PROLOG

61 4 0
                                        

2006

"Hai nama awak siapa?" Terus Qeez menoleh ke arah suara tersebut. Seorang anak kecil yang comot kerana ais krim membuatkan Qeez menahan gelak.

"Hai, nama aku Laqeez Asyraf. Can I know, what's your name?" Balas Qeez dengan penuh senang hati. Tidak lepas pandangannya kepada anak kecil itu. Matanya berwarna coklat, kulit pula putih mulus dan pipi tembamnya yang agak kemerah-merahan. Comel.

"Hah, wats apa?" Baru sahaja Qeez mahu mengulangi soalannya, si kecil itu telah memotong."Sekejap, mama kita pernah cakap name tu maksud dia nama. Betul tak?" Qeez hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Oh, nama kita Elika Shifa. Tapi orang selalu panggil kita Lily sebab kita suka sangat bunga lily" jawab Elika dengan perasaan ceria. "Abang buat apa dekat taman ni?"

"Saja ambik angin, duduk dekat rumah nak buat apa. Bosan. Nak main tak ada kawan dekat sini. Kawan semua duduk jauh, ada yang balik kampung. Haish, bestnya mereka"

Elika hanya mendengar. Mereka terdiam sejenak.

"Abang tak ada kampung ke?" Elika bersuara setelah dia mendiamkan diri.

"Kampung? Hehe.... Kampung abang dekat bandar je, dan atok nenek abang pun dah meninggal..." Qeez berasa dirinya diperhatikan terus dia menoleh ke arah Elika yang duduk bersebelahan dirinya. "Kenapa tengok aku macam tu?"

Elika hanya menggeleng. "Tak ada apa-apa". Mereka seketika mendiamkan diri lagi. "Abang cakap abang tak ada kawan dekat sinikan?" Qeez mengangguk dan berkerut keningnya. Apalah yang akan ditanyakan oleh budak ini kepada dirinya sebentar lagi.

"Sekarang Lily kan ada. Jadi abang boleh kawan dengan Lily. Mama Lily pun cakap kita kena cari kawan dekat sini. Sekarang Lily ada abang, abang ada Lily" kata Elika sebelum dia senyum menampakkan giginya.

Qeez sekadar mengangguk. "Sekejap, kau ni umur berapa sebenarnya?" Tanya Qeez sambil melihat anak kecil itu.

Elika menunjukkan 7 jarinya kepada Qeez. Sekejap, 7 jari? Maksudnya 7 tahun lah. Habislah kau Qeez, dapat kawan dengan budak-budak. Haha. Qeez pulak umur 11 tahun.

Berkerut dahi Qeez melihat jari ketot itu sebelum melihat ke wajah Elika yang masih comot dengan ais krim. "Ish, rimaslah aku tengok mulut kau tu. Dah lah berlemoih. Sini ikut aku" Elika hanya menurut sahaja.

Setelah membasuh mulut Elika mereka ke taman itu semula. Sudah hampir pukul 6 petang. Qeez terus mengambil barang-barangnya yang berada di kerusi taman itu.

"Abang, kita dah kena baliklah dah lewat ni. Nanti mama kita marah" kata Elika sambil melihat jam tangannya yang di dalamnya ada gambar Elsa Frozen.

"Jumpa, lagi nanti ye.Byee" Elika melambaikan tangannya. Qeez turut balas lambaian itu. Hatinya tiba-tiba berasa tenang apabila melihat wajah ceria itu. Dan tanpa dia sedari satu senyuman terukir dibibirnya.

2023

Qeez mula melihat jam di telefonnya, sudah 2.30 petang. Perasaan rindu kepada gadis kecil itu telah membuak-buak, tinggal melepaskan rindu itu selepas melihat dia.

"Kemanalah kau, kau pun mesti dah besar. Dah tak sama macam dulu" Qeez ketawa kecil.

Flashback
Qeez terdengar suara ketukan pintu di ruang tamu. Dia terus turun dari biliknya dan terlihat sosok tubuh Elika yang kecil itu di depan pintu.

"Hey, budak kecik. Kenapa nampak monyok je? Kau kena marah dengan mama kau ke?" Berkerut dahi Qeez melihat bahu Elika yang terhinjut-hinjut seperti sedang menangis. "Eh, kau ok tak ni? Kau ada jatuh ke? Mana luka tu mana" Qeez mengecek tangan, kaki, lutut, siku Elika tapi tiada luka pun.

Elika masih lagi mendiamkan diri. Lidah Elika seakan-akan kelu, tidak boleh berkata apa-apa.

"Na.... nah" Elika menghulurkan seutas rantai mainan kepada Qeez. Qeez mula pelik, apa yang terjadi sebenarnya.

"Kau....nak cakap apa-apa ke?" Elika mengangguk. "Kenapa tak cakap? Apahal kau guna kepala je?" Elika hanya menggeleng. "Kau nak aku ambil kertas tak?" Elika mengangguk sekali lagi.

Qeez mencapai sehelai kertas dan sebatang pensel untuk Elika. Elika menulis dengan tangan terketar-ketar. Qeez makin tertanya-tanya semasa melihat Elika yang menundukkan kepala, tidak ingin bercakap. Selalunya dia yang selalu menceriakan hari-hari Qeez, tapi sekarang.....

Elika menghulurkan kertas itu sebelum dia memeluk tubuh Qeez dengan erat. Dia mengambil jari kelingking Qeez dan jarinya seakan-akan membuat pinkie promise.

"Saya a..akan selalu ingat a... abang" ucap Elika dengan nada teresak-esak dan sedikit sendu. Elika kemudian lari ke arah lori dan menaikinya.

"Peliknya dia hari ni. Entah hantu mana rasuk dia" kata Qeez yang masih melihat kearah lori yang dinaiki oleh Elika. "Ni surat apa pulak? Siap rantai bagai, dia ingat aku pondan. Eh ini Laqeez lah" surat itu mula menarik perhatiannya.

Qeez segera buka kertas itu dan membacanya. Lama kelamaan ayat dibaca lama kelamaan air mata jatuh ke kertas itu. Lily, dia pindah ke Thailand selama 3 tahun dan mungkin jika selepas 3 tahun itu kemungkinan dia akan ke Singapura atas sebab perkejaan mamanya. Bila Lily akan balik? Tidak pasti lagi. Ini semua disebabkan atas urusan kerja. Dan selepas Singapura Lily tidak tahu lagi ke mana destinasinya pada masa hadapan.

Qeez cuba menahan sebak tapi tidak boleh. Kawan rapatnya, 3 tahun mereka berkawan. Walaupun orang lain rasa 3 tahun itu sekejap sahaja tetapi bagi mereka seperti 30 tahun.

Dah masuk balik 2023
Qeez mengerling ke arah rantai yang diberi oleh Lily. Qeez mula bangun daripada tempat duduknya. Dia mencapai rantai itu lalu dipakaikan ke tangannya. Maklumlah kena letak dekat tangan sebab dah kecik.

Qeez menukar bajunya kepada baju T. Kaki dihayunkan untuk berjalan. "Ibu, Qeez lepak dengan Izwan sekejap," kata dia sambil memandang ibunya yang sibuk memasak.

Ibunya menoleh. "Hmm... jalan elok-elok."

"Okey." Qeez senyum gembira. Pintu rumah dikuak lebar lalu menapak keluar dari rumah agamnya itu.

QEEZ | OGМесто, где живут истории. Откройте их для себя