Pejam celik, sebulan telah berlalu semenjak mereka pulang dari New York. Elle dan Nicholas kembali pada rutin harian mereka. Bekerja, bergaduh, mesyuarat dan pulang ke rumah. Begitulah rutin harian mereka. Elle pula, semakin lama semakin terbiasa dengan sikap Nicholas yang suka mengajaknya secara mengejut. Seperti sekarang, dia mengajak Elle untuk menemaninya ke sebuah kafe. Tidak tahu di mana tetapi Elle hanya menurut.
Semakin Nicholas memandu, semakin Elle mengenali kawasan yang dilaluinya saat ini. Laluan ke kafe Kak Erra. Elle menoleh ke arah Nicholas senyap-senyap sebelum Elle kembali duduk dengan tegak. Elle cuma untuk menahan dirinya. Mungkin hanya melalui kawasan itu sahaja. Mata Elle bulat ketika melihat Nicholas memberi lampu signal keretanya betul-betul di hadapan kafe Kak Erra.
"Let's go." Kata Nicholas. Elle menoleh.
"De..Dekat sini? Kita? Kita minum dekat sini?" Tanya Elle. Nicholas menoleh sebelum dia melihat kafe di hadapannya itu.
"Nope. Kafe sebelah." Kata Nicholas. Elle mencebik. Cis!
"Kenapa tak nak kafe ni?" Tanya Elle.
"Tak menarik." Jawab Nicholas selamba. Elle mencebik. Dia menjeling Nicholas sebelum dia melangkah keluar. Nicholas menggelengkan kepalanya. Dia turut melangkah turun. Enzo dan Alex berada di dalam kereta belakang kereta Nicholas.
Nicholas melangkah menuju ke kafe bersebelahan dengan kafe Kak Erra. Elle sempat menoleh ke dalam kafe itu. Ada beberapa tetamu sedang menjamu selera di dalam kafe itu. Rindunya nak kerja dekat sini. Dapat Elle lihat Erra sedang sibuk di kaunternya itu.
Alhamdulilah. Kafe Kak Erra kini sudah mula beroperasi setelah beberapa bulan ditutup. Elle teruja ketika kakak angkatnya itu memberitahu tentang pembukaan semula kafenya. Dapat Elle dengar betapa terujanya suara Kak Erra semasa mereka berhubung di telefon bimbit dua minggu yang lepas. Namun kesibukan di pejabat membuatkan Elle tidak dapat melawati mereka.
"Elle? Cosa fai? Andiamo. (What are you doing? Let's go.)" Nicholas memanggil. Pelik dia melihat Elle yang sedang mengintai di balik cermin kafe gerai itu. Elle menoleh. Sibuklah dia ni. Elle muncung. Dia membetulkan begnya sebelum kaki menapak ke arah Nicholas. Nicholas hanya gelengkan kepala.
Mereka menapak ke kafe itu sebelum mengambil tempat bersebelahan cermin tingkap yang memaparkan laluan jalan raya itu. Sesekali Elle menoleh ke arah luar. Ish, ikutkan hatinya mahu sahaja dia pergi ke kafe kakaknya itu.
"Kau tengok apa?" Nicholas bertanya. Elle menoleh.
"Tak ada apa-apa." Elle menjawab. Nicholas mengangkat keningnya.
"Kau tahu kenapa kita pergi sini?" Tanya Nicholas. Elle menoleh.
"Kenapa Signore?" Tanya Elle.
"Sebab.." Nicholas berhenti. Elle menanti. Sebab apa pula.
"Sebab?"
"Sebab aku haus." Jawab Nicholas selamba. Elle mencebik. Dia menjeling Nicholas dengan tajam sebelum dia mendengus. Nicholas tersenyum nipis.
"Buongiorno Signor Nicholas. (Hello Mr Nicholas)" Elle tergamam. Suara itu.. Suara itu.. Suara..
"Ciao, Max." Nicholas membalas. Elle tergamam. Nafasnya turun naik. Max? Lelaki tua itu? Lelaki tua yang juga ketua lintah darat itu? Elle rasa kakinya lemah.
"Well well, C'è anche la bella signora qui? (Gadis cantik ini turut berada di sini?)" Max bersuara. Dia mengambil tempat di hadapan Elle. Wajah Elle pucat lesi. Elle sedikit mengundurkan kerusinya. Elle menatap Nicholas.
Max duduk manakala tiga lelaki bertubuh sasa sedang berdiri tegak di belakangnya. Beberapa pelanggan di kafe itu bangun dan terus menjauhkan diri mereka dengan Max. Ya. Mereka semua tahu siapa Max.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...