Chapter 11 [ Partner ]

5K 303 74
                                    

Elle menuruni tangga dari aras 2 penthouse itu untuk menuju ke dapur. Sudah jam 11 malam. Perut dia tidak henti berkeroncong sejak dia pulang dari majlis tadi. Melihat betapa masam dan kelatnya wajah Nicholas ketika itu, jadi takut untuk Elle bersuara. Dia lapar. Dia belum makan apa-apa sejak petang tadi. Balik dari majlis terus pulang ke rumah. Nicholas pula hanya diam. Langsung tidak bersuara.

Elle melangkah ke dapur. Hanya lampu dapur sahaja yang menyala. Elle terus menuju ke peti ais empat pintu itu. Lima boto mineral Spritzer di situ. Elle mengambil satu botol mineral itu dan dia tonggak. Lantaklah air siapa.

"Ehem."

"Mak kau terberanak!" Elle terkejut mendengar bunyi deheman dari belakangnya itu. Terjatuh botol mineral dari tangannya.

"Aaaa tumpahh." Elle menjerit perlahan sebelum cepat-cepat dia ambil botol mineral itu. Dia ingin berdiri namun kepalanya terhantuk di bucu pintu peti ais. Terus terduduk Elle. Kepalanya dipegang.

Nicholas mengerutkan dahinya dengan pelik. Melihat Elle yang terhantuk dengan pintu peti ais itu, Nicholas segera mendekati wanita itu.

"Kau ni dah kenapa?" Tanya Nicholas. Elle menatap Nicholas.

"Signore! Signore tu yang kenapa? Terkejut saya." Kata Elle sambil menggosok kepalanya. Risau bocor sahaja kepalanya itu. Nicholas kemudiannya membantu Elle untuk bangun namun seperti biasa, Elle menepis. Dia bangun dengan sendiri. Nicholas gelengkan kepalanya.

"Dah tumpah dah air ni. Semua salah Signore." Kata Elle. Nicholas hanya diam. Elle mengambil mop lantai yang tergantung kemas di ruangan laundry penthouse itu. Dia mengemop lantai itu. Elle melihat Nicholas dengan selamba meneguk air mineral itu. Bekas air mineral yang sama Elle minum sebentar tadi. Elle diam.

"Kenapa kau pergi dapur? Lapar?" Tanya Nicholas. Elle diam. Tidak menyahut. Dia bergerak menuju ke ruangan laundry. Dia berpatah kembali ke dapur setelah selesai meletakkan mop itu ditempatnya semula. Elle sekali lagi terkejut. Nicholas berdiri betul-betul di hadapannya saat ini.

"Ish! Signore!! Kenapa suka buat saya terkejut? Nak saya mati awal ke?" Elle berang. Nicholas tidak memberi sebarang reaksi. Elle kemudiannya melangkah ke dapur. Sempat dia menjeling ke arah Nicholas.

"Kau lapar ke?" Nicholas bertanya sekali lagi.

"Elle?" Nicholas memanggil lagi. Elle berhenti. Dia mengeluh.

"Iya Signore. Saya lapar. Signore tahu tak saya belum makan apa-apa dari petang tadi? Tak tahu kan? Oh lupa, Signore mana kisah kalau saya dah makan ke belum. Kalau saya mati, bukan beri kesan apa-apa pun dekat Signore." Elle berkata. Wajah Nicholas terkejut.

"Kau belum makan lagi?" Tanya Nicholas. Suaranya sedikit risau. Elle hanya diam. Namun pandangannya sudah mampu memberi jawapan untuk Nicholas. Nicholas menggaru kepalanya.

"Kenapa kau tak cakap dengan aku?"

"Manalah saya tahu. Dah muka Signore tu kelat semacam je tadi. Saya tak.." Elle berhenti.

"Tak?" Nicholas bertanya. Elle menjeling.

"What? Takut? Takut nak cakap dengan aku?" Tanya Nicholas. Elle tidak menyahut. Dia kemudiannya mendengar Nicholas tertawa. Elle menoleh.

"What? Why? Kenapa Signore ketawa?" Elle bertanya dengan pelik. Nicholas kemudiannya tersenyum. Dia melihat Elle.

"Elle? Miss Elle? My PA? Afraid? Are you sure you are Elle? My Elle never afraid to anyone." Kata Nicholas dengan sisa tawanya itu. Elle mencebik. Suka hati je nak 'My Elle' bagai.

"Saya bukan takut.. Tapi, saya hormat." Tipu! Elle tipu. Itu yang bermain di fikirannya saat ini.

Nicholas tersenyum. Dia kemudiannya melangkah ke arah Elle. Elle menatap Nicholas dengan tatapan terkejut.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now