Tangan sahabatnya di genggam dengan erat. Kaki semakin laju melangkah dan mengelak sesiapa yang menghalang laluan. Tiba dihadapan sebuah booth yang sudah dipenuhi dengan orang. Keluhan perlahan dilepaskan.
Saat menunggu giliran. Dia menoleh melihat sahabatnya yang sudah dipaksa untuk mengikuti segala gerakkannya tadi.
"Aku tahu... kau minat. Tapi sabar boleh tak?" soal Nyla Aurora dalam nafas tidak teratur.
Penat dipaksa Aileen mengikuti untuk berlari sekali. Terus tangannya mula mengatur rambut pendeknya.
Seketika, Nyla menggeleng. "Kalau ya pun. Awning tudung kau biarlah elok sikit" tutur Nyla sambil memperbetulkan tudung sahabatnya.
Aileen hanya sengih. Walaupun Nyla tiada agama. Namun, Nyla lah yang selalu menjaga aurat Aileen. Awning tudung yang rosak pun, Nyla lah yang mahir betulkan.
2 buah buku dipeluk erat di dalam dakapan. Menunggu giliran dia tiba untuk berjumpa dengan seorang penulis lelaki yang sudah terkenal di dalam dunia novel.
"Hehehe. Dia tu datang sekejap je. Aku risau dia pergi" balas Aileen dengan sengihan.
Langsung tidak kesah dengan pandangan orang sekeliling yang perangainya serupa budak kecil yang sedang berebut melihat gula-gula percuma di hadapan mata. Urat malu sudah putus akibat penulis yang jarang muncul.
Hanya tinggal beberapa orang sahaja. Aileen memerhati wajah lelaki yang sedang duduk menanda tangani buku keluaran sendiri. Walaupun wajahnya ditutup bersama mask hitam dan kaca mata hitam. Namun, aura yang terdapat di dalam dirinya. Sudah menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
Seketika, Nyla mendekati mulutnya ke telinga Aileen.
"Kau ngoratlah untuk aku" bisik Nyla.
Aileen terus menjauhi Nyla. Memandangnya dengan mata mengecil.
"Bukan J'breath kesayangan kaulah. Itu sebelah dia tu" sambung Nyla pantas sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang berdiri tenang di sebelah penulis tersebut.
Tegak berdiri di sebelah penulis yang dikenali sebagai J'breath. Langsung tidak bergerak seinci pun. Seolah dia adalah patung hiasan yang ditugaskan untuk memenuhi pandangan.
Aileen menggeleng perlahan. "J'breath tu pun susah aku nak dapatkan. Ini kan pula itu? Nama pun aku tak tahu siapa" balas Aileen.
Memang kehidupan penulis lelaki tersebut terlalu misteri. Sehingga, akaun laman sosial yang dibuka hanya hidup untuk setahun sekali sahaja.
Tiba giliran Aileen. Nyla hanya menunggu disebelah Aileen. Tidak berminat dengan dunia novel. Baginya, dunia ini hanyalah buat pembaca menjadi angau. Bila segala yang terjadi di dalam kertas itu, hanyalah sebuah mimpi.
"Nama?" lembut suaranya menyoal.
"Aileen" balas Aileen.
Selesai menanda tangani. Aileen mengambil buku yang telah dihulurkan. Serta merta, mata Aileen bersatu dengan pandangan lelaki dihadapannya.
Tiba-tiba, fikiran Aileen mula teringatkan kisah silamnya yang telah terjadi 5 tahun yang lepas. Tidak semenanya, mata mula berkaca dengan sendiri.
Pandangan ini...
Yang paling dirindukan. Yang paling diperlukan.
________________
Beberapa tahun yang lalu...
Disaat terdengar bunyi pintu bilik terbuka, perlahan kelopak mata mengikut terbuka. Mata melilau ke arah sekeliling sebelum mata menoleh ke arah seorang wanita yang sedang membawa makanan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir Buat Permata
RomanceHanya sakit yang dapat dirasai tatkala mencintai seseorang yang sama rupanya, namun jiwa telah berbeza. "Aku Jauhar... bukan Ayden" - Jauhar Khairr "Kenapa kau muncul masa aku dalam fasa untuk lupakan dia" - Permata Aileen Clarissa Pemergian orang y...