"KAKAK oo kakak bangunlah dah pukul 11 tengah hari dah ni, cakap nak hantar umi pergi kerja"
"5 minit lagi umi!"
"Dah pukul 11 tengah hari dah ni,
Bangun cepat"
"Yelah umi"
Liyanna terus bangun dari pembaringannya. Dicapai tuala yang berada di belakang pintu itu lalu dia mengatur langkah ke tandas untuk membersihkan badannya.
Oh, nama dia Nik Liyanna tapi mereka semua memanggilnya dengan nama Liya."Adik pergi mana umi?"
Soal Liyanna apabila tidak melihat kelibat adik perempuannya iaitu Nik Dayanna selalunya ada je dekat rumah tapi hari ni tiba-tiba menghilang takkanlah kena sorok dengan orang bunian."Dia pergi rumah kawan dia,nak buat kerja sekolah katanya"
"Ohh"
Liyanna mengambil cawan yang berisi air hot chocolate itu lalu disuakan ke dalam mulut"Jom,nanti lambat pula umi nak masuk kerja"
"Ok"
Liyanna mengatur langkah pergi ke hadapan rumahnya lalu dia memanaskan enjin motor ego kepunyaan uminya."Jom umi enjin dah panas ni"
Kata Liyanna sambil memandang uminya yang sedang mengunci pintu rumah.
Motor ego itu meluncur keluar dari perkarangan rumah mereka.Motor ego itu diparking berhadapan dengan rumah Tan Sri Syafiq.Liyanna bersalaman dengan uminya sebelum matanya terpacak pada sebuah kereta yang sangat dikenali olehnya.
"Umi kereta siapa tu?"
Liyanna menyoal tatkala melihat sebuah kereta Audi R8 berwarna hitam yang dikenali olehnya.
"Kereta anak Tan Sri""What!?"
Takkanlah.....
"Kenapa kakak kenal ke?"
"Eh t-taklah saja je tanya"
"Ada-ada je kamu ni. Dah la umi pergi dulu"
"Ok umi,balik pukul berapa?"
"Pukul 6"
"Ok umi Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Motor ego itu pun meluncur meninggalkan perkarangan rumah Tan Sri Syafiq.**
"ISHHH! Malasnya nak balik rumah sewa"
"Alaa kakak ni berapa bulan je lagi pun bukannya lama"
Liyanna menjeling adiknya yang sedang bermain telefon. Eh hello dia tu duduk rumah je selalu bukannya faham pun perasaan orang yang duduk rumah sewa ni."Kakak cepat Mia dah sampai ni"
Seru umi dari luar.Mia Harmisya iaitu kawan yang paling rapat dengannya sejak sekolah menengah lagi.Kadang-kadang kawannya yang seorang ni memang masuk air. Kalau boleh semua hal orang dia nak ambil tahu. Mengalahkan Detective Conan betul!"Ye umi kejap"
Liyanna melangkah pergi ke uminya sambil mengheret bagasi besar miliknya.
"Kakak pergi dulu lah umi"
Liyanna bersalaman dengan umi dan adiknya
"Elok-elok belajar tu ni sem terakhir kamu"
"Baik umi, Assalamualaikum"
Liyanna mengatur langkah menuju kearah kereta Mia yang terparking di hadapan rumahnya
"Bye kakak!"**
MEREKA berhenti di hadapan rumah sewa yang diduduki oleh mereka berdua.
Liyanna dan Mia melangkah keluar dari perut kereta sambil membawa bagasi mereka.
"Jannah ada ke we?"
Liyanna menyoal Mia
"Entah"Jannah Maisarah adalah kawan satu universiti bersama Liyanna dan Mia.Jannah adalah seorang yang kurang bercakap tapi sekali je dia bersuara memang deep teroks!
Baru saja tangan Liyanna ingin naik mengetuk pintu tiba-tiba pintu itu dibuka secara mengejut oleh seorang perempuan.
"Hai kau orang"
"Eh ingat kan kau keluar tadi"
Mia bersuara di tepi Liyanna
"Tak jadi, meh la masuk dah lama aku tunggu korang ni"
Lalu Liyanna, Mia dan Jannah melangkah masuk kedalam rumah sewa itu.**
"MIA Bangun solat subuh!"
"Hm kejap"
Susah betul nak kejutkan minah ni dah nak dekat 10 kali juga Liyanna kejutkan dia tapi tak bangun-bangun.Baru Liyanna tahu betapa terseksanya uminya bila nak gerak dia solat subuh.Tak sama macam Jannah kalau Liyanna kejut sekali je dah bangun terus.
Haihh
"MIA HARMISYA BANGUN!"
"Ish yelah-yelah"
"Bangun solat lepastu siap kita ada kelas pukul 8 nanti"
"Hmm"Dahlah subjek yang memang dia tak minat tapi terpaksa pergi. Well dia adalah Nik Liyanna, dia takkan pernah skip kelas kalau tak ada sebab walaupun malas tapi dia tetap ingin belajar sebab nak berjaya kata. Cehh tibe
**
Liyanna, Mia dan Jannah telah sampai di kelas tempat duduk Liyanna di sebelah kiri Mia katanya kau duduk la tepi aku senang sikit kalau kena jawab soalan aku tanya kau.Maklumlah pandai.
Manakala Jannah pula duduk di sebelah kanan Liyanna.Liyanna memandang kearah Mia sebelum dia mengajukan soalan yang sudah lama dia ingin bertanya.
"Mia,kau ingat lagi tak doktor yang kau cakap handsome, masa kau demam kita pergi klinik hari tu?"
"Kejap aku nak ingat balik"
Setelah menunggu beberapa minit akhirnya Mia bersuara juga"Haa aku baru ingat tak silap aku nama dia Haris Arsyah.Kenapa kau tanya aku pasal dia?"
Mia memandang Liyanna dengan hairan mungkin pelik sebab tak de angin,ribut dan kilat Liyanna menyoalnya pasal jejaka pujaan hatinya."Kau nak tahu tak haritu aku pergi hantar mak aku kerja dekat rumah Tan Sri Syafiq lepastu aku nampak kereta dia dekat rumah tu"
"Jangan kata kau nak cakap yang doktor Haris tu anak Tan Sri"
Liyanna dan Mia saling memandang sebelum Liyanna mengangguk sebagai jawapan.**
LIYANNA hanya berdiri tegak dihadapan rumahnya.Rumahnya bagaikan tiada penghuni dia bagi salam tiada langsung orang yang menjawab salamnya
Kosong!
Laju saja tangannya mencapai telefon yang berada di dalam poket.Tanpa melengahkan masa tangannya terus lincah mencari nama di dalam kenalan, setelah menjumpainya dia menekan nama itu untuk didail dia terus menekapkan telefon itu ditelinganya.
"Hello umi"
"Kakak dah sampai?"
"Dah.Umi pergi mana?"
"Umi lupa nak cakap umi dekat rumah Tan Sri sebab malam ni diorang buat tahlil""Oo jadi umi balik bila?"
"Entahlah kakak umi pun tak tahu.Tapi kalau kamu tak nak kebulur datang je lah dekat sini"
"Tengoklah macam mana dulu umi"
"Yelah umi letak dululah umi ada kerja ni"
"Ok umi bye"Haishh lapoooo!
Setelah beberapa minit dia termenung di hadapan rumah tu barulah dia membuat keputusan ingin pergi ke rumah Tan Sri sebab sekarang ni perutnya sedang berjoget minta diisi.
bersabarlah wahai perutku aku tahu kamu sedang kelaparan sekarang.
Tanpa melengahkan masa Liyanna terus memesan grab.Takkan dia nak pergi dengan berjalan kaki.Jauh pula tu baik dia naik grab.
VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
Fahim:Attractive Husband [C]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐍𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀] (In editing process!) Dia...... Tengku Mohd Fahim seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang mampu menggoyahkan iman mana-mana perempuan yang melihatnya kena pula dengan pekerjaannya seba...