BAB 11

6.2K 897 77
                                    

KELUAR sahaja dari bilik, Nadiah sudah dengar gelak tawa ibunya dengan Datin Noor di ruang makan rumah besar itu. Perlahan-lahan dia katup pintu biliknya. Tadi sebelum mandi lebam di pipinya tak kelihatan, selepas dia mandi dan bersiap barulah kesam lebam tamparan ayahnya tadi timbul.

Serba salah dia mahu turun dan tunjuk kesan lebamnya kepada ibu dan Datin Noor.

Tangan naik mengusap hujung bibir dan pipi. Sakit dan pedih tamparan orang tua tadi masih berbekas. Tapi pedih di hatinya lebih sakit.

Lama termenung di hadapan pintu bilik. Nadiah terdengar pintu dibuka. Toleh sahaja ke belakang dia lihat Faisel berbaju-T putih baru keluar dari satu ruang. Mungkin itu biliknya. Terus Nadiah turunkan tangan terkebil-kebil memerhati lelaki itu.

Faisel berjalan tenang turut memandangnya hingga lelaki berhenti tepat di hadapan Nadiah. Hanya beberapa jengkal buat haruman tubuh lelaki itu kuat menusuk hidung Nadiah. Kembang kempis juga hidung Nadiah cuba mengecam bau lelaki itu. Bau sabun ke bau perfume? Tak pernah dia rasa bau lelaki buat dia rasa senyaman ini. Biasanya bau Affan menyengat dan busuk di hidung Nadiah. Tapi bau Faisel malah sebaliknya.

Ralit mengelamun fikirkan perfume Faisel, Nadiah baru tersedar Faisel sedang kusyuk menilik wajahnya. Sekali lagi dia terkebil-kebil. Dadanya rasa sakit. Sakit dengan detakan yang kuat hingga dia rasa nafasnya pendek. Dia berdebar ke?

"Pipi awak." Baru Nadiah ingin membuka mulut membuang kejanggalan, badannya terhinjut apabila tangan Faisel bergerak mengusap hujung bibirnya yang lebam ditampar ayahnya tadi.

"Ah, ni... Sikit je." Nadiah tolak tangan Faisel di wajahnya. Kalau siapa-siapa ternampak mereka dalam keadaan begitu, jenuh nak bersoal jawab nanti.

"Dah letak ubat?" Tenang dan lembut sahaja suara Faisel menyoal buat Nadiah terbuai sejenak.

"Huh?" Setelah dia tersedar, dia terpinga-pinga.

"Pipi awak. Dah letak ubat?"

"Letak ubat? Saya ingat nak letak ais je nanti. Lagipun lebam sikit je. Tak adalah teruk sangat." Nadiah senyum tidak mahu Faisel risaukan keadaannya.

"Tak teruk?" Anak mata Faisel memutar ke atas. Andai Nadiah tahu betapa dia sedang menahan dirinya melihat lebam di wajah gadis itu.

"Jom turun. Mama awak mesti dah tunggu." Nadiah terlebih dahulu berpaling melangkah dan Faisel membuntuti dari belakang.

"Haaa turun juga si teruna dan si dara ni. Buat apa lama-lama kat bilik tu?" soal Datin Noor sebaik dia lihat Nadiah dan Faisel beriringan tiba di meja makan. Macam dah kenal lama aje gaya budak berdua ni.

"Maaf, aunty. Nad cakap dengan Faisel kejap tadi." Nadiah ambil tempat di meja makan tepat di sebelah ibunya.

"Ibu lupa nak tanya. Kau orang dah kenal ke? Macam nak kenal je..." Puan Suraya pula menyampuk. Terus Faisel dan Nadiah berpandangan.

"Err... Nad dan Faisel pernah kenal sebelum ni. Kebetulan sungguh, rupanya dia anak Aunty Noor."

Faisel senyum tipis sambil dia tarik kerusi buatnya.

"Pernah kenal? Kenal macam mana tu?" Datin Noor kerut dahi. Nampak berminat.

"Kenal biasa-biasa je, aunty..." Takkan dia nak cerita Faisel pernah pujuk dia yang tengah patah hati lepas dapat tahu teman lelaki dia curang dengan kawan dia sendiri.

"Macam mana keadaan aunty?" Faisel mengubah topik dengan bertanya keadaan ibu Nadiah.

"Dah okay, Faisel. Nad aje yang risau lebih-lebih."  Puan Suraya balas soalan Faisel dengan senyuman.

NADWhere stories live. Discover now