tertidur

1K 78 16
                                    

KRINGGGGG

loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan, semua pelajar yang tadinya mengantuk terus semangat nak balik, kecuali Darya.

baru pukul 3:48 petang, masih awal.. lagipun kalau Darya pulang ke rumah, tiada siapa.

kerana Darya mengulang kaji pelajarannya sehingga lewat malam, maka hari ini matanya terasa sangat berat dan akhirnya terlena di dalam kelas.

6:58 petang

Darya terjaga dari tidurnya.

suasana kelas yang gelap dan suram itu menjadi pemandangan pertama yang dilihat.

Darya mengambil telefon bimbitnya, jam menunjukkan 6:58 petang, terus segar matanya apabila lihat dia telah lewat untuk pulang.

segera dia mengemas barang dan keluar daripada kelas.

"aduu aku dah lambat ni, tulah mengantuk punya pasal, sekolah pun dah kosong" rungut gadis itu sendiri sambil berjalan di koridor.

kelas Darya merupakan kelas paling jauh dalam sekolah, ia dibina paling belakang dan kelasnya berada di tingkat lima.

apabila sampai di tangga baru dia perasan bahawa cuaca diluar sedang hujan dengan lebatnya, lebih malang lagi bila dia tidak membawa payung.

blok bangunan kelasnya bersambung dengan blok bangunan perpustakaan, ia bersambung dengan koridor di tingkat tiga.

"aku pergi library je la.. scary pulak kalau duduk dekat blok ni" Darya memulakan langkahnya.

tap tap tap tap

bunyi seperti ada seseorang yang sedang berjalan di belakangnya, terus Darya berpusing untuk melihat siapakah orang tersebut.

Rizky. Nizham Rizky.

"Riz- Rizky.."

lelaki yang tinggi itu berdiri betul-betul di hadapan Darya.

Wajahnya pucat. Rizky hanya merenung dalam anak mata Darya tapi sebarang reaksi. Darya menjadi janggal dengan situasi mereka sekarang.

"kau tak balik lagi?" Darya bertanya memecahkan kesunyian. Hanya suara Darya yang bergema di sepanjang koridor ini.

"Tak. Aku nak cari bahan" sepatah. sepatah.

"ouhh.. macam tu boleh la teman aku dekat library." Lega sedikit rasa apabila dia ada teman.

Rizky hanya berjalan belakang Darya, apabila di tanya memang sepatah sahaja jawapan diberi.

Tetapi Rizky bukan seorang yang pendiam, pasti ada saja yang ingin dibicarakan.

Namun malam ini, Rizky lain. Darya tidak mahu overthinking jadi dia menganggap Rizky ada masalah.

setibanya di library Darya terus mencari sebuah buku, dapat juga dia mengisi masa lapang sementara menunggu hujan reda.

Darya memilih sebuah buku bertajuk "Save Me" bergenre horror. Entah kenapa buku itu menjadi pilihan. Rizky menghilang entah kemana, mesti dia cari bahan yang dikatakan tadi.

Darya duduk di kerusi, buku tadi dia belek, sempat dia pusing untuk lihat jika hujan sudah berhenti. Apabila dia pusing semula kehadapan, Rizky sudah elok terduduk dihadapannya.

"Eh kau ni, terkejut aku" sapa Darya.

Rizky, diam.

120 muka surat, jalan ceritanya menarik tapi Darya tidak puas hati, sepatutnya perempuan tu tahu yang kawan dia adalah hantu.

Hujan sudah berhenti, Darya memandang Rizky dan masih sama, Rizky diam dan menunduk membaca buku.

"Rizky, aku balik dulu la, hujan dah berhenti."

Rizky sekadar mengangguk. Tidak kelihatan mukanya.

turun dari tingkat tiga ke tingkat satu, dah macam kena kejar anjing, Darya turun laju sangat. Dia terus berjalan ke pintu pagar yang jaraknya jauh.

bila gelap macam ni, rasa macam ada je mata memandang, creepy sangat.

lepas 2 minit Darya berjalan, dia sampai di depan pondok pengawal. Dia berhenti seketika untuk minum air.

"eh dik tak balik lagi ke? malam dah ni.. takde siapa dah" lelaki yang sedikit berumur itu menegur Darya.

"eh? ohh saya.. pergi library cari bahan.." jawab Darya.

Dari pondok pengawal ini, boleh melihat blok perpustakaan dan blok guru. Jadi nampak la seluruh bangunan dah gelap.

"tak elok lambat dah ni, bahaya."

Darya sekadar mengangguk. Dia menyimpan botol air di tepi bag, tangannya menyeluk poket hadapan untuk mengambil telefon bimbit.

Ting Ting Ting Ting

bertalu-talu mesej masuk, baru dia teringat tadi tiada line sebab blok belakang berdekatan dengan hutan.

notifikasi dari tiktok, instagram, gmail semualah ada. Tapi ada satu yang mendapat perhatian Darya.

iMassage daripada Rizky

Darya menjadi terpinga-pinga, dia merasa seakan-akan dia karakter dalam buku yang dibacanya sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Darya menjadi terpinga-pinga, dia merasa seakan-akan dia karakter dalam buku yang dibacanya sebentar tadi.

Darya memandang blok library yang gelap, ternampak Rizky berdiri di tingkap cermin.

Tangannya melambai-lambai, matanya hitam semua, bibirnya mengukirkan senyuman ngeri.

aku berlari keluar daripada kawasan sekolah, nafas aku tak teratur.

end

hi guys ik this first story macam slow and pendek sangat, this is one shot okay tapi still ada kaitan dengan next story

don't forget to follow _RaeNis_ 🤍

EN-HORRORWhere stories live. Discover now