkakas yang ada dekat atas meja itu ditarik sehingga semua terjatuh ke lantai.
Nicholas merendahkan tubuhnya. Dia membantu Elle untuk mengutip barangan yang berterabur di atas lantai itu. Elle hanya melihat sekilas sebelum dia cuba untuk berdiri. Sedikit sakit di bahagian pinggangnya.
Nicholas cuba untuk membantu Elle. Dia memaut pinggang Elle. Elle terkejut sebelum dia menolak Nicholas dengan kuat. Nicholas terkejut sebelum dia terpijak pensil kayu di atas lantai itu. Nicholas terjatuh dan tangannya.. Tangannya menarik tubuh Elle sebelum mereka sama-sama terjatuh di atas lantai. Tubuh belakang Nicholas betul-betul melekat di atas lantai itu.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...