Nicholas menatap Elle yang sedang khusyuk mengunyah sandwich sosej yang dibeli di lori food truck yang dijual di tepi jalan tadi. Dia mengunyah sandwich itu dengan sedikit gelojoh. Ya. Dia lapar. Sangat lapar. Semuanya gara-gara si lelaki tiang ni! Boleh pula dia batalkan rancangan lunch mereka sebentar tadi.
"What's wrong?" Nicholas bertanya. Elle yang sedang menggigit roti itu menatap Nicholas dengan tajam. Nicholas mengerutkan dahinya.
"What?"
"You asked me? What's wrong? Can't you see? I'm hungry!" Elle berkata.
"Aku dah belanja kau sandwich."
"Not enough!" Elle menjawab. Nicholas menjeling.
"Nanti aku belanja kau makan lagi. Ni, teman aku dulu." Kata Nicholas. Elle menatap Nicholas tajam.
"Pergi mana?" Elle bertanya.
"Ni? Tak nampak. Brooklyn Bridge?" Kata Nicholas sambil menunjuk ke arah tiang jambatan itu. Mereka saat ini berada di Jambatan Brooklyn yang merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong yang melancong ke New York.
Elle tidak perasan keberadaan mereka kerana terlalu sibuk mengunyah sandwich yang masih panas itu. Dicampur pula dengan rasa marah kepada Nicholas. Nasib baiklah Nicholas pandai mengambil hatinya. Elle berdehem.
"Oh." Hanya itu jawapan Elle. Nicholas melangkah. Elle turut melangkah.
"Signore." Elle memanggil. Nicholas menyahut. Kaki mereka masih menapak. Mereka menyusuri laluan di jambatan Brooklyn itu.
"Selalunya,orang. Kalau dah lama tak jumpa or you know,a situation like Signore and your mom. Selalunya, orang akan spend time sama-sama. Or, you know. Meluahkan perasaan atau melepaskan rindu antara satu sama lain. Kan? Selalunyalah." Kata Elle. Nicholas menatap Elle.
"Apa yang kau cuba sampaikan ni?" Tanya Nicholas. Elle berhenti. Nicholas turut berhenti.
"Kenapa Signore ajak saya pergi sini? Kenapa Signore tak nak spend masa Signore dengan ibu Signore?" Tanya Elle. Nicholas diam. Dia mengeluh.
Elle menatap Nicholas. Memang pelik! Lepas sahaja mereka berpelukkan di tengah laluan pejalan kaki, Nicholas terus meminta diri dengan menarik beg tangan Elle. Meninggalkan ibunya sendirian di situ. Bukan itu sahaja, rancangan mereka untuk makan di restoran Itali sebentar tadi juga terkandas. Mengapa? Mengapa Signore lari?
"Sebab aku tak ready." Jawapan Nicholas buatkan Elle terdiam. Aik? Dia ni memang boleh baca fikiran orang ke?
"Maksud Signore?" Tanya Elle. Nicholas mengeluh.
"I'm not ready to talk to her. I'm not ready for everything that related to her." Nicholas berkata. Elle mengerutkan dahinya. Pelik.
"Habis tu tadi? Signore peluk mak Sig- wait, jangan cakap yang Signore buat semua tu sebab Signore kesiankan saya?" Tanya Elle.
"What do you mean kesiankan kau?" Tanya Nicholas.
"Yelah. Malam tadi kan, saya buat ayat sedih dekat Signore. And manalah tahu kalau Signore buat semua tu sebab Signo-"
"No I'm not. I'm not doing that to make you feel emphaty. Like what I said. It was so unexpected. The truth is, I'm not ready to met her." Nicholas berkata. Elle kemudiannya diam. Dia menatap Nicholas. Riak wajahnya sedikit sedih. Haih. Tiba-tiba rasa bersalah.
"I'm sorry, Signore." Kata Elle. Nicholas menegakkan tubuhnya. Dia menatap Elle.
"Nevermind. Nothing related to you." Kata Nicholas. Elle mengangguk. Dia kemudiannya kembali mengunyah sandwich itu.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...